Mata Pelajaran Sejarah Yang Aku Pelajari

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, dapat juga saya menulis hari ini setelah lama tidak menulis apa-apa. Bukannya tidak mahu menulis tetapi tiada kesempatan dan juga idea yang kadang-kadang kekeringan. =)

Entri saya kali ini adalah entri yang biasa-biasa sahaja, bukan entri yang berat. Sekadar untuk membuka minda para pelawat dan juga pembaca yang sering mengunjungi blog saya ini, insyaAllah. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan, para pembaca dan siapa sahaja yang sudi menziarah pondok saya yang tak seberapa ini.

Apakah anda tahu apa itu sejarah? Mengikut wikipedia Bahasa Melayu, sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau.

Pernahkah anda berfikir ketika di zaman sekolah (bagi sesiapa yang telah melepasi zaman sekolah), mengapakah kita belajar sejarah? Apakah kita perlu belajar sejarah selama lima tahun di sekolah menengah adalah untuk mendapat A di dalam PMR dan SPM? Atau ada sebab lain mengapa kita perlu belajar sejarah? Mengapa mata pelajaran sejarah dijadikan subjek teras di sekolah? Pernahkah anda berfikiran seperti itu? Saya pernah berfikiran seperti itu ketika saya berada di tingkatan 2. Apabila masuk tingkatan 4, saya menggemari mata pelajaran sejarah kerana cikgu yang mengajarnya dan juga kerana sejarah tingkatan 4 adalah sejarah dunia. Saya paling tidak menggemari sejarah Malaysia ketika itu, saya pun tidak pasti kenapa.

Di sini saya ingin tekankan sejarah tingkatan 4 dan juga tingkatan 5. Sejarah tingkatan 1 hingga 3 tidak perlulah saya ulas memandangkan sejarah tingkatan 4 dan 5 telah mencakupi keseluruhannya, insyaAllah.

Saya tidak pasti sukatan pelajaran terbaru untuk subjek Sejarah, tapi saya akan ulas berdasarkan sukatan yang saya pelajari beberapa tahun lalu. Bab 1 hingga Bab 10 menerangkan tentang Tamadun awal manusia, Kemunculan Islam di Mekah, Pembentukan Kerajaan Islam di Madinah, Kerajaan (baca: Khilafah) Islam yang lainnya (Khulafa ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah), Islam di Asia Tenggara, Perkembangan di Eropah dan juga Dasar British dan Kesannya terhadap ekonomi Negara.

Apakah yang anda belajar dan saya belajar tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara? Bukankah kita telah 'diajar' dan belajar bahawasanya penyebaran agama Islam dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab? Benarkan, kerana Asia Tenggara merupakan pusat tumpuan masyarakat dan pusat perkembangan ekonomi dan ilmu. Inilah yang 'diajarkan' kepada kita ketika di tingkatan 5, kan. Tapi kalau kita fikir-fikir balikkan, kenapa pedagang-pedagang Arab tersebut yang menyebarkan Islam?? Takkan mereka memang nak sebarkan Islam? Atau anda fikir ada 'sesuatu' yang menyuruh mereka? Apakah sesuatu itu? Mungkin ketika ini anda berasa malas untuk berfikir mengapa, apakah dan sebagainya terhadap persoalan saya. Tapi serius saya katakan semuanya ada kaitannya. Bagaimana subjek Sejarah yang kita belajar itu kebanyakannya telah diputar belitkan oleh Barat. Anda tahu mengapa?? Kerana mereka hanya ingin kita tahu apa yang patut kita tahu. Yang selebihnya fakta sejarah telah disembunyikan barat untuk kepentingan mereka. Kita hanya akan tahu fakta sejarah yang sebenar apabila kita mengkaji dengan lebih lanjut.

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang panjang entri ini. Tapi saya akan sambung lagi di lain masa. Sekarang ini saya kesuntukan waktu untuk menulis entri. Tambahan pula, esok saya ada seminar muslimat Hizbut Tahrir di PKNS, Bangi. Kepada para muslimah jemputlah datang ke sana. Kedatangan anda amatlah dialu-alukan. ;-) Untuk keterangan lanjut, rujuk entri saya bertarikh 21hb Julai 2009..

2 comments:

  1. Salamz,haha sejarah biasanya dimanipulasikan oleh pihak yang menang biasanya ia dilakukan oleh barat.Hmm dalam buku sj ana banyak memburuk-burukkan Sultan abd hamid aneh sungguh.sampai ada sorang kawan ana beragama islam mengatakan Khilafah patut dijatuhkan kerana zalim.Astaghfirullah yang bersalah itu manusia bukannya system.

    Anyway sem ini ana belajar seputar andalusia.

    ReplyDelete
  2. wslm,
    yelah, betapa berjayanya barat menanamkan kebencian kepada umat Islam terhadap khilafah.. byk fakta yang telah diputarbelit demi melihat ketidaksatuan umat islam..Semoga kita semakin gencar dlm menyebarkan fikrah Islam, insyaALlah..

    Well, anta blh lah share ttg andalusia.hee

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat