Adat dan Buka Pintu Tanpa Kunci

Pergi ke kenduri kahwin seorang muslim adalah biasa dan diwajibkan memenuhi undangan tuan rumah. Atas rasa tanggungjawab itu, kami sekeluarga ke tempat yang dijanjikan. Masa perjalanan lari dari jangkaan waktu yang diperuntukan. Tapi apakan daya, manusia hanya merancang Allah jualah yang menentukan.

Pencarian destinasi yang diinginkan sedikit keliru. Peta ke lokasi pengantin tidak dibawa bersama. Kad jemputan tertinggal di meja makan. Namun, Alhamdulillah hasil usaha  carian si adik dan ayah menggoogle peta malamnya sangat membantu. Ini juga sekaligus memendekkan masa pencarian lokasi yang tidak pernah dikunjungi kami.

Jam menunjukkan angka 12.45 tengahari. Sedikit hairan. Para tetamu boleh dibilang dengan jari ini. Kenapa macam belum tiba para jemputan? Persoalan itu hanya tinggal tanda tanya di benak fikiran kami sekeluarga. Kami mencari tempat yang selesa dan kebetulan bertemu dengan kenalan ayah yang tinggal setaman. Sembang punya sembang, rupanya mereka lebih lama berada di situ.

Dek kerana ayah mengejar masa, ayah meminta diri untuk beransur pulang. Kami semua ikut serta kerana risaukan masa yang pantas berjalan. Adat dan budaya mereka agaknya tetamu makan tunggu pengantin sampai kot.

Berkeroncong sudah perutku ketika itu. Tapi itu bukan halangan untukku terus melangkah. Tiba di parkir kereta, ayah beritahu kunci kereta tertinggal di dalam kereta. Lalalala.. Kerana kejarkan masa, musibah lain pula datang. Kami berfikir sejenak. Berdoa. Allah datangkan ilham kepada ayah untuk menelefon seorang sahabat. Pintu berjaya dibuka. Dan benda baru dipelajari. Cara buka pintu tanpa kunci. ;-)

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat