Berbakti Kepada Orang Tua itu WAJIB!!

Ya Allah! Sungguh kemalasan bersarang di dalam diri ini. Apatah lagi untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat di sini. Saya gagahi juga, agar ada juga peringatan dan perkongsian buat teman-teman yang sudi singgah dan membaca di sini.

Pernah tidak anda berkata 'tak nak' kepada suruhan ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda berbermasam muka depan ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda merungut dengan perintah ibu bapa? Saya pernah. Pernah tidak anda meninggikan suara dekat ibu bapa? Saya pernah. Apa lagi yang anda pernah lakukan? Dan apa lagi yang saya juga sering lakukan? T__T

Tidak kisahlah anda pernah atau tidak, tapi saya pernah melakukan perkara-perkara di atas. Sebagai anak, saya kadang-kadang melanggar suruhan ibu bapa. Sebagai anak, saya juga memberontak sekiranya keinginan saya tidak dituruti. Tapi mujur diri ini masih ingin dimuhasabahkan. Hati mana yang tak boleh lembut? Setiap manusia, lambat atau cepat, hatinya yang keras tetap akan lembut.

Pembacaan saya semalam membuat saya kembali sedar. Berbakti dan berbuat baik kepada orang tua itu WAJIB!!

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya" (QS Al-Israa' [17]:23)

Sesungguhnya berbakti kepada kedua orang tua adalah kewajiban agama, sebagaimana kewajiban berdakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad dan solat. Sebaliknya, derhaka kepada kedua orang tua termasuk dosa besar yang tidak lebih kecil dosanya daripada dosa zina, mencuri dan dosa-dosa besar lainnya. Jadi, mengapa kita memilih-milih Islam; kita menerima sebahagian ajarannya dan menolak sebahagian yang lain? Mengapa kita melarang sesuatu, tetapi kita sendiri melakukannya?

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?" (QS Al-Baqarah [2]:85)

Hendaklah kita menyedari bahawa Islam telah meMULIAkan kedua orang tua. Bahkan Islam membolehkan kita berhenti solat sunat sekadar untuk menjawab panggilan ibu bapa ketika mereka memanggil kita. Untuk sirah ini, anda boleh baca tentang kisah Juraij dan kisah Uwais al-Qarni.

"..hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya" (QS Al-Israa' [17]:23)


4 comments:

  1. sama2 kita berbakti kepada orang tuakita ;)

    p/s: dear... dni beli cekak spider & brooch tu kat kota bharu... kalo nak kirim pun boleh... yang cekak tu RM29.90, yang jenis brooch macam dni RM99... tapi cekak tu hari tu dni letgo dengan harga RM30 bukan ambil untung.. sebab RM30 dah combine postage + freegift hehe... warna perak pun ada ;)

    ReplyDelete
  2. kak dni,

    thanks sudi follow and singgah sini..
    InsyaAllah, sama2 lah kita berbakti kepada ibu bapa kita.. =)

    Ok2, thanks bagi information..tapi belinya di mana ya? kedai apa ya??

    ReplyDelete
  3. sorry dear lewat reply...
    ada kat mana2 butik je dear.. cuba cari..pelbagai harga... dan juga kat kedai jual brooch.. atas pasar siti khadijah pun ada... kat bazar buluh kubu juga ada... macam2 design yang lawa2... kat mydin pun ada... tapi tak de choice... nak banyak choice pegi kat bazar/pasar :)


    niway, sorry kalau2 dni lewat reply komen atau tak tereply2 tau.. dni busy sket. hehe risau kut ada yang majuk hik3

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat