Jom Raih Pahala Dengan Berpuasa Sunat Hari Tasu'a dan Asyura

Pagi-pagi buat report clinical dan study, tiba-tiba ummi memberitahu semua ahli rumah,

"Hari ahad nih (9 Muharram) kita puasa sunat ya. Hari Tasu'a." 
"Erk?" 
"Dan hari isnin juga sebab 10 Muharram, Hari Asyura."
"Baiklah, insyaAllah."

Tahun lepas macam pernah dengar nenek saudara beritahu tentang Hari Tasu'a tapi lupa sudah. Huhu. Hari nih dengar lagi, alhamdulillah. Jadi, apa dia hari Tasu'a nih ye?


Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Sumber : sini.

Selain itu, kita kena juga puasa hari Ayura.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Riwayat Al Baihaqi)

Sumber: sini.

Jadi apa tunggu lagi? Pastikan kita meraih sebanyak-banyak pahala yang telah disediakan, kita hanya perlu grab je. Jangan lupa ya untuk berpuasa 2 hari di bulan Muharram nih, 9 dan 10 Muharram.

Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram". (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

1 comment:

  1. alhamdulillah..
    perk0ngsian yg menarik..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat