Persiapan Menyambut Perkahwinan 4 : Hantaran & Mahar

Assalamualaikum wbt,

Hanya tinggal tak sampai 24 jam untuk 2012 menjelma. Banyak entri yang belum disudahkan untuk 2011. Nampaknya, akan ada multiple entri untuk hari ini. Tapi tak pasti mampu atau tidak.

Cuti sekolah juga sedang meniti hari-hari akhirnya, sama seperti saya yang meniti saat-saat akhir di minggu ulangkaji. Huhuhu. Seperti biasa, ayat selalu, "terlalu banyak yang hendak dikongsikan, tapi terlalu banyak kekangannya." Memandangkan 2011 bakal melabuhkan tirainya, dan musim dua insan bersatu hati juga telah berakhir untuk 2011, tidak salah rasanya multiple entry adalah berkenaan perkahwinan :P juga hanya santai-santai ya.

Kalau seseorang wanita hendak kahwin, mesti dia fikirkan maharnya. Berapa yang ingin diminta? Adakah permintaannya membebankan pihak lelaki? dsb. Bagi kaum adam pula, pasti pening kepala sekiranya pihak perempuan meminta melebihi bajet dan keringat kerjanya. Mesti kaum adam akan kurus sebelum kahwin. :D. Jangan marah ya, sekadar melihat realiti yang ada. Hehehe. Apa yang memeningkan pasangan ini, biasa jumlah hantaran yang beribu ribu. Bukan maharnya. Sedangkan dalam Islam, mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mahar mereka ". (Surah An-Nisa':4)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mahar walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari ) 


Mahar itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada kedua-dua belah pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut. Tambahan pula, hukum syarak tidak menggalakkan mahar yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Sebaik-baik mahar ialah yang lebih rendah". (Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". (Riwayat Ahmad) 

Ada juga sabda Nabi SAW yang bererti, "Di antara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah maharnya." (Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256, Al-Bazar III/158, Ath-Thabrani dalam Mu'jamus Shaghir I/169 dst...)

Jelas bukan? Bukan hantaran tetapi mahar. Kalau ikut adat orang Melayu, mesti ada hantaran, Itu tidak salah sebab saya juga ada hantaran tapi tidaklah sampai berbalas dulang kerana tidak mahu menyusahkan lelaki. Nanti apa orang kata? Kita buat biasa, orang pun takkan kata apa-apa. Yang penting, mesti ikut syariat. Dari pencarian jodoh sehinggalah mendirikan rumah tangga, InsyaAllah.

Mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, huhuhu.. RM300 untuk Selangor.


2 comments:

  1. ya mahar yg dituntut...:-) ikhlas pemberian dr seorang suami tulus untuk isterinya

    semoga bahgia & gd luck exam

    http://adin-mia.blogspot.com/2011/12/hepi-1st-wedding-anniversary-setahun.html

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,,,
    sebenarnya,,,nak mntk tlg akak crta pasal mardhatillah...sll dgr,tp tak tahu apa mksudnya....

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat