Wanita Muslimah dipaksa membuka hijab ketika di dakwa di Mahkamah membuktikan pengkhianatan Kerajaan Bangladesh ke atas Islam
Laporan akhbar, Pejabat media Hizbut Tahrir Bangladesh
“ Kerajaan Besar Persekutuan yang mengimani Sistem kufur, Demokrasi dan menjadi hamba kepada Barat telah mengambil tindakan keji dalam usaha menghapus serta melenyapkan Islam dari Negara mereka atas nama memerangi ‘keganasan’. Sebenarnya ia telah mengisytiharkan perang Salib ke atas Islam.” Jurucakap rasmi Hizbut Tahrir Bangladesh Fahmida Farhana Khanam berkata demikian dalam satu sidang media yang dikeluarkan hari ini sebagai reaksi terhadap isu penahanan tiga orang wanita Muslimah, di mana hijab mereka telah dibuka secara paksa ketika mereka di bawa ke mahkamah untuk di dakwa dan ditahan reman pada 15 Julai 2009 di atas tuduhan bersekutu dengan militan.
Beliau berkata bahawa perbuatan keji Kerajaan Bangladesh ini mencerminkan kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, “Tiada tempat untuk burka(tudung) di Perancis." Kerajaan mematuhi arahan tuan penjajah imperial mereka untuk menerapkan ideologi busuk Sekular Barat ini. Mereka membina laluan Bush, Pope Benedict, Geert Wilders dan Sarkozy. Dalam sebuah Negara yang mana lebih 90% dari penduduknya beriman kepada Islam, rakyatnya di reman dan di dakwa di mahkamah untuk ‘ jenayah’ mentaati Allah, memakai hijab dan berjambang atau menyimpan janggut.
Tambahan pula, sebelum menerajui tampuk pemerintahan, Sheikh Hasina berjanji kepada rakyat Bangladesh bahawasanya kerajaan pemerintahan beliau tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang menentang Islam. Namun demikian, kejadian di atas telah membuktikan sesungguhnya beliau adalah seorang penipu besar. Beliau sebenarnya menuruti jalan seorang pengkhianat dan Ejen keji Kuffar Barat, Mustafa Kamal yang mana, setelah memusnahkan Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H ( 3 Mac 1924 ), beliau telah menanggalkan hijab wanita Muslimah secara paksa di Turki bagi menjaga hati tuan-tuan imperialnya dan menerapkan sekularisme.
Fahmida Farhana Khanam juga mengingatkan umat-umat Islam yang mendokong dan menyeru kepada Demokrasi supaya mengambil ikhtibar dari kejadian ini. Inilah wajah buruk demokrasi. Demokrasi Barat tidak mempercayai apa-apa malah menentang agama. Adalah sesuatu yang sangat jelas di dalam Negara yang mengamalkan demokrasi, golongan Muslimin yang mentaati dan mematuhi hukum Syara’, akan di serang dan di hukum. Di dalam negara-negara maju pengemban Demokrasi seperti Perancis, Jerman, Denmark dan British, mereka telah melancarkan kempen keji secara besar-besaran terhadap hijab. Tambahan lagi, para wanita Muslimah telah di pukul malah di bunuh kerana memakai hijab. Kejadian-kejadian seperti ini membuktikan tiadanya tempat untuk Islam di dalam sesebuah Negara Demokrasi.
Di akhirnya, Fahmida Farhana Khanam berkata, pada masa lampau, Khalifah Mu’tasim Billah telah melancarkan jihad terhadap musuh-musuh Allah dalam mempertahankan maruah wanita Muslimah. Sebaliknya pada hari ini, Ejen Barat di negeri-negeri kaum Muslimin seperti pemerintahan Sheikh Hasina, telah menghina dan merendahkan martabat Muslimah. Beliau menyeru kepada semua Umat Islam untuk menolak Sistem kufur,Sekular Demokrasi ini and bersatu mara ke hadapan untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya Akidah dan kehormatan Kaum Muslimin akan di bela.
Fahmida Farhana Khanam
Jurucakap Rasmi Muslimah Hizbut Tahrir Bangladesh
Sumber : Khilafah.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)