Alhamdulillah, sudah bukan 'newly wed' lagi setelah majlis kedua-dua belah pihak selesai pada 10.12.11 yang lalu. Kesibukan menyiapkan manuskrip untuk disemak sebelum dihantar kepada fakulti, benar-benar membuatkan saya buntu untuk mengupdate entri. Lebih seminggu blog ini tidak berentri baru. Sementelah masih segar bugar lagi nih, saya akan menceritakan persiapan lahiriah satu persatu dengan entri yang berbeza walaupun hampir masuk bulan ke-3 usia pernikahan saya. Apa-apapun, baca entri nih dulu ye, Persiapan Menyambut Perkahwinan 1 dan Persiapan Menyambut Perkahwinan 2 untuk memudahkan pemahaman dan juga keterbukaan hati untuk segera menikah. Hee.
Kalau diikutkan peredaran zaman, masa ibu bapa saya dulu tak perlukan semua nih. Apatah lagi ketika zaman pemerintahan Jepun di Malaya iaitu zaman nenek saya kecil-kecil dulu. Tapi sekarang, semua perlukan benda nih. Kalau takda, makanya tidak berkahwinlah jawabnya. Sobss.
Apa dia bendanya? - Kursus pra-perkahwinan.
Saya pergi masa akhir bulan April yang lalu. Betul-betul ketika saya habis final exam semester lepas. Alhamdulillah. 1 hari setengah. Sakit juga pinggang duduk lelama kat dewan tuh. Huhuhu. Apa yang penting, saya dapat sijil yang berharga untuk seumur hidup. Ngeh3x.
Dengar khabar angin, masa kursus akan dipanjangkan sebab nak bagi modul lebih tentang perkahwinan dan segala perkara yang berkaitan. Yang utamanya, supaya lebih berkesan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Apa yang kurang disenangi tentang kursus nih, ia membenarkan pasangan yang belum halal untuk bersama menghadiri kursus ini bersama-sama serta peserta perempuannya wajib memakai tudung ketika kursus dan selepas kursus itu hal kau. Huhuhu. Apa nih?? Islam apakah begini?
Okeyh, malas bercerita panjang tentang kursus tersebut. Kalau nak tahu apa modulnya, sila hadiri ya. Berbalik kepada tajuk di atas okeyh. Seterusnya, bolehlah proceed to another step as below (ikut pengalaman saya ya- PEREMPUAN) terutamanya bagi lelaki/perempuan yang berada di Selangor dan akan menikah di Selangor.
- Dapatkan borang 2C dan 2D di JAIS/PAID - saya pergi dengan abah. Orang di kaunter bagi 2 borang terus sebab kalau tersilap, ada lagi satu. Memang bijak pak cik tuh.
- Dapatkan borang ujian HIV dan buatlah ujian, hehehe- saya dapatkan borang nih ketika di Klinik Kesihatan. Sebab JAIS sudah tidak sediakan. JAIS hanya bagi senarai klinik kerajaan yang ada ujian saringan HIV. Masa kakak saya nikah dulu, memang ambil dari PAID/JAIS. Sekarang tidak lagi. Tapi tak tahulah kalau JAIS bekalkan semula kan.
- Lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokumen sokongan.
- Dapatkan kebenaran nikah dari Penolong Pendaftar Nikah mengikut Qariah. - Selesai isi borang permohonan nikah, pemohon, wali dan 2 orang saksi kena jumpa PPN Qariah yang telah ditetapkan. Ingat, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja. (Part nih saya skip sebab sudah bebeno nak buat appointment dengan PPN. Last option, saya proceed ke langkah 5. Kat sana, saya buat langkah 4 dan 5 sekaligus. Kan senang. hehehe)
- Dapatkan kebenaran nikah dari PAID. - Selepas mendapat kebenaran untuk nikah, pihak perempuan mesti membawa kebenaran nikah pihak lelaki dan permohonan nikah dari pihak perempuan ke PAID. Pegawai dari PAID akan semak dan kita kena bayar rm10 untuk mendapatkan surat kebenaran nikah.
- Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah. - Then, pihak perempuan akan serahkan kebenaran untuk berkahwin lelaki + perempuan ke PPN Qariah. PPN ni yang akan nikahkan kita.
- Tunggu hari diakadnikahkan.
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)