Tamatnya Perjalanan Tesis 2011

Assalamualaikum wbt,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi saya panjatkan penuh kesyukuran kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tesis ini dengan lancar dan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Prof Madya Dr. Jamia Azdina Jamal atas segala bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang amat berguna sepanjang kajian ini dijalankan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar pascasiswazah, Rosniza Razali atas tunjuk ajar dan pandangan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah, pegawai sains, juruteknologi makmal dan staf sokongan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, KL yang menghulurkan bantuan dalam penyempurnaan kajian ini secara langsung ataupun tidak langsung.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya, Shafaruddin Alpiah dan Rosidah Md. Nor serta suami tercinta, Mohd Ridwan Hj. Md Said di atas bantuan sumber kewangan yang diberikan, kesabaran dan keprihatinan yang tidak berbelah bagi. Akhir sekali, sekalung penghargaan khas saya tujuan kepada adik beradik dan keluarga yang memahami saya serta rakan-rakan seperjuangan atas segala sokongan dan dorongan mereka sepanjang kajian ini berlangsung. Segala sumbangan yang diberikan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih buat suami kerana sudi membuatkan label pada disk yang sangat cantik. ;)


1 comment:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat