KitKat Jepun

Saya kirim dengan kawan saya yang pergi Jepun bulan lepas. 
Katanya RM8 setiap kotak. 
Dalam sekotak tu ada 3 pack macam warna biru kat bawah ni. 

Sajalah saya nak try kan. Sedap ke tidak.
Rasanya macam coklat susu (untuk perisa passion fruit) yang ada di pasaran Malaysia tapi tak ingat pula coklat mana satu. :(

 Perisa passion fruit

 Perisa blueberry cheese cake


Ingat nak makan sorang-sorang, tapi rasa macam kejam sangat kan.
Kebetulan 2 orang sepupu cilik saya ada, jadi share dengan mereka berdua.
Alhamdulillah, mereka suka.

Ratu cantik Ibarat Menjual Tubuh Wanita

Miss World dibantah


Jakarta: Kumpulan konservatif Islam semalam berikrar menghalang pertandingan ratu cantik Miss World yang “tidak bermoral” daripada berlangsung di Indonesia walaupun penganjur bersetuju peserta tidak akan memakai bikini tahun ini.
 
Kumpulan Hizb ut-Tahrir mengecam pertandingan itu seperti “menjual tubuh wanita” dan mengancam mengadakan demonstrasi menentangnya manakala satu kumpulan di wilayah tempat di mana pertandingan akhir dijangka berlangsung turut menyuarakan bantahan. Lebih 130 wanita akan bertanding dalam acara pada September itu dengan beberapa pusingan diadakan di pulau peranginan Bali dan pusingan akhir di Bogor di luar Jakarta. Bogor terletak dalam wilayah Jawa Barat, sebahagiannya dianggap kubu kuat golongan radikal. Penganjur, kelmarin mengesahkan peserta tidak akan memakai bikini ketika pusingan fesyen pantai di Bali, sebaliknya memakai pakaian lebih konservatif seperti kain sarong tradisional.

Bagaimanapun, itu tidak mencukupi bagi kumpulan radikal di Indonesia di mana 90 peratus daripada populasinya beragama Islam.

“Menyokong acara itu sama seperti menjual tubuh wanita,” kata jurucakap Hizb ut-Tahrir Indonesia Ismail Yusanto yang turut memberi amaran kumpulan itu akan melancarkan bantahan. - AFP

Sumber: Harian Metro, 07/06/13

Kesabaran Meninggi ketika Menulis

Banyak benda yang nak ditulis. Kadang sampai taip sikit, delete. Taip lagi then delete semula. Taip pendahuluan, delete jugak. Haishh.

Nak menaip ni perlukan kesabaran yang tinggi. Tapi bukan setakat sabar tau, ilmu dan segala sumber maklumat yang diperolehi perlu ada. Saya menulis suka lengkap walaupun saya tahu siapa nak bacakan. At least, nanti adalah saham untuk saya kalau saya takde. Ye tak?

Bila saya ni menulis entry, saya selalu bandingkan masa awal-awal saya berblog. Saya rasa cukup ilmiah (hahaha). Sekarang ni, entri pun macam apa je. Takpelah, after exam saya kembali menulis dengan ilmu pengetahuan ya. :p

P/s: doakan saya ya. Exam jumaat ni dan rabu minggu depan. Paper klinikal tapi sempat online. Huhuhu

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat