Motivasi Untuk Diriku & Para Da'ie


Semalam saya baca lagi buku, "Pesan-pesan Menggugah untuk Pengemban Dakwah". Dalam buku tuh banyak yang saya highlight ayat-ayat. Ayat-ayat motivasi agar saya sentiasa ingat bahawa saya mempunyai banyak tanggugjawab yang belum saya sempurnakan. Biarpun saya dah lama dalam HT, tapi persoalan-persoalannya menyentap jantungku.

Dalam bab 14 (Jumlah besar, aktiviti minimum) muka surat 69 & 70.

Setiap Muslim hendaknya bertanya kepada dirinya sendiri setiap waktu : Sudah berapa orang yang diberi hidayah oleh Allah SWT melaluinya dirinya? Sudah berapa desa yang ia kunjungi untuk berdakwah ke jalanNya? Apakah ia sudah mendakwahi sanak saudara, tetanggan dan orang tuanya ataukah belum? Apakah ia sudah berusaha mengayunkan langkahnya untuk memahami Islam sekaligus mengamalakannya untuk Islam? Sudah berapa banyak ia berinfak di jalan Allah ini? Sudah berapa keluarga yang mendapat cubaan yang ia bantu baik dengan tenaga mahupun harta, baik secara kebendaan mahupun kata-kata semangat? Sudah berapa banyak keluarga para syuhada yang ia penuhi keperluannya?

Berapa malam telah ia habiskan untuk memikirkan perjuangan Islam secara umum atau di kotanya atau di kampungnya secara khusus, atau di kota atau kampung tetangganya? Sudah berapa kali ia melakukan amar makruf nahi mungkar di kota atau di desanya? Sudah berapa kali ia memerangi musuh-musuh Islam dan mengalahkan mereka? Sudah berapa kali ia bereaksi untuk membela hukum-hukum Allah serta kaum Muslim berikut darah dan kehormatan mereka? Sudah berapa kali ia menziarahi orang sakit atau mendakwahkan Islam kepadanya? Sudah berapa kali ia mendamaikan pihak-pihak yang bertikai? Sudah berapa kali ia mengunjungi saudara seagama sekaligus mendakwahkannya? Dan pertanyaan-pertanyan yang lain yang perlu diajukan kepada diri kita dari semasa ke semasa.

p/s: moga saya bisa menjawab segala persoalan yang diutarakan. InsyaAllah.

6 comments:

  1. Sedihya...
    Betapa kurangnya amalan dalam menyebarkan Islam... -_-

    ReplyDelete
  2. Nice article, nari kita sama-sam abmuhasabah ttg apa yg kita dah perjuangkan tuk Islam tercinta ni.. Islam itu praktikal bukan sekadar teori..

    ReplyDelete
  3. Dhiya,
    welcome..

    ~PaMpeRed bY worDs~,
    jangan sedey2.. marilah kita berusaha meningkatkannya..berusaha dengan bersungguh-sungguh..blh kan, nabila? =)

    Leena,
    anti benar..

    ReplyDelete
  4. salam,

    tersentuh mmbaca post ini..
    YA ALLAH, berilah kekuatan pd kmi semua ntok meneruskan perjuangan ini..

    p/s- sy minta izin copy ya post nie..
    syukran..=)

    ReplyDelete
  5. wslm fieqa,

    Iya, dipersilakan..dan sebarkanlah..
    Syukran ziarah ke mari.

    =)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat