Tarikh kiamat yang dipercayai (oleh orang-orang jahil) akan terjadinya hari kiamat telah pun berlalu, iaitu tanggal 21 Disember 2012. Hampir seluruh dunia manusia disibukkan untuk membincangkan tentangnya. Beberapa hari yang lalu, di kawasan pergunungan Pic de Bugarach, Perancis, ia tumpuan orang ramai termasuk media sejak spekulasi ramalan hari kiamat tersebar di seluruh dunia. Di Guatemala, Kementerian Kebudayaannya menganjurkan satu acara besar-besaran sebagai persediaan untuk menghadapi kemusnahan dunia, manakala beberapa agensi pelancongan di negara itu turut menawarkan pakej percutian bertemakan hari kehancuran. Namun sehingga ke saat ini, kiamat yang dikatakan akan muncul tersebut masih belum tiba. Menurut mereka lagi, terdapat beberapa kawasan dan negara lain yang dianggap sebagai 'kawasan selamat' daripada hari kiamat.
Pergunungan Himalaya merupakan salah satu daripada lima tempat paling selamat menurut mereka kerana ia dianggap sebagai tempat paling tinggi di dunia, selain China, Sierra Nevada, Arizona dan Afrika. Sementara itu di China, pihak berkuasa menahan hampir 1,000 anggota kumpulan Almighty God yang didakwa menyebarkan khabar angin tentang kedatangan hari kiamat.
bersambung...
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)