Klik sini untuk maklumat lanjut :
Berbakti Kepada Orang Tua itu WAJIB!!
Ya Allah! Sungguh kemalasan bersarang di dalam diri ini. Apatah lagi untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat di sini. Saya gagahi juga, agar ada juga peringatan dan perkongsian buat teman-teman yang sudi singgah dan membaca di sini.
Pernah tidak anda berkata 'tak nak' kepada suruhan ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda berbermasam muka depan ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda merungut dengan perintah ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda meninggikan suara dekat ibu bapa? Saya pernah. Apa lagi yang anda pernah lakukan? Dan apa lagi yang saya juga sering lakukan? T__T
Tidak kisahlah anda pernah atau tidak, tapi saya pernah melakukan perkara-perkara di atas. Sebagai anak, saya kadang-kadang melanggar suruhan ibu bapa. Sebagai anak, saya juga memberontak sekiranya keinginan saya tidak dituruti. Tapi mujur diri ini masih ingin dimuhasabahkan. Hati mana yang tak boleh lembut? Setiap manusia, lambat atau cepat, hatinya yang keras tetap akan lembut.
Pembacaan saya semalam membuat saya kembali sedar. Berbakti dan berbuat baik kepada orang tua itu WAJIB!!
Sesungguhnya berbakti kepada kedua orang tua adalah kewajiban agama, sebagaimana kewajiban berdakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad dan solat. Sebaliknya, derhaka kepada kedua orang tua termasuk dosa besar yang tidak lebih kecil dosanya daripada dosa zina, mencuri dan dosa-dosa besar lainnya. Jadi, mengapa kita memilih-milih Islam; kita menerima sebahagian ajarannya dan menolak sebahagian yang lain? Mengapa kita melarang sesuatu, tetapi kita sendiri melakukannya?
Hendaklah kita menyedari bahawa Islam telah meMULIAkan kedua orang tua. Bahkan Islam membolehkan kita berhenti solat sunat sekadar untuk menjawab panggilan ibu bapa ketika mereka memanggil kita. Untuk sirah ini, anda boleh baca tentang kisah Juraij dan kisah Uwais al-Qarni.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya" (QS Al-Israa' [17]:23)
Sesungguhnya berbakti kepada kedua orang tua adalah kewajiban agama, sebagaimana kewajiban berdakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad dan solat. Sebaliknya, derhaka kepada kedua orang tua termasuk dosa besar yang tidak lebih kecil dosanya daripada dosa zina, mencuri dan dosa-dosa besar lainnya. Jadi, mengapa kita memilih-milih Islam; kita menerima sebahagian ajarannya dan menolak sebahagian yang lain? Mengapa kita melarang sesuatu, tetapi kita sendiri melakukannya?
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?" (QS Al-Baqarah [2]:85)
Hendaklah kita menyedari bahawa Islam telah meMULIAkan kedua orang tua. Bahkan Islam membolehkan kita berhenti solat sunat sekadar untuk menjawab panggilan ibu bapa ketika mereka memanggil kita. Untuk sirah ini, anda boleh baca tentang kisah Juraij dan kisah Uwais al-Qarni.
"..hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya" (QS Al-Israa' [17]:23)
(Rujukan : Pesan-pesan Menggugah untuk pengemban dakwah)
Giveaway "Special Gift from Mia-Ina"
Di tengah keserabutan kepala memikirkan tesis, maka BW dapat mengenepikan sebentar kekusutan itu. Dengan ini, saya telah rasa sangat-sangat ringan tangan untuk menaip tentang GA ini. Minggu lepas pernah juga baca tentang GA nih dari belog orang lain. Tapi tak terasa nak join. Now for the last call, saya pun menjadi sangat rajin nak join. Hehehe.
Kepada semua pengunjung blog maya Mia & all her silent readers, anda dipersilakan untuk join GA nih ya.
Syarat-syaratnya begitu mudah sahaja seperti di bawah :-
- Sejak bila anda mengikuti blog mia-ina?
- Kekerapan anda berkunjung di sini?
- Apa istimewanya blog 'Istana Cinta Adin-Mia' di sudut hati anda ?
- Komentar negatif (beri saranan like pembaikian blog / kritikan membina)
- Lain-lain (terpulang pd anda jika ada)
7) Dah buat entry sila tinggalkan komen berserta link entry tinta anda di sini ya http://mia-ina.blogspot.com/2011/02/giveaway-special-gift-from-mia-ina.html . Bagi yg tiada blog, boleh emelkan ke mia_azarina@yahoo.com.
Kepada semua pengunjung blog maya Mia & all her silent readers, anda dipersilakan untuk join GA nih ya.
Syarat-syaratnya begitu mudah sahaja seperti di bawah :-
1) Terbuka kepada semua yg ada @ tiada blog
-Okeyh, ini saya ada blog, .::Wanita Mustanir::. Kalau takde, join je sebab it's open to all.
2) Yg ada blog ....be her follower & sign her guestbook blog "Istana Cinta Adin-Mia"
-Saya nih dah lama jadi follower dan silent reader belog kak Mia. Guestbook pun rasanya dah lama sign sejak kak mia letak widget tuh di dalam belog. Tapi nanti saya check balik. Nak tengok sekarang, masih loading. =(
3) Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini "GIVEAWAY - SPECIAL GIFT FROM MIA-INA"
-Sila skrol hingga ke no. terakhir syarat-syarat GA. Sekiranya dah habis baca nanti, maka itulah entri saya untuk GA daripada kak Mia. ^_^
4) Letak header kat atas ni di entry yg anda tulis ye....kalau takde, kira ditolak penyertaan nie
Ini header yang diminta sebagai bukti penyertaan.
Tapi saya ketak kat bawah syarat 4. Hee
5) Entry mesti menjawab soalan di bawah ini ya :-
Rasanya pertengahan tahun lepas, 2010. Tapi tak sure bulan berapa, mungkin dalam bulan Jun . Saya mengikuti belog ini bersama 2 lagi adik saya tapi mereka silent reader je.
- Kekerapan anda berkunjung di sini?
Nak dikatakan 2 kali sehari puratanya. 3 kali pun pernah jugaklah.
- Apa istimewanya blog 'Istana Cinta Adin-Mia' di sudut hati anda ?
Kalau tengok tajuk belog, ia lebih kepada kisah percintaan. Tapi saya suka belog nih sebab ada tips untuk diet dan sihat. Itu yang menjadikan ia sangat istimewa di hati saya. Kalau tak percaya, sila tanya 2 adik saya. :P
- Komentar negatif (beri saranan like pembaikian blog / kritikan membina)
Belog nih isinya ok dan saya sangat suka. Tapi saya nih jenis tak suka yang banyak sangat widget, links and colourful. Untuk link, mungkin akak boleh view untuk 5 ke 10 blog sahaja. Hidup memang penuh dengan warna-warni tapi untuk belog yang warna warni, agak kurang menarik minat saya. Bagi saya, setiap belog perlu ada warna-warnanya tersendiri. Barulah dikatakan "bila warna kuning je terus ingat belog kak mia". Macam tulah lebih kurang. Mungkin widget akak juga perlu dikurangkan sebab nak loading agak susah bagi saya yang menggunakan broadband. Ini jelah pendapat saya.
- Lain-lain (terpulang pd anda jika ada)
Buatlah lagi pasal diet. Saya suka bacee.. =)
6) Tarikh tutupnyer ialah 8 Mac 2011.....seorang pemenang yg berjaya memikat sanubari tuan punya belog dengan tinta penulisannya bakal menerima 'special gift' tersebut.
7) Dah buat entry sila tinggalkan komen berserta link entry tinta anda di sini ya http://mia-ina.blogspot.com/2011/02/giveaway-special-gift-from-mia-ina.html . Bagi yg tiada blog, boleh emelkan ke mia_azarina@yahoo.com.
Itu sahaja.
Sekian.
Pendidikan Diabetes Untuk Ayanda..
AWAS!!!
Ini entri pertengahan tahun lepas. Saya ulang, tahun lepas.
Entri ini hanyalah gambar dan caption sahaja.
Sila abaikan entri ini jika anda tak berminat.
Terima kasih.
Setting LCD dan laptop.
Layar putih daripada kain. (Tak bergosok, kedut. Tak nampak jadinya.)
Antara golongan yang diberikan pendidikan.
Suka tengok mereka nih. ^_^
Sangat interaktif terutamanya....,
Pintu masuk.
Ambil ketika pulang.
Inilah orangnya.
Merekalah inspirasiku.
Teehee.
^_^
Mendidik Genarasi Unggul adalah Tugasku selaku Muslimah..
Dah seminggu saya tak update menulis atau update apa-apa entri. Saya nih bukannya boleh menghadap laptop lama-lama, kepala boleh pening. Tipu. Kalau untuk perkara yang kurang berfaedah, boleh je lama-lama. Huhuhu. Okeyh, kepada yang menantikan sambungan entri lalu, ini adalah kesudahannya. Macam dalam novel pulak. :P
sambungan daripada entri Muslimah Pembentuk Generasi Mulia (klik sini untuk baca)
5. Memahami keadaan anaknya secara baik, dan menggunakan cara yang tepat. Di samping itu, ibu harus menguasai materi yang akan diajarkan, juga harus memahami keadaan anaknya, dan memahami cara pendidikan. Sehingga kita mampu memilih cara dan teknik yang tepat sesuai dengan tingkat akal anak. Dan mampu mengelola mental anak dengan baik. Hal ini perlu diperhatikan kerana boleh jadi kita punya anak 4, dan ternyata karakter keempat-empatnya berbeza satu sama lain. Dan ingat tentu saja berbeza kurikulum untuk anak kita yang umur 10 tahun dengan anak yang umur 3 tahun. Kerananya harus sesuai dengan tingkat akal anak, sehingga boleh difahami. Sabda Rasulullah:
Seringkali kalau kita menyebut kurikulum pendidikan, kita beranggapan bahawa itu untuk pendidikan formal saja, padahal pendidikan keluarga pun memerlukan kurikulum. Kurikulum pendidikan adalah suatu rangkaian mata pelajaran berikut cara penyampaiannya yang menjadi ikutkan penyampaian ilmu pengetahuan (materi pelajaran). Kerananya jika kita menyimpang dari kurikulum yang telah ditetapkan, maka tidak akan mampu mencapai tujuan pendidikan. Dengan demikian dalam mendidik anak, ingat pada kurikulum pendidikan keluarga yang telah kita tetapkan: ketika bila harus dilakukan dan ketika harus mencapai targetnya. Ingat, kita tentu sudah menetapkan agar anak kita menjadi pejuang dan penggerak Khilafah. Tentu kita harus memprosesnya sesuai dengan kurikulum yang telah kita persiapkan.
Ibu harus ikhlas dalam melaksanakan tugasnya kerana sesungguhnya Allah memerintahkan hambahnya untuk beribadah dengan ikhlas, termasuk mendidik anak. Sebagaimana firman Allah dalam surat al Bayinah ayat 5:
Dan sungguh Allah membatasi ibadah yang diterima di sisiNya hanya ibadah yang dilaksanakan hanya kerana Allah.
Ibu mempunyai tugas untuk mendidik anak agar memperoleh ilmu pengetahuan dan mengubah tingkah lakunya sesuai dengan tuntutan materi pelajarannya dan tentu saja harus sesuai dengan Islam. Anak adalah manusia bukan benda atau robot. Kalau benda diberi perlakuan sama, maka ia berubah secara serentak, tapi berbeza dengan manusia. Kerananya ketika manusia diberi perlakuan tertentu tidak serta merta semuanya berubah, ada satu-dua yang ‘ngadat’. Keadaan seperti ini tidak akan boleh diatasi, jika ibu bukan seorang yang menyayangi anak dan sabar. Firman Allah surat Ali Imrann 134
Doa merupakan hal yang penting yang harus dilakukan orang tua untuk anak-anak. Sebagaimana Allah mengajarkan dalam firmanNya: surat al Furqan; 74:
Sumber : sini.

امرناان نكلم الناس علىقد رعقولهم
“Kami diperintah supaya berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing” (HR. Muslim)
6. Tidak menyimpang dari kurikulum yang ditetapkan.
Seringkali kalau kita menyebut kurikulum pendidikan, kita beranggapan bahawa itu untuk pendidikan formal saja, padahal pendidikan keluarga pun memerlukan kurikulum. Kurikulum pendidikan adalah suatu rangkaian mata pelajaran berikut cara penyampaiannya yang menjadi ikutkan penyampaian ilmu pengetahuan (materi pelajaran). Kerananya jika kita menyimpang dari kurikulum yang telah ditetapkan, maka tidak akan mampu mencapai tujuan pendidikan. Dengan demikian dalam mendidik anak, ingat pada kurikulum pendidikan keluarga yang telah kita tetapkan: ketika bila harus dilakukan dan ketika harus mencapai targetnya. Ingat, kita tentu sudah menetapkan agar anak kita menjadi pejuang dan penggerak Khilafah. Tentu kita harus memprosesnya sesuai dengan kurikulum yang telah kita persiapkan.
7. Ikhlas.
Ibu harus ikhlas dalam melaksanakan tugasnya kerana sesungguhnya Allah memerintahkan hambahnya untuk beribadah dengan ikhlas, termasuk mendidik anak. Sebagaimana firman Allah dalam surat al Bayinah ayat 5:
وَما أُمِروا إِلّا لِيَعبُدُوا اللَّهَ مُخلِصينَ لَهُ الدّينَ حُنَفاءَ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus,.
Dan sungguh Allah membatasi ibadah yang diterima di sisiNya hanya ibadah yang dilaksanakan hanya kerana Allah.
8. Menyayangi anak dan penyabar.
Ibu mempunyai tugas untuk mendidik anak agar memperoleh ilmu pengetahuan dan mengubah tingkah lakunya sesuai dengan tuntutan materi pelajarannya dan tentu saja harus sesuai dengan Islam. Anak adalah manusia bukan benda atau robot. Kalau benda diberi perlakuan sama, maka ia berubah secara serentak, tapi berbeza dengan manusia. Kerananya ketika manusia diberi perlakuan tertentu tidak serta merta semuanya berubah, ada satu-dua yang ‘ngadat’. Keadaan seperti ini tidak akan boleh diatasi, jika ibu bukan seorang yang menyayangi anak dan sabar. Firman Allah surat Ali Imrann 134
وَالكٰظِمينَ الغَيظَ وَالعافينَ عَنِ النّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
9. Doa
Doa merupakan hal yang penting yang harus dilakukan orang tua untuk anak-anak. Sebagaimana Allah mengajarkan dalam firmanNya: surat al Furqan; 74:
وَالكٰظِمينَ وَالَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا
dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, anugrahkanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
rindu!!!
Sumber : sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)