Kanak-kanak Perlukan Perhatian

Kita semakin menghampiri Eidul Adha. Dalam 3 minggu sahaja lagi dan pastinya ini raya haji ke-2 saya bersama suami, insyaAllah.

Sifat keibuan saya semakin menyerlah apabila saya selalu menjaga anak saudara yang kedua. Ewah.. Ewah.. Anak sendiri bila ye? Hee. InsyaAllah. Doakan kami ya. Bukannya apa, kalau Ilham dulu saya selalu buli (walaupun sekarang saya buli juga) tapi dengan adiknya kurang pula. Rasa kasihnya sangat mendalam.

Amaran : Kenyataan di atas adalah entri terperap hampir beberapa bulan. Sila baca ayat-ayat seterusnya untuk keadaan terkini.

Baru-baru ini saya menjadi baby sitter buat adik Ilham yakni Aqil. Kesian anak kecil. Tangisannya buat saya rasa sebak. Ya Allah!! Ikatan antara ibu dan anak memang kuat. Tangisan yang laparkan susu ibu dirasai oleh si ibu yang jauh di kerusi pejabat. Si ibu merasakan anaknya ingin susu. Kerana sembang santai petang itu mengungkap rahsia seorang ibu yang menyusukan badan untuk anaknya.

Tetapi apa yang saya dapat lakukan?? Saya hanya mampu melihat anak kecil itu menangis dan terus menangis. Saya tidak dapat berbuat apa-apa sebab saya belum mempunyai darah daging sendiri. Huhuhu.

Penyudahnya, saya duduk dari perbaringan lalu membaringkan si kecil di atas ribaan saya sambil memberi susu botol. Dalam sedu sedan dan esakan si kecil, mata si kecil terus terpejam lantaran kepenatan. Penat menangis kerana laparkan susu ibu yang pasti. Sekali lagi, tersentuh naluri keibuan saya. Lantas saya mengalihkan si kecil di atas tilam dengan selesa supaya tidurnya bertambah nyenyak.

Kanak-kanak memang perlukan perhatian dan kasih sayang ibu sendiri. Tak sama dengan ibu saudara macam saya nih. Haihh. Sekiranya saya sudah bekerja kelak dan mempunyai anak, adakah saya mampu menjadi ibu pengatur rumah tangga yang dituntut di dalam Islam?? Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat