Malu dan Keutamaannya

InsyaAllah, ini adalah entri penutup tirai 2010. Semoga entri ini akan membuat kita semakin malu akan dosa-dosa telah kita lakukan dan mungkin juga akan kita lakukan untuk hari-hari seterusnya. Diharapkan perkongsian ini boleh menyedarkan kita akan tahap keimanan kita sebagai hambaNya. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga tapi disandarkan akan kelemahan saya sendiri sebagai seorang manusia..


Dari Ibnu Umar (semoga Allah meredhai keduanya) bahwa Rasulullah SAW bertemu seseorang di antara kaum Ansar yang sedang menasihati saudaranya terkait sifat malu, (kerana ia begitu pemalu hingga banyak hak-haknya yang tidak terpenuhi, maka saudaranya itu pun marah). Melihat itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Biarkan ia (dengan sifat malunya itu) sebab malu itu sebahagian dari keimanan.”  
(HR. Al-bukhari dan Muslim).

Dari Imran bin Hushain (semoga Allah meredhai keduanya) yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Malu itu tidak akan mendatangkan (sesuatu), kecuali kebaikan.” 
(HR. Al-bukhari dan Muslim).

Sedangkan dalam riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Malu itu semuanya adalah kebaikan.”

Dari Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Iman itu memiliki tujuh puluh tiga lebih atau enam puluh tiga lebih cabang. Sedang yang paling utama (tinggi) adalah ucapan ‘Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah’; sementara yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan (batu, duri, kotoran, dll) dari jalan. Dan malu itu merupakan cabang dari keimanan.” (HR. Al-bukhari dan Muslim).

Dari Abu Sa’id al-Khudri (semoga Allah meredhainya) yang mengatakan:

“Rasulullah SAW lebih pemalu dari pada perawan yang sedang dalam kamar peribadinya. Ketika beliau melihat sesuatu yang dibencinya, maka kami melihat hal itu dari wajahnya.”  
(HR. Al-bukhari dan Muslim).

Para ulama mengatakan bahawa hakikat malu adalah tabiat (kebiasaan) yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan atau apapun yang buruk, keji dan cabul, serta mencegahnya dari mengabaikan hak orang lain.

Abu Qasim al-Junaidi (semoga Allah merahmatinya) berkata: “Malu adalah melihat berbagai kenikmatan dan melihat buruknya lalai terhadap perkara yang buruk, keji dan cabul. Kemudian dari keduanya itulah akan lahir suatu keadaan yang disebut dengan al-haya’, malu.” (Imam Nawawi, Riyadhush Shalihin, hlm. 145).

Sumber:  www.hizb-ut-tahrir.info, 16/11/2010.
Diambil dari : http://hizbut-tahrir.or.id/2010/11/22/nafaits-tsamarat-malu-dan-keutamaanya/


Malu seperti kucing.. wee.. 
Tak minat kucing macam si comel Ilham.


Mungkin artikel ini sesuai untuk tajuk saya pada hari ini.
Semoga kita mendapat ibrah 
dan berfikir dengan kritis tentang pemimpin-pemimpin umat Islam.
Sila klik pautan di bawah.

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Anda pernah dengar atau baca tentang Oh! Media tak? Tak pernah? Ishh.. ishhh.. Saya pun tak pernah tahu tentangnya. Tapi ada sesuatu yang buat saya suka Oh! Media Network. Nak tahu tak apa tuh Oh! Media Network? Of course nak kan.. kan.. kan.. Meh sini saya beritahu kat kalian.

Oh! Media Network, is a growing web development company in Malaysia. We produce much projects, webs and multimedia projects from the ground-up, from producing engaging designs and user interfaces to developing interactive, dynamically-driven of fun!


Oh! Media ada buat contest mudah. Syarat-syaratnya pun mudah je. Semudah blogwalking. Eh, tak! Susah jugak BW nih. Semudah apa ya? Semudah inilah.

1. Sertai lebih 220 ribu Followers di Oh! Media di Facebook (http://facebook.com/ohmedianetwork)


2. Buat satu entri di blog anda bertajuk “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” dan di dalam entri anda (tidak kiralah berapa panjang pun), anda perlu menyertakan sekurang-kurangnya 5 point kenapa anda menggemari Oh! Media Fanpage di Facebook. Dan pastikan anda menyertakan link untuk pembaca klik terus ke fanpage kami.

3. Sertakan sebarang screenshot fanpage Oh! Media atau gunakan profile picture Oh! Media di Fanpage. Jangan biarkan entri anda tanpa sebarang gambar (bosan = tolak point)

4. Selepas publish, hantarkan email anda kepada kami melalui support@ohmedia.my dengan subjek “Penyertaan Contest Oh! Media”.

Sebab PERTAMA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Video di atas adalah permulaan perkenalan saya dengan Oh! Media. Memang kelakar iklannya. 'Tabik spring lah sama lu'. Tak pernah ada mana-mana media yang saya tahu mempunyai inisiatif seperti Oh! Media untuk memaparkan video-video sebegini. Harap-harap adalah lagi video-video yang kelakar tapi mempunyai moral dan pengajaran demi kesihatan kita. ;) Pssttt.. Jangan lupa klik sini kalau nak check out video-video di FB Oh! Media.

Sebab KEDUA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Banyak informasi yang boleh diperoleh melalui Oh! Media Network. Tengok je gambar kat atas nih. Ada tentang adab-adab dalam Islam menerusi Oh!Islam (sila klik sini ) dan juga basikal dengan stereng di Oh! Tidak (sila klik sini pula) Kesimpulan sebab kedua adalah Oh! Media Network macam-macam ada. Hee. Tak mau dah cari yang lain. Lupakan yang lain. (Iklan Daia pula).

Sebab KETIGA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Biasalah, kalau follower ramai, boleh ada ramai kenalan kan. Ini menjadi antara sebab mengapa saya suka Oh! Media Network. Kata orang, berkawan biar seribu, bermusuh tiada satu. Entah betul entah tidak macam nih kata orang. Lupa dah. Tapi lebih kuranglah kan.

Sebab KEEMPAT Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Sungguh tidak ketinggalan. Oh! Media Network juga ada pemberitahuan tentang buku-buku. Siapa yang ulat buku, memang tak salah menjadikan Oh! Media Network sebagai 1 medium mudah untuk mengetahui buku-buku di pasaran. Biarpun saya bukanlah ulat buku tapi sedikit sebanyak saya tahu jugalah tentang buku-buku yang dipromosikan oleh Oh! Media Network sebab saya ulat laptop :D

Sebab KELIMA Kenapa Saya Suka Oh! Media Network?


Enough said, memang terhibur. Notes yang santai dan mencuit hati. ;) Jadi, jangan lupa untuk suka akan Oh! Media Network (http://facebook.com/ohmedianetwork).

Nak tahu lebih lanjut tentang contest, klik http://ohmedia.my/contest-mudah-mengenai-oh-media/. Dan 10 pemenang utama akan menerima hadiah daripada Oh! Media Network berupa:



Hadiah Pemenang 1 hingga 3
- 1 set mug limited edition Oh! Media.
- 2 set perfume Semerbak sumbangan Semerbak Perfumes.
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Kesemua hadiah berjumlah RM450 untuk setiap seorang.

Hadiah pemenang 4 hingga 10
- 1 set perfume Semerbak sumbangan Semerbak Perfumes.
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Kesemua hadiah berjumlah RM400 untuk setiap seorang.

Biarpun anda bukanlah antara 10 pemenang bertuah, anda tetap akan menerima hadiah berikut. Jadi jangan takut untuk menyertainya.

Penyertaan selebihnya (Saguhati)
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Jumlah hadiah berjumlah RM300 untuk setiap seorang.

Satu penyertaan paling awal diterima walaupun anda tidak menang
- Menerima 1 set perfume Semerbak sumbangan Semerbak Perfumes.
- Promosi link blog anda di Oh! Media Fanpage (kini melebihi 220,000 ahli).
Kesemua hadiah berjumlah RM400 untuk setiap seorang.

Tarikh tutup contest mudah ini adalah 
pada 31 Disember 2010 jam 11:59 malam.

Setiap Filem yang dipaparkan, ada Kesan yang perlu difikirkan..

Saya tidak menggemari filem-filem Melayu. Itu adalah fakta. Tapi filem-filem Melayu yang ada nilai sentimental, saya suka. Okeyh.

Saya lebih suka filem aksi dan sains fiksyen. Pastinya bukan filem Melayu. Baru-baru nih saya menonton 2 filem ini. Bukan di pawagam tapi di depan laptop sahaja. Hee.
I Now Pronounce You Chuck & Larry (Two straight, single Brooklyn firefighters pretend to be a gay couple in order to receive domestic partner benefits.)


The Back-up Plan (A romantic comedy centered on a woman who conceives twins through artificial insemination, only to meet the man of her dreams on the very same day.)

Dua cerita nih mengandungi kesan yang negatif kepada masyarakat. Pertamanya, perbuatan gay yang dibolehkan di luar negara. Ini memberikan jalan yang luas buat pengamal gay untuk bebas bertingkah laku di khalayak umum. Kedua, mengandung tidak melalui pernikahan dengan alasan inginkan sebuah keluarga dan perhubungan sebelum kahwin. Ini juga akan menjejaskan sebuah keturunan manusia. 

Apakah perbuatan ini dibolehkan di dalam Islam? Sudah tentu jawapannya tidak boleh kerana HARAM. Boleh baca sini untuk maklumat lanjut, Bank Sperma, dan sini. Baca ye, jangan tak baca pula. Banyak lagi nak tulis sebenarnya, tapi mata dah letih dan sudah mula pening.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat