Sudah 3 minggu entri yang dijanjikan tertunda. Maaf ye kepada pembaca-pembaca yang menanti. InsyaAllah saya akan menulis serba sedikt tentang entri tersebut. Entri ini pun ditulis setelah kerajinan datang menerjah. Lebih-lebih lagi, laman sesawang HTM telah melaporkan seminar tersebut. Jadi, ini adalah penulisan daripada saya.
Untuk makluman pembaca, seminar “Menyingkap Sejarah Khilafah Antara Pejuang Dan Petualang” dipaneli oleh dua orang, seorang warga Jepun yang juga pendakwah bebas di sana dan seorang lagi ahli panel adalah wakil daripada Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).
Ada beberapa point yang diperkatakan. Yang pertama adalah buku yang beliau tulis iaitu The Mission of Islam in the Contemporary World. "The 'House Of Islam' is the law governed territory in which the Caliph rules according to the Islamic law and plural religious communities co-exist while enjoying religious autonomy.The abolishment of borders which hinder the movement of the people is an essential aspect of the Islamic order. Author : Professor Hassan Nakata Ko". Diterbitkan dalam pelbagai bahasa lain seperti Indonesia, Turki. Beliau merasakan bahawa mesej Islam ini adalah bukan sahaja merujuk kepada sesuatu bangsa tetapi bangsa-bangsa yang lain. Dalam buku ini beliau menjelaskan tentang perlunya menegakkan semula khilafah kerana ia membebaskan manusia daripada kezaliman. Oleh sebab itu idea khilafah ini hadir bukan hanya kepada kaum muslimin tetapi seluruh umat manusia. Bahagian pertama tentang perlunya menegakkan khilafah. Yang kedua, kewajipan menegakkan khilafah dan yang ketiga apa yang perlu dilakukan selepas itu.
Beliau menjelaskan dari segi rasional, mendirikan khilafah suatu perkarayang tidak boleh tidak perlu dilaksanakan. Beliau menegaskan persoalan globalisasi. Untuk menghadapi globalisasi ini, kita lihat trend di seluruh dunia. Masyarakat dunia bersatu menghadapi globalisasi. Beliau memberikan contoh EU. Di mana kesatuan Eropah dari segi sejarah, Eropah nih banyak peperangan. Eropah ini sebuah benua yang kucar kacir. Tapi apabila globalisasi melanda, perkara pertama yang mereka difikirkan adalah bagaimana menghadapi serangan globalisasi dan mereka mengatakan bahawa perlunya bersatu.Mereka bersatu dari segi ekonomi. Dan sekarang ini ada ura-ura mengatakan mereka akan bersatu dari segi ketenteraan dan juga bersatu dari segi politik.
Negara Eropah ini dari segi asalnya cukup materialistik.Negara-negara dan Syarikat-syarikat juga mula berintegrasi tujuannya untuk menghadapi serangan ini. Contohnya di Malaysia, telah berlaku liberalisasi kewangan kerana pada pandangan mereka, mereka perlu berubah. Mereka takkan mampu menghadapi globalisasi ini secara bersendirian. Yang peliknya orang Islam pula tidak bersatu. Reaksi orang lain semua bersatu. Tapi orang Islam tidak bersatu. Bila orang Islam dibunuh di merata tempat, tidak ada yang menolong. Meskipun tentera di negara kaum muslimin cukup banyak. Ternyata Islam ini kita bersatu dari segi akidah. Jelas bahawa kita perlu bersatu untuk menghadapi dunia. Idea khilafah ini adalah idea yang tidak pelik sepatutnya dalam menghadapi gelombang globalisasi yang melanda sekarang. Itu dari segi logiknya.
Dari segi obligasi, beliau menekankan kewajipan menegakkan khilafah dan ia bukannya sesuatu pelik. Ia bukan datang dari Hizbut Tahrir. Hizb hanyalah satu platfrom dan jemaah yang memperjuangkan kesatuan umat. Bukan sesuatu yang unik kepada HT kewajipan mendirikan khilafah.
Kewajipan ini ada disebutkan di dalam buku-buku oleh para ulama. Ada di dalam internet Ensiklopedia fikih. Di dalam website ini ada banyak buku-buku fikih Islam yang di dalamnya terlalu banyak disebutkan tentang kewajipan khilafah. Dan kita tahu secara rasmi ia telah diendorsed oleh kerajaan Saudi Arabia. Ensiklopedia ini juga menjelaskan pandangan mahzab tentang kewajipan khilafah. Tiada satupun yang mengingkari kewajipan khilafah. Khilafah itu wajib bagi setiap muslim. Ijma' Ulama mengatakan bahawa khilafah itu wajib.
Konteks pendidikan kita di Malaysia ini, kita dididik oleh aspirasi sekular barat. Ramai di antara kita yang buta sejarah. Ramai di antara yang agak jahil. Sehinggakan kita berkata-kata dan melakukan perkara yang bertentangan. Jadi, kita kena kembali kepada Islam. Dalam pemerintahan, barat lebih menjustifikasikan pemerintahan lebih kepada nombor iaitu bilangan orang yang memerintah. Contohnya, jika seorang yang memerintah, barat akan meletakkannya sebagai diktator. Kalau pemerintahan banyak, itu demokrasi. Jadi bila Khilafah merupakan kepemimpinan seorang, maka barat meletakkannya sebagai diktator. Khilafah itu bukan pemerintahan personal. Dalam Islam, khalifah adalah individu yang bertanggungjawab ke atas sesuatu. Khilafah ini sebenarnya dalah pemerintahan "Rules of Law" iaitu pemerintahan oleh syariah. Khalifah hanya ada di situ untuk memastikan agar hukum syarak dijalankan.
Ramai yang mengatakan tentang perbalahan Syiah dengan Sunni. Orang mengatakan syiah nih sesat. Tapi dari segi akidahnya, mereka tetap Islam. Syiah juga orang Islam. Cuma gambaran mereka tentang khilafah berbeza sikit dari kita. Mereka mengatakan bahawa khalifah itu maksum. Bagi Sunni, khilafah itu bukan maksum. Khalifah adalah orang biasa. Persamaan antara dua aliran ini adalah mereka mengatakan bahawa khilafah menjaga urusan umat dan menegakkan hukum syarak adalah khalifah.
Untuk keterangan yang ringkas tetapi padat serta gambar-gambar sekitar seminar, anda boleh klik di sini, Orang Jepun Berbicara Tentang Syariah dan Khilafah.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteAkhirnya tersiar jua ia.
Jazakallah atas perkongsian.
Wasalam.
Wslm,
ReplyDeleteIya,
InsyaAllah sama-sama mendapat manfaat..