Talk Show : Harapan Wanita Untuk Masa Depan Malaysia Lebih Baik

Wanita Malaysia kini menghadapi tekanan dan kesulitan dalam mengatur hidup keluarga dan dirinya sendiri. Bagi wanita yang telah berumahtangga dan mempunyai anak sekaligus keluar bekerja, mereka terpaksa membahagikan masa dan perhatian kepada komitmen kerja dan pengurusan rumahtangga. Ketika keluar bekerja, anak kecil terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak manakala anak remaja pula terbiar bebas mencari aktiviti mereka sendiri.

Hal ini turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi, kes penculikan dan penderaan kanak-kanak, gejala sosial remaja, budaya coupling, penzinaan, kelahiran anak luar nikah, pemerdagangan
wanita dan sebagainya. Kejadian-kejadian ini saban hari dilaporkan di dada-dada akhbar.

Dalam keadaan ini, timbul persoalan dan kekeliruan dalam benak mereka tentang apakah yang akan terjadi kepada masa depan anak-anak dan rumahtangga mereka jika keadaan ini berterusan.

Bagi wanita yang belum berumahtangga pula, mereka sibuk mengejar kemewahan untuk memastikan kehidupan mereka terjamin pada masa hadapan. Sesetengahnya pula memilih untuk tidak berumahtangga kerana takut dipergunakan atau ditindas oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Dilema ini menyelubungi mereka kerana menyedari realiti kehidupan di sekitar mereka kini tidak mampu membela masa depan mereka.

Jadi, adakah anda mahu terus hidup dalam keadaan ini atau anda inginkan keadaan yang lebih baik? Ikuti perbincangan menarik dalam Talk Show yang bertajuk Harapan Wanita Untuk Masa Depan Malaysia Yang Lebih Baik.

Kami menjemput kepada semua wanita yang berkeinginan dalam membawa Malaysia kepada perubahan yang lebih baik dan benar dalam kehidupan mereka,  untuk bersama-sama menyertai kami dalam talk show yang julung-julung kali dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) ini.



1 comment:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat