Soursoup as a natural cancer killer; 10000 stronger than chemotherapy!


(Can refer : http://insyirah-ameer.blogspot.com/)

Assalamualaikum wbt.

Saya kembali.

Sepanjang tahun klinikal, ramai pesakit kanser yang saya temui di wad mengadu takut dan serik untuk berhadapan dengan rawatan kemoterapi selepas mereka didiagnos menghidap kanser. Di satu sisi, memanglah rawatan kemoterapi tidak akan lari dari kesan-kesan sampingan yang sering dibayangkan oleh orang-orang umum dan ditayangkan di dalam drama-drama TV; hilang berat badan mendadak, keguguran rambut, muntah-muntah dll. (Boleh rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut tentang tajuk tersebut) .Malah, di dalam sesetengah kes, kesan-kesan sampingan dari rawatan kemoterapi itu lebih menyeksakan daripada simptom-simptom penyakit kanser itu sendiri (peringkat awal)

Saya kongsikan info menarik yang saya ketahui daripada salah seorang sahabat melalui e-group. Sila taip di ensiklopedia google anda: Soursoup as a natural cancer killer. Pasti anda akan temui ribuan artikel tentang tajuk tersebut. Salah satunya adalah artikel dari Health Sciences Institute (Sila rujuk artikel ini. Ini artikel tahap WAJIB BACA. Kalau tak, anda berkemungkinan besar 'tak nampak' apa yang saya bebelkan dalam entri kali ini.)


Statement ini paling menarik:
The company had one huge problem with the Graviola tree--it's completely natural, and so, under federal law, not patentable. There's no way to make serious profits from it.


Zoom-in:
it's completely natural, and so, under federal law, not patentable. There's no way to make serious profits from it.

Zoom-in lagi:

There's no way to make serious profits from it.

Damn!



Ya. Mungkin ini sebab utama ubat mujarab ini tidak didedahkan kepada umum walaupun telah berpuluh tahun ditemui oleh saintis dan diakui sendiri oleh pakar perubatan. Puak kapitalis lebih sanggup melihat ribuan atau puluhan ribu manusia pelbagai peringkat umur berdepan dengan sengsara penyakit kanser dan rawatan kemoterapi mereka daripada menggadaikan periuk nasi kapitalis mereka untuk melakukan sesuatu.


(Rujuk Editorial panel di bahagian tepi artikel di atas. Bukan calang-calang orang tu. Boleh zoom-in di sini). Untuk lebih informasi tentang manfaat buah ini, sila rujuk di sini.

Baiklah, baiklah, baiklah. Ini cuma sebahagian kecil sahaja dari 'kehodohan' sistem kapitalis dalam bidang perubatan. Anda boleh kaji lagi jika rajin, tentang kes serupa ini, research and development yang hanya dilakukan jika ada manfaat besar bagi pelabur, tentang hak paten ubat-ubatan yang 'memiskinkan' negara-negara dunia ketiga, tentang agihan berat sebelah perkhidmatan kesihatan (cth mudah adalah tentang vaksinasi H1N1 baru-baru ini) , tentang insuran kesihatan yang pernah menjadi isu besar di negara-negara superpower seperti US (hanya baru-baru ini perubahan dasar tentang insuran kesihatan berlaku di US apabila cadangan Obama diluluskan, rakyat miskin diberikan bantuan insuran kesihatan, sementara rakyat yang kaya dikenakan cukai dan mereka yang sedia menghidap penyakit kronik dibenarkan untuk mengambil insuran kesihatan. Dan dasar ini mengambil masa yang lama, beberapa generasi Presiden US untuk diimplementasikan di US.)

Hebatkah? Sila baca artikel ini dan bandingkan sistem kapitalisme dan sistem penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh daulah khilafah. Bezanya bagai langit dan bumi! Inilah akibatnya apabila sang kuffar sekular kapitalis melakukan penjajahan kesihatan sehingga hari ini. Selagi Khilafah tak kembali, bukan sahaja ubat untuk kanser, tetapi ubat untuk segala permasalahan dalam hidup kita yang dihadapi saat ini, seakan tiada rawatannya....wallahu alam.

Perkongsian Tertunda - Ulasan Seminar

Sudah 3 minggu entri yang dijanjikan tertunda. Maaf ye kepada pembaca-pembaca yang menanti. InsyaAllah saya akan menulis serba sedikt tentang entri tersebut. Entri ini pun ditulis setelah kerajinan datang menerjah. Lebih-lebih lagi, laman sesawang HTM telah melaporkan seminar tersebut. Jadi, ini adalah penulisan daripada saya.

Untuk makluman pembaca, seminar “Menyingkap Sejarah Khilafah Antara Pejuang Dan Petualang” dipaneli oleh dua orang, seorang warga Jepun yang juga pendakwah bebas di sana dan seorang lagi ahli panel adalah wakil daripada Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).

Ada beberapa point yang diperkatakan. Yang pertama adalah buku yang beliau tulis iaitu The Mission of Islam in the Contemporary World. "The 'House Of Islam' is the law governed territory in which the Caliph rules according to the Islamic law and plural religious communities co-exist while enjoying religious autonomy.The abolishment of borders which hinder the movement of the people is an essential aspect of the Islamic order. Author : Professor Hassan Nakata Ko". Diterbitkan dalam pelbagai bahasa lain seperti Indonesia, Turki. Beliau merasakan bahawa mesej Islam ini adalah bukan sahaja merujuk kepada sesuatu bangsa tetapi bangsa-bangsa yang lain. Dalam buku ini beliau menjelaskan tentang perlunya menegakkan semula khilafah kerana ia membebaskan manusia daripada kezaliman. Oleh sebab itu idea khilafah ini hadir bukan hanya kepada kaum muslimin tetapi seluruh umat manusia. Bahagian pertama tentang perlunya menegakkan khilafah. Yang kedua, kewajipan menegakkan khilafah dan yang ketiga apa yang perlu dilakukan selepas itu.

Beliau menjelaskan dari segi rasional, mendirikan khilafah suatu perkarayang tidak boleh tidak perlu dilaksanakan. Beliau menegaskan persoalan globalisasi. Untuk menghadapi globalisasi ini, kita lihat trend di seluruh dunia. Masyarakat dunia bersatu menghadapi globalisasi. Beliau memberikan contoh EU. Di mana kesatuan Eropah dari segi sejarah, Eropah nih banyak peperangan. Eropah ini sebuah benua yang kucar kacir. Tapi apabila globalisasi melanda, perkara pertama yang mereka difikirkan adalah bagaimana menghadapi serangan globalisasi dan mereka mengatakan bahawa perlunya bersatu.Mereka bersatu dari segi ekonomi. Dan sekarang ini ada ura-ura mengatakan mereka akan bersatu dari segi ketenteraan dan juga bersatu dari segi politik.

Negara Eropah ini dari segi asalnya cukup materialistik.Negara-negara dan Syarikat-syarikat juga mula berintegrasi tujuannya untuk menghadapi serangan ini. Contohnya di Malaysia, telah berlaku liberalisasi kewangan kerana pada pandangan mereka, mereka perlu berubah. Mereka takkan mampu menghadapi globalisasi ini secara bersendirian. Yang peliknya orang Islam pula tidak bersatu. Reaksi orang lain semua bersatu. Tapi orang Islam tidak bersatu. Bila orang Islam dibunuh di merata tempat, tidak ada yang menolong. Meskipun tentera di negara kaum muslimin cukup banyak. Ternyata Islam ini kita bersatu dari segi akidah. Jelas bahawa kita perlu bersatu untuk menghadapi dunia. Idea khilafah ini adalah idea yang tidak pelik sepatutnya dalam menghadapi gelombang globalisasi yang melanda sekarang. Itu dari segi logiknya.

Dari segi obligasi, beliau menekankan kewajipan menegakkan khilafah dan ia bukannya sesuatu pelik. Ia bukan datang dari Hizbut Tahrir. Hizb hanyalah satu platfrom dan jemaah yang memperjuangkan kesatuan umat. Bukan sesuatu yang unik kepada HT kewajipan mendirikan khilafah.

Kewajipan ini ada disebutkan di dalam buku-buku oleh para ulama. Ada di dalam internet Ensiklopedia fikih. Di dalam website ini ada banyak buku-buku fikih Islam yang di dalamnya terlalu banyak disebutkan tentang kewajipan khilafah. Dan kita tahu secara rasmi ia telah diendorsed oleh kerajaan Saudi Arabia. Ensiklopedia ini juga menjelaskan pandangan mahzab tentang kewajipan khilafah. Tiada satupun yang mengingkari kewajipan khilafah. Khilafah itu wajib bagi setiap muslim. Ijma' Ulama mengatakan bahawa khilafah itu wajib.

Konteks pendidikan kita di Malaysia ini, kita dididik oleh aspirasi sekular barat. Ramai di antara kita yang buta sejarah. Ramai di antara yang agak jahil. Sehinggakan kita berkata-kata dan melakukan perkara yang bertentangan. Jadi, kita kena kembali kepada Islam. Dalam pemerintahan, barat lebih menjustifikasikan pemerintahan lebih kepada nombor iaitu bilangan orang yang memerintah. Contohnya, jika seorang yang memerintah, barat akan meletakkannya sebagai diktator. Kalau pemerintahan banyak, itu demokrasi. Jadi bila Khilafah merupakan kepemimpinan seorang, maka barat meletakkannya sebagai diktator. Khilafah itu bukan pemerintahan personal. Dalam Islam, khalifah adalah individu yang bertanggungjawab ke atas sesuatu. Khilafah ini sebenarnya dalah pemerintahan "Rules of Law" iaitu pemerintahan oleh syariah. Khalifah hanya ada di situ untuk memastikan agar hukum syarak dijalankan.

Ramai yang mengatakan tentang perbalahan Syiah dengan Sunni. Orang mengatakan syiah nih sesat. Tapi dari segi akidahnya, mereka tetap Islam. Syiah juga orang Islam. Cuma gambaran mereka tentang khilafah berbeza sikit dari kita. Mereka mengatakan bahawa khalifah itu maksum. Bagi Sunni, khilafah itu bukan maksum. Khalifah adalah orang biasa. Persamaan antara dua aliran ini adalah mereka mengatakan bahawa khilafah menjaga urusan umat dan menegakkan hukum syarak adalah khalifah.

Untuk keterangan yang ringkas tetapi padat serta gambar-gambar sekitar seminar, anda boleh klik di sini, Orang Jepun Berbicara Tentang Syariah dan Khilafah.

Wallahualam.

.:: TAKEN ::.

Lama juga rasanya saya tidak menulis sesuatu di sini. Banyak yang ingin dikongsikan tapi atas sebab kekangan masa, ketidakstabilan mood dan keutamaan peranan, maka mahligai ini sering kekosongan entri. Namun, demi menyampaikan apa yang telah lama terbuku di benak fikiran ini, saya hadirkan juga tulisan ini untuk peringatan buat semua.

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya ingin mengkhabarkan kepada para pejuang agama Allah (baca: Islam) bahawa segala rintangan, tentangan, ujian dan dugaan adalah sunatullah dalam menegakkan kebenaran. Kita sebagai hamba Allah hanya insan kerdil lagi hina di hadapanNya. Kerana kita hanya mulia di sisiNya dengan ketakwaan kepadaNya. Sepertimana firmanNya:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. [TMQ Al Hujurat (49) : 13]

Debaran seorang saudara saya rupanya menunjukkan petanda. Petanda bahawa sesuatu akan berlaku terhadap kami. Petang semalam, kami ke salah sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia untuk menjalankan tanggugjawab kami. Sebelum bergerak ke pasaraya tersebut, saudara saya itu berkata, "hati saya berdebar-debar, kak." Kami yang lain hanya endah tak endah dan kemudian tersenyum sahaja. Sepanjang perjalanan ke sana, kami hanya melayan perasaan masing-masing sambil menjangkakan para pengujung yang bakal ditemui.

Setibanya di sana, kami bergerak menuju pintu masuk pasaraya tersebut. Saya bersama saudara-saudara saya asyik memberikan Sautun Nahdhah (SN) kepada para pengunjung di situ. Tetapi saya perasan, ada sepasang anak mata yang asyik memerhatikan perbuatan kami dari tibanya kami di situ. Saya tidak langsung terfikir akan pemerhatian tersebut.

Selang beberapa minit, seorang saudara saya ditanya tentang sebaran yang kami lakukan. Saya memanggilnya ke tempat saya dan sayalah yang menjelaskan akan situasi dan apa yang kami sebarkan. Yang bertanya bukan hanya seorang, malah mereka datang berlima. Lagaknya mereka seperti samseng kerana merekalah penjaga (bodyguard) di kawasan itu. Tapi kami langsung tidak takut akan kebengisan dan kemarahan mereka.

Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda, para pemuda yang ingin menegakkan kebenaran dan syariat Islam, jangan gentar dengan rintangan yang baru sedikit ini. Kita baru dihalang dari melakukan aktiviti sekecil ini. Ramai lagi pemuda-pemuda Islam yang diseksa dengan lebih dahsyat hanya kerana mereka menyampaikan kebenaran Islam. Mungkin strategi yang kurang mantap menyebabkan hal ini berlaku. Namun, pengaturan dan kuasa Allah, siapa yang tahu kan.

Pembuka nafsiyyah diri telah diberikan, semoga kalian tetap teguh dengan keimanan kalian demi meraih mahalnya syurga Allah. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?[iaitu] kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya [TMQ as-Saff (61):10-11].Untuk mendapatkan ganjaran syurga Allah itu, maka jalan yang mesti ditempuh adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, mengajak manusia kembali kepada kehidupan Islam (istinafil hayatil islam) yang mana untuk melaksanakannya perlukan pengorbanan masa, tenaga, harta, keselesaan dan sebagainya.

Itu adalah sedikit pengalaman yang mencuit kecil semangat dakwah saya dan sahabat-sahabat saya agar semakin teguh di jalan ini. Semoga kalian yang berada di jalan ini sentiasa diberikan kekuatan jiwa dan keimanan yang teguh oleh Allah SWT, insyaAllah.

Maaflah, pendahuluan saya kali ini agak panjang (hee). Apa yang akan saya sampaikan di sini adalah khusus buat para wanita dan juga kaum adam amnya. Beberapa bulan yang lalu kalau tak silap saya, saya telah menonton movie "TAKEN" yang diambil daripada seorang teman saya. Saya bukan ingin menceritakan tentang filem tersebut di sini. Untuk sinopsis cerita tersebut anda boleh rujuk sini. Saya memandang cerita ini dari kaca mata seorang anak kepada seorang ayah. Jadi, silalah baca dengan minda yang tenang dan jiwa yang nyaman agar penyampaian saya ataupun jika tidak, penceritaan filem ini mampu mengubah tabiat atau sikap anda terutamanya wanita.

Kalau kita tengok realiti jenayah yang berlaku pada hari ini semakin membimbangkan. Nyawa dan keselamatan seakan di hujung tanduk apabila keganasan dan kezaliman semakin bermaharajalela. Yang menjadi mangsa adalah saya, anda, kami, mereka dan siapa-siapa yang bergelar insan lemah terutamanya wanita. Statistik jenayah dari PDRM menunjukkan peningkatan yang amat menakutkan dari tahun ke tahun. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan sebagai seorang muslim. Apa kaitan cerita filem di atas dengan statistik jenayah?

Kaitannya adalah penculikan dan perdagangan manusia demi keuntungan sang kapitalis. Penculikan dan perdagangan manusia juga merupakan antara jenayah yang perlu diambil kira walaupun mungkin tiada dalam statistik PDRM. Kalau ditengokkan jalan cerita tersebut, seorang ayah seboleh-bolehnya mahu menurut kemahuan si anak kesayangan demi kebahagian si anak. Realitinya memang begitu kan? Seorang ayah memang ingin memenuhi kehendak anaknya agar anaknya sentiasa gembira dan bahagia. Namun keinginan si anak untuk pergi melancong ke luar negara bersama rakannya ditentang hebat oleh si ayah. Anda rasa mengapa? Seorang ayah mesti mempunyai sebab mengapa melarang anaknya untuk berjauhan darinya. Ayah saya juga begitu. Apabila saya meminta izin untuk ke sesuatu tempat, adakalanya dilarang. Saya faham kerana mesti ada sebab yang kukuh mengapa ayah saya tidak memberi keizinan itu kan. Keselamatan anak merupakan antara tanggungjawab utama yang perlu si ayah galas. Jadi, demi keselamatan saya dan juga adik beradik saya yang lain, ayah tidak membenarkan. Ditambah lagi dengan bumi Malaysia yang tidak pernah aman dengan jenayah. Amankah Malaysia sebenarnya? Anda fikirlah sendiri.

Berbalik kepada cerita di atas, akhirnya si ayah membenarkan anaknya ke luar negara bersama temannya demi melihat anaknya gembira. Si ayah berpesan agar segera menghubunginya apabila tiba di tempat yang ingin dituju. Lagi satu sebagai peringatan, kita sebagai wanita tidak boleh sembarangan bertanya sesuatu atau menceritakan hal kita kepada orang yang tidak dikenali atau baru sahaja dikenali. Contohnya, teman si anak berjumpa dengan orang yang baru dikenali apabila tiba di airport. Seterusnya berkongsi teksi untuk menjimatkan kos dan akhirnya orang yang tak dikenali mengetahui tempat penginapan si anak dan temannya. Apa yang terjadi? Segerombolan orang yang dikenali memecah masuk rumah penginapan mereka dan menculik mereka. Ini mungkin antara natijah apabila kita tidak berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Seorang ayah memang ingin anaknya selamat dari apa segi sekalipun. Jadi, si ayah berusaha untuk mendapatkan kembali anaknya. Mungkin dalam cerita di atas si ayah merupakan agen CIA tapi itu bukanlah isunya. Isunya adalah si ayah memang akan berusaha sehabis baik demi keselamatan sang anak. Tidakkah anda sedar akan perkara ini? Jika anda sedar, alhamdulillah. Bagaimana pula bagi yang belum sedar atau tak sedar akan hakikat ini? Segala larangan yang dilakukan oleh ayah kita adalah semata-mata demi kebaikan kita sebagai anaknya. Larangannya bukan kerana membenci atau tak suka, tapi kerana sayangnya seorang ayah kepada sang anak. Kita mungkin tidak merasakan apa-apa, tapi membuat hati ibu bapa resah dan risau memberikan kita ganjaran dosa. Derhaka kepada ibu bapa juga dosa kan. Jadi kita sebagai anak, penuhi dan taatilah nasihat, suruhan serta larangannya kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Without them, who are we right? So, janganlah menambahkan dosa kita semua kepada ibu bapa.

Bak kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya." Sedikit perubahan pada pepatah melayu tersebut namun saya kira ia releven. Jagalah diri kita sebagai muslimah. Penjenayah tidak mengira mangsa. Selagi tiada syariat Islam diterapkan dalam kehidupan kita sehari-hari dan tiada Daulah untuk menjaga keselamatan kita, selagi itulah kemungkinan kita untuk menjadi mangsa tetap ada. Wallahualam.

MasyaAllah - Jumlah Anak Luar Nikah Semakin Bertambah

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.

“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Sumber : Berita Harian 21/03/2010

Puluhan Ribu Anak Luar Nikah Dilahirkan???

Apa dah jadi? Dalam kesibukan para pemimpin Malaysia cuba mempertingkatkan ekonomi negara, bilangan anak luar nikah yang lahir dari rahim- ahim ibu umat Islam juga semakin meningkat. Dari statistik terkini ini, jumlah anak luar nikah yang dilahirkan oleh individu berbangsa Melayu/Islam sejak lima tahun lepas adalah 74,723 orang dengan 17,303 orang direkodkan pada tahun 2009. Mengapa jumlah anak- anak luar nikah ini semakin meningkat saban tahun? Apakah kita inginkan peningkatan peratusan ekonomi semata-mata, tapi dalam masa yang sama akhlak umat Islam semakin runtuh- seruntuhnya? Nauzubillahi min zalik.

Statistik yang dinyatakan merupakan jumlah yang direkodkan sahaja, tidak mustahil jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. Hakikatnya ini adalah merupakan natijah akibat dari sistem yang mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan berlandaskan sistem pergaulan Islam. Sistem dan gaya hidup Barat yang diamalkan, yang membolehkan lelaki dan wanita bergaul bebas merupakan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan negara sekular seperti Malaysia. Ini diparahkan lagi dengan budaya hedonisme yang semakin bercambah dalam masyarakat dengan media massa sebagai pemangkin utamanya.

Islam telah menggariskan aturan yang khusus dalam mengatur hubungan lelaki dan perempuan. Peraturan yang diturunkan oleh Allah ini bukanlah aturan yang akan menidakkan naluri melestarikan keturuanan (gharizatul nau’) yang telah Allah letakkan pada diri setiap manusia, tetapi ia merupakan peraturan khusus yang mengatur naluri tersebut agar berjalan sesuai dengan tuntutan Islam.

Islam telah menetapkan bahawa hubungan kelamin yang sah di sisi syarak adalah hubungan yang telah diikat dengan ikatan pernikahan. Dengan ikatan inilah, pasangan itu telah sah menjadi suami isteri dan seterusnya, dari mereka akan lahirlah zuriat umat manusia. Melalui ikatan ini, maka banyak hukum- hukum Islam yang berkaitan dengannya seperti nasab, pewarisan (faraid), nafkah, dan lain- lainnya diterapkan. Bukan setakat itu sahaja, sekiranya berlaku perzinaan, maka Islam telah menetapkan agar pelakunya dihukum (sebagai pengajaran) rejam (bagi pasangan yang sudah berkahwin) ataupun sebat sebanyak 100 kali (bagi pasangan yang belum berkahwin).

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." [TMQ An-Nur (24 : 2)]

Inilah hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku zina sekiranya mereka melakukan perbuatan tersebut. Dengan adanya sistem pergaulan lelaki dan perempuan dan uqubat ke atas pelaku zina, insyaAllah, statistik yang amat menyedihkan ini tidak akan kita dengar lagi. Semoga dengan itu, rahmat Allah akan memayungi segenap penjuru alam.

MUNAQASHAH di Khilafah Centre


Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke


MUNAQASHAH :

'KEMBALINYA ISLAM SEBAGAI KUASA BESAR'


pada
21 MAC 2010 (Ahad)
jam 8.30 pagi-1200 tghari

bertempat di
Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


Masuk adalah PERCUMA..

Minas Enterprise (001690386-U)

Assalamualaikum semua,

Maaflah tak sempat nak update selalu. Sekarang kita beralih ke dunia perniagaan sekejap ye. Walaupun tak ramai yang singgah di sini, here something to tell about this bumiputera's company. Kiranya macam nak promote lah sikit.
It is
Minas Enterprise.

Nak tahu apa yang dijual untuk tempahan, bolehlah tengok-tengok di sini.

Saya yakin, perkhidmatannya amatlah memuaskan, insyaAllah. Ada perkhidmatan printing juga dengan harga yang berpatutan.

So, untuk maklumat lanjut, bolehlah layari blog minas enterprise atau contact terus Puan Shazaa di H/P : 019-6328334
E-mail : minas.enterprise@gmail.com

Sekian, terima kasih..


Bantuan Kemanusiaan Barat.....

Pembohongan Di Sebalik Bantuan Kemanusiaan Barat

altMengapakah negara-negara Barat begitu bersemangat untuk pergi ke negeri-negeri yang sedang dilanda bencana? Adakah tujuannya untuk memberikan pertolongan atau mempunyai tujuan yang lain? Adakah negara-negara kapitalis mempunyai sikap mengambil berat terhadap rasa kemanusiaan sehingga mereka sanggup bersaing untuk melakukan ‘penyelamatan’ ke atas orang-orang miskin dan orang-orang yang sakit di kalangan umat manusia?! Atau adakah mereka menyembunyikan belati beracun di sebalik jubah bantuan kemanusiaan ini? Adakah asas ideologi kapitalis mengenali erti nilai kemanusiaan sehinggakan mereka harus menghantar pasukan penyelamat, kapal terbang dan kapal laut mereka untuk melakukan ‘penyelamatan’ ke atas umat manusia yang sedang ditimpa bencana?!

Di Haiti, Amerika menghantar pasukan tentera dan menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk mengambil peranan utama dalam mengendalikan lapangan terbang serta mula mengawal setiap pergerakan pesawat. Dapat dilihat dengan jelas sekali bagi semua pemerhati bahawa tujuan Amerika dan juga negara-negara Eropah bukan hanya untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi dan membantu para pelarian, ia juga adalah perang untuk merebut pengaruh, kekuasaan dan kepentingan mereka. Lihatlah di Haiti sejauh mana kejatuhan moral yang berjaya dicapai oleh kaum kapitalis apabila bocornya laporan penyeludupan anak-anak yatim Haiti untuk mereka jadikan sebagai hamba, atau mereka gunakan sebagai ‘alat ganti’ manusia, sepertimana yang terjadi sebelum ini apabila Perancis yang berada Chad mencuri anak-anak kaum Muslimin dari Darfur.

Di London, terdapat persidangan yang diadakan bertujuan untuk memberi ‘bantuan dan dukungan’ kepada Yaman, di London juga diadakan persidangan untuk ‘membina semula’ Afghanistan. Sebelum itu diadakan persidangan di Paris untuk memberi ‘bantuan kewangan’ buat warga Palestin. Begitu juga di Palestin, terdapat bantuan kewangan yang diberikan kepada warga Palestin yang menjadi korban oleh Perwakilan Amerika untuk Pembangunan atau bantuan dari Kesatuan Eropah yang mana di atasnya ditulis ‘pemberian’ atau ‘hadiah’ daripada rakyat Amerika atau Kesatuan Eropah untuk ‘kehidupan’!

Begitu juga persidangan ‘membina semula’ Iraq di Madrid, persidangan ‘membina semula’ Gaza, persidangan Somalia dan banyak lagi persidangan-persidangan yang lain. Adakah negara-negara Barat kapitalis yang begitu sibuk menguruskan masalah Yaman, Afghanistan, Iraq, Somalia dan Palestin ini disebabkan mereka begitu mengambil berat terhadap negara-negara miskin serta mereka sangat kasih dan sayang terhadap anak-anak yatim dan orang-orang yang sakit?! Sehinggakan mereka sanggup meninggalkan urusan dalam negara mereka sendiri sedangkan krisis kewangan kini sedang menimpa mereka?!

Adakah negara-negara kapitalis akan menghabiskan dananya untuk membantu manusia (rakyat) di negara-negara lain sambil membiarkan rakyatnya sendiri terlantar tanpa tempat tinggal, pendapatan serta tidak memiliki pekerjaan?! Atau adakah masalah-masalah ini adalah termasuk urusan dalam negaranya sehinggakan ia perlu menguruskan kepentingannya? Atau adakah semua itu merupakan sebahagian daripada wilayah jajahan mereka, dan bertujuan untuk meluaskan pengaruh mereka?!

Sesungguhnya, ideologi kapitalisme tidak pernah mengenali nilai kemanusiaan (al-qîmah al-insâniyyah), bahkan ia bukan persoalan bagi mereka. Satu-satunya ukuran bagi mereka adalah nilai material (al-qîmah al-mâdiyyah). Selain itu, kapitalisme juga menganggap penjajahan sebagai sebahagian perkara yang penting dan mendasar di mana penjajahan dijadikan sebagai cara untuk menyebarkan ideologinya. Jadi adalah sangat dangkal sekali jika seseorang berfikir bahawa bantuan yang diberikan oleh negara-negara Barat terhadap kaum Muslimin atau terhadap umat manusia yang lain yang sedang ditimpa musibah sebagai tanda wujudnya rasa kemanusiaan mereka. Dan janganlah terpengaruh dengan melihat tangan mereka yang kononnya tampak putih, bersih daripada tipu daya, kotoran dan kelicikan, padahal hakikatnya tangan mereka sentiasa berlumuran dengan darah.

Negara-negara Barat menggunakan apa yang disebut sebagai ‘bantuan kemanusiaan’ untuk menipu kaum Muslimin atau untuk menjajah manusia serta untuk melaksanakan rencana-rencana jahat mereka. Bukti yang paling ketara dalam hal ini adalah seperti penyeludupan senjata yang dilakukan oleh organisasi “kemanusiaan” untuk kepentingan para pemberontak dari selatan Sudan semasa perang pemisahan. Sesungguhnya, Dzat Yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa telah pun memberitahu tentang tujuan aktiviti mereka yang tersembunyi dan apa yang mereka rencanakan, sebagaimana Dia juga telah membertitahu tentang kepastian akan kegagalannya. Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (manusia) daripada jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, kemudian mereka akan dikalahkan. Dan neraka Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” (TMQ Al-Anfal [8] : 36).

Tragedi di Haiti sepatutnya membangkitkan rasa tanggung jawab di kalangan kaum Muslimin terhadap seluruh umat manusia. Untuk itu, kaum Muslimin hendaklah bersegera melakukan aktiviti-aktiviti untuk mengembalikan Khilafah yang akan menyelamatkan kaum Muslimin sendiri khususnya dan umat manusia umumnya daripada serangan raksasa kapitalisme.

Sesungguhnya, kaum Muslimin dengan ideologi ilahi (yang bersumber daripada Allah) dan risalah rahmat yang sedang dikembangkan mereka adalah kaum yang layak dan yang memenuhi syarat untuk melaksanakan tugas ini. Kemudian, kepada Khilafahlah setiap orang yang tertindas dan yang ketakutan mencari perlindungan dan ketenangan. Kami menyeru kepada kaum Muslimin untuk menyegerakan langkah menuju kepada tertegaknya Khilafah, supaya kaum Muslimin dapat hidup dalam kemuliaan, kemenangan dan kembali menjadi khairul ummah (umat yang terbaik), insyaAllah.

Sumber : www.mykhilafah.com

Seminar Terbuka : Menyingkap Sejarah KHILAFAH



Para Muslimin dan Muslimat adalah dijemput ke Seminar Terbuka yang bertajuk

"Menyingkap Sejarah Khilafah - Antara Pejuang dan Petualang”

anjuran Hizbut Tahrir Malaysia dengan kerjasama Khilafah Center.

Maklumat seminar adalah seperti berikut:



Tarikh : 7hb Mac 2010 (Ahad) bersamaan 21 Rabi’ul Awwal 1431 H

Waktu : 08:30 pagi - 1:00 petang

Tempat : Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
(Berhampiran Hospital Assunta, PJ).




 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat