Saya upload gambar nih lagi hari tuh sebelum exam final. Lebih kurang 3 minggu yang lalu. Harini baru saya teringat nak buat entri. Kalau perap lama-lama takut tak releven pula dah kan cerita nih. Sementara saya rajin nih, saya updatelah siap-siap ye.
Lagipun, siapalah yang sudi nak baca kisah saya nih kan.
19/06/2013 adalah tarikh terakhir saya exam final untuk semester terakhir dan insyaAllah tahun yang terakhir. Tunggu result keluar, saya akan buat special entry. ;)
Saya rasa sangat excited sikitlah semester nih saya nak cerita pasal clinical attachment saya walaupun di sini hanya satu attachment yang akan saya ceritakan. Sebelum nih ada juga saya cerita serba sedikit tentang sangkutan klinikal saya tapi semester dululah. Ini kali saya rasa macam bersemangat, di sini dan dunia realiti.
|
Katil depan pesakit kitorang ;) |
PAEDS atau PAEDIATRIK adalah salah satu sangkutan klinikal yang paling best. Walaupun kes yang saya dengan partner cari tak best, tapi kami try bestkan jugak. Hahaha. Kitorang nih kalau cari kes, kena cari yang banyak ubat. Yelah,
We Are Drug Expert kan. So, many drugs more interesting and more questions from preceptors. See. And of course more marks if correct. Saya ingat lagi, preceptor selalu inform, paeds ni walaupun kesnya simple (cth: fever je ke) but again, PAEDS sangat fragile dan need extra care from expert. And I love kids. Hahaha.
|
My partner doing her part ;) |
The best thing is my partner sangat baik hati. Selalu dapat cari kes yang best. Saya pun cari jugak tapi dia selalu dapat dulu kes yang menarik. Thanks a lot to her. I loves cooperate with her. Later, I'll show you'll my sweet partner even she's so diam. Biasanya kalau dapat BHT (Bed Head Ticket - fail pesakit), my partner akan catat everything important about the patient's disease progress and related on medical term. And I, catat semua drugs the patient on in ward.Tapi in this case, drugs tak banyak yang patient on. 6 jenis je :( Tapi still exceed 3 jenis, so past the case. Salin tetap salin, snap gambar nih pun saya curi-curi. Saya nih kadang takut-takut juga nak ambil gambar tapi nak jugak tau. Sebab part saya dah siap. After habis catat and understand the disease and everything, we both will discuss for tomorrow's presentation with PPUKM preceptor. Preceptor yang evaluate kitorang nih pegawai Farmasi U51 ke U54 macam tuh. But they're sangat nice.
|
Other partner doing their job ;) |
(
Rasa sangat lama saya nak update cerita sebegini, haissh) Day 1 attachment biasanya kami akan habiskan setengah hari di hospital, dan seterusnya di library atau di rumah untuk membuat review tentang kes. Sepatutnya kena balik jam 4.30 petang kalau ikut jadual, tapi dah namanya pelajar, cengginilah kami. :D Banyak nak kena cari terutamanya jurnal-jurnal berkaitan. Tuh yang balik lagi senang nak buat kerja. Apapun, saya rasa sangat bertuah dipasangkan dengan partner saya. Dia banyak bantu saya, dia tak lokek ilmu tau. Dia banyak add on apa yang saya tertinggal atau maklumat yang saya beri tak cukup ke dan sebagainya. Nanti kalau dah kerja, harap-harap saya dapat colleague yang baik hati semuanya. Apa lagi ek saya nak tulis nih? Erm.. Saya nih ada je smartphone tapi aplikasi yang berkaitan dengan pelajaran saya takde. Bukan saya tak install tapi saya nih tak reti guna sebab nak kena sign up lah, pastu expire. Lebih baik saya install game ye dak atau buat jadi kamera je senang. Hee. Smartphone saya nih apa yang saya suka tentangnya adalah kualiti gambar. It's
SONY. Later saya akan cerita smartphone pula. Dah ke lain pulak ceritanya.
Day 2 adalah hari
'pendebaran'. Hari kena evaluate oleh preceptor. This preceptor yang saya kenal dulu macam baiklah, tapi semester nih group lain cakap dia sangat tegas. Yes, she is but her smile sangat sweet. I like her. Alahai.. Apapun, saya adalah partner first so debaran kurang, soalan kurang markah pastinya dot..dot..dot.. Time present saya duk depan, dah habis present duk belakang sekali. Saya suka duk belakang sebab dapat snap gambar macam nih. Senang kan? Partner saya duk sebelah saya tengah semak presentation kitorang tadi tapi saya duk snap gambar kawan-kawan lain. :)
Day 3 adalah hari
'pendebaran yang sangat memuncak' sebab kena evaluate dengan lecturer sendiri. Ini yang lagi bahaya. Hee. Sebenarnya presentation sama je macam hari sebelumnya tapi skop evaluationnya lain dan kitorang tambah apa yang kurang dari presentation Day 2. So, basically macam nilah clinical attachment saya sebanyak 8 bidang iaitu Kardiologi/Respiratori, Nefrologi/Endokrin, Paediatrik, O&G, Neurologi, Surgeri, Psikiatri dan Farmasi Komuniti. Untuk Farmasi Komuniti saya akan buat entri lain sebab special sikit. Ada 3D model, poster dan our hardwork. Ok, itu sahaja. :)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)