REMINDER : It's October!

Assalamualaikum wbt,

Sabtu dan Ahad.
It's Saturday today.

Apa yang bermain di fikiran anda?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pastinya bangun pagi lambat, bersuka ria dan yang pasti bermalas-malasan kan. Terutamanya bagi seorang pelajar. Perkara ini pernah terjadi pada diri saya sendiri beberapa bulan lepas dan sebelumnya. Kini, tidak lagi. Segalanya berbeza.

Sebagai seorang pelajar dan isteri, Sabtu dan Ahad memberikan impak yang berbeza buat saya. Jika dulu, saya tinggal di hostel, kini tinggal di rumah (pastinya rumah parents sendiri =P). Jika dulu fikir tentang diri sendiri, kini mesti fikirkan orang yang kedua pula. Jika dulu makan sendiri, kini kena tunggu orang kedua makan. Ada sesetengah mengatakan bahawa Sabtu dan Ahad adalah hari tanpa gangguan. Maksudnya hari untuk menyiapkan segala assignment, lab report, test, study dan clinical attachment report (untuk saya). Tapi Sabtu dan Ahad saya selalunya bukan begitu. Apapun perbezaan saya sekarang, semoga Allah mudahkan segalanya untuk saya. Kata Abah, "kalau kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah akan tolong kita."

InsyaAllah.


Okeyh berbalik kepada tajuk di atas, sekarang sudah pertengahan oktober. Bagi sesiapa yang berada di Kedah, anda mungkin terlepas peluang ini. Peluang apakah? Mari kita baca pengumuman ini sampai akhir ye. Bagi Muslimah yang berada di Melaka, pastinya peluang anda masih terbuka luas. Esok 16hb OKTOBER 2011 di Air Keroh, MELAKA akan didakan satu majlis ilmu yang bertajuk : "PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) : Tindakan Sesaat Atau Penyelesaian Yang Tepat?" Muslimah sahaja ya dijemput hadir.

Marilah kita pakat ramai-ramai hadiri majlis ilmu. 

Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"
 (hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11juga menerangkan bahawa Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Dan kepada Muslimah di sekitar Bangi, nantikan kemunculannya pada 23 OKTOBER 2011. Boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut atau klik gambar sahaja mudah.. ^_^

2 comments:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat