Persiapan Menyambut Perkahwinan 2

Sila baca ini dulu: Persiapan Menyambut Perkahwinan 1

Atas kekangan masa, saya memohon maaf. Kini saya kembali berkongsi tips sebelum hari pernikahan anda. Persiapan yang perlu diwujudkan untuk menyambut ikatan pernikahan setidaknya ada 3 perkara. 1) persiapan yang bersifat fizikal, 2) persiapan yang bersifat psikologi/mental dan 3) persiapan tentang ilmu pengetahuan.

Persiapan fizikal- dapat dibahagikan menjadi tubuh badan dan kebendaan.

Persiapan tubuh badan adalah untuk memikul tugas dan peranan baru setelah proses pernikahan. Seorang wanita yang hendak berkahwin, wajib menyiapkan dirinya untuk memikul tugas dan peranan baru sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Begitu juga lelaki, ia wajib menyediakan dirinya menjadi seorang suami dan bapa. Jelas keduanya bukan sahaja wajib menjaga kesihatan, tetapi juga memperhatikan zat seimbang yang cukup memadai untuk mendapatkan anak seperti yang diinginkan. Tentu sahaja keduanya harus memperhatikan kehalalan setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perutnya.

Persiapan kebendaan adalah bekalan harta untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Ini khusus kepada lelaki kerana bersesuaian dengan kemampuan dan kesanggupan yang dimiliki olehnya. Tetapi bukan bermakna si lelaki perlu menyediakan rumah dilengkapi perabot, kenderaan dan segala keperluan rumah yang lain. Bukan begitu ya. Jika ada semuanya, alhamdulillah kan, bukankah lebih baik?. Kalau tidak mampu, tidak mengapa. Kerana sirah telah mengajar kita bahawa ada para sahabat yang tidak memiliki persiapan kebendaan yang mencukupi tetapi Rasul SAW tetap menganjurkan supaya berkahwin kan. Pernah ada seorang sahabat hanya mampu memberi hafalan Al-Qurannya sebagai mahar kerana hendak memberi sebentuk cincin besi pun ia tidak mampu.

Persiapan mental/psikologi-

Setelah berkahwin, seseorang akan menjalani kehidupan yang berbeza dengan kehidupan bujangnya. Kehidupannya akan menjadi lebih kompleks kerana melibatkan ramai orang. Kehidupan ini menuntut kesiapan mental, kematangan berfikir, kelapangan dada, pengurusan mengawal emosi dan sebagainya. Jelas semua ini harus diberi persiapan awal. Inilah antara perlunya subjek pengurusan emosi ketika di sekolah atau di universiti lebih-lebih lagi ketika minggu orientasi. Di sinilah ia harus diaplikasikan. Betul tak?

Setelah berkahwin, semua karakter masing-msing akan mula menyinar.:D yang boleh jadi jauh dari persepsi dan pandangan kita sebelum berkahwin. Contohnya, ketika bertunang kita ingat si lelaki/wanita penyabar, rupanya bila sudah berkahwin menjadi sedikit baran. Hanya contohnya sahaja. Tiada kena mengena dengan saya okeyh. Jadi antara persiapan mental yang harus dan tidak boleh ditinggalkan :
Menyiapkan diri untuk -
  • menjadi lebih lapang dada
  • mengurus emosi dengan baik
  • bersedia berkongsi dan memahami
  • mengurus ego diri
  • mengurusi diri untuk bergaul dengan keluarga baru
  • berempati bukan hanya bersimpati
  • dll
Persiapan ilmu pengetahuan-

1) Persiapan pengetahuan tentang panduan Islam dalam berumah tangga. Hukum-hukum syariat tentang rumah tangga. Apa sahaja hak dan kewajiban isteri ataupun suami. Bagaimana perselisihan yang muncul, bagaimana mengurus hubungan dengan keluarga suami/isteri dan hukum-hukum lainnya yang berkaita dengan rumah tangga.

2) Ilmu-ilmu praktikal dan cara-cara serta pengalaman sebenar menjalani kehidupan berumah tangga seperti membina pengertian, menyelesaikan permasalahan serta soalan-soalan yang biasa muncul di awal perkahwinan dan cara untuk menguruskannya. Semuanya boleh diperolehi dengan bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih dulu makan garam dalam berumah tangga samada rumah tangganya harmoni ataupun yang porak peranda.

3) Juga ilmu-ilmu praktikal sebagai isteri dan pengatur rumah tangga. Antaranya pengetahuan untuk menjadi ibu sepeti mengandung 9 bulan 10 hari, termasuk aspek makanan seimbang dan kesihatan, melahirkan, setelah melahirkan dsb. Peranannya sebagai pengatur rumah tangga juga perlu diberi pengetahuan dan perhatian. Seorang wanita harus bertanggugjawab terhadap urusan rumah tangga agar rumahnya menjadi tempat yang aman dan secara psikologi mampu memberi ketenteraman kepada penghuninya. Ilmu-ilmu pengetahuan tentang gizi, memasak, mengemas rumah, mengurus aktiviti rumah tangga, mengurus kewangan keluarga dan pengetahuan lain.

Persiapan-persiapan ini harus dititik beratkan oleh pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Mereka akan menjalaninya sebagai suami isteri dan akan hidup di tengah-tengah masayarakat dengan status yang baru. Keduanya harus mempunyai keterampilan untuk bergaul dengan masyarakat dan harus terlibat aktif dalam dakwah kerana ini adalah kewajiban untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat. Jadi semuanya memerlukan persiapan. 

Upacara menyarung cincin dilakukan di rumah, disaksikan mahram sahaja walaupun akad nikah di masjid. Ini permintaan wali. :D
p/s: InsyaAllah, akan ada sambungan tentang persiapan saya pula. Persediaan untuk menjemput orang datang ke walimah serta lain-lain perkara yang perlu dilakukan sebelum berkahwin untuk abad ini. hehehe.

Kerabu Mangga Yang Superbb Sedap!


Pernah makan tak? Saya pernah buat beberapa tahun lepas. Lama dah rasanya. Masa tuh kemaruk hendak buat kerabu. Tak kisahlah kerabu apa, asalkan kerabu. Kerabu mangga, kerabu pegaga, kerabu kacang botol dsb. Ada pelbagai jenis cara masakan dan bahan-bahannya.

Yang saya buat untuk kelapa, saya hanya goreng kelapa putih tanpa minyak di atas kuali dengan api sederhana sahaja. Goreng hingga kekuningan yang sedap dilihat mata. Kemudian, tumbuk bersama bahan-bahan lain yang hendak dibuat kerabu kecuali bahan utama kerabu seperti mangga, pegaga atau kacang botol. Yang itu haruslah dipotong halus-halus. ;)

Tapi, bila saya ke rumah nenek, cara buatannya lain. Ia dimasak. Kelapa dan segala bahan-bahan digoreng sekali. Cara begitu saya kurang berminat untuk makan. Cuma, suka sangat sebab ia adalah hasil air tangan nenek. Siapa boleh challenge kan.

Resepi? Mudah sahaja.

Bahan-bahan :
  1. Mangga muda - potong halus
  2. Bawang besar 1/2 biji - ditumbuk
  3. Cili padi/ lada besar - ditumbuk (ikut kesedapan kepedasan yang digemari)
  4. Kelapa putih - digoreng tanpa minyak
  5. Perahan limau kasturi (ingat-ingat lupa tentang ini tapi nak sedap, perah je)
  6. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya, gaulkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati. Kemudian, sediakan di atas pinggan yang comel. Hidangkan dan siap dimakan. Pasti sedap. Owh, sebelum terlupa, mulakan semuanya dengan bismillah, selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ikhlas dannnnnn pasti licin.. Hehehe. InsyaAllah.

Nota : Sekarang ini suka sangat kerabu mangga di The Chicken Rice Shop. Maka, gambar di atas adalah kerabu mangganya. Ada sesiapa yang ada resepinya? =)

Untuk Menjauhkan Mereka dari Agamanya..

“Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al-Quran dan Sunnah).Sehingga mereka menjadi orang-orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesamanya saling bermusuhan, menjadi terpecah-belah dan jauh dari persatuan. Dengan demikian kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri sesuai dengan tujuan kalian” 

(Kenyataan Samuel Zwemer dalam Konferens Al Quds- 1935)

Owh, KetidakMustaniran Yang Malap Seketika

Samada kecemerlangan saya sudah tidak menyinar lagi, atau merudum, itu saya akui. Kalau kisah "Kekasih Barunya" mendapat kritikan yang saya kira satu sindiran, itu hak saya. Saya tahu siapa yang membaca belog ini dan juga pengkritik hebat tentang kehidupan saya.

Saya akui, apa yang diceritakan atau dipaparkan di sini adalah tontonan dan bacaan umum. Dan objektif saya menyampaikan segala pemahaman dan pemikiran Islam yang haq dan menjelaskan yang bathil. Saya tahu, ke'mustanir'an itu juga semakin malap dek kerana hal-hal duniawi. Tapi siapa anda hendak menghakimi saya dengan hanya "Kekasih Barunya". Owh, atau anda juga sudah lama memperhatikan segala corak penulisan saya? Syabas!!

Bukan ingin mendabik dada, tapi alam maya hanya tempat untuk saya menulis selagi ia tidak melanggar syarak. Menulis kan harus. Menulis yang haq itu wajib dan menulis yang bathil itu haram. Mudah bukan. Jadi, apa yang saya nak kongsi, saya kongsikan biarpun ia bukan fikrah.

Bukan penghargaan manusia yang saya inginkan. Saya menulis apa yang saya nak kongsi sahaja. Samada itu fikrah atau sesuatu yang mencerminkan ketidakcemerlangan saya, inilah penulisan saya.

Dan kalau anda fikir penulisan alam maya anda mampu menjernihkan pemikiran atau pemahaman pembaca, sila beritahu atau khabarkan. Sebab, setahu saya mereka yang membaca hanya menyokong atau mendiamkan diri sahaja. Yang jelas, itu hanyalah sedikit. Yang penting, pertemuan dan perbincangan di alam realiti. Manusia itukan ada naluri. Gharizatul baqa' pasti yang paling menyerlah. Trust me. And you know why this instinct not other two.

Kekasih Barunya..

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah 1433.
Sangat banyak untuk diperkatakan dan diceritakan. 
Namun, kesuntukan masa juga menjadi ungkapan.
Maal Hijrah 1433 yang menjadi hangat diucapkan, 
biarlah gambar kekasihnya menjadi taruhan.

Nama aku Asuse. ;)

Aku hanya kekasih sandaran sahaja. :(

Nama aku Kebong. Hahaha.

Sekian, untuk petang ini.

Nak Makan Macaron Lagi!! Rasa Bertuah Dapat Ini..


“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


La Tahzan, Uda!!

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tidak update blog. Tiada perkongsian dalam diari kehidupan seharian. Itu perkara biasa.

Sabtu baru nih, saya terima surat untuk adik saya. Surat dari Yayasan Pelajaran Johor. Tapi sayang, adik saya sudah pulang ke kolej. Saya dan seisi keluarga membaca segala isi surat tersebut termasuk perjanjian pinjaman oleh yayasan berkenaan.

Kiranya berita gembira buat kami semua. Setelah 2 semester adik saya ditaja penuh oleh Pa&Ma, kini sudah tiba masanya untuk bertukar penaja. Hikhik. Call adik cakap temuduga dia hari tuh dengan yayasan sudah berjaya. Kiranya dapatlah pinjaman pelajaran. Ada 4 semuanya surat perjanjian untuk dipenuhkan. Dia pun sudah excited.


Saya baca dengan teliti segala isi perjanjian serta surat tawaran. Hampir sepuluh minit baca bersama hubby, ada sesuatu yang meragukan lagi memusykilkan. Ermm.. Terus inform Pa&Ma tentang perkara ini. Call adik semula cakap bukan rezeki untuk dapatkan pinjaman itu. Ummi pesan kat adik, 'La Tahzan.' =( Yelah kan, adik siap tanya macamana nak sujud syukur sebab dapat pinjaman nih. Tapi apakan daya, perkara yang bathil haruslah segera ditinggalkan.

Jadi, bagaimanakah penyudahnya? Mari kita baca sedikit apa yang ingin saya kongsikan sebenarnya.


Islam bukan sekadar menganggap pendidikan sebagai perkara yang penting, malah Islam telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu keperluan asas masyarakat, termasuklah kesihatan dan juga keselamatan. Islam bukan sahaja menjamin agar keperluan pendidikan dapat dipenuhi, tetapi Islam juga mewajibkan setiap individu warganegara untuk menuntut ilmu serta mewajibkan negara untuk memberikan layanan kelas pertama kepada rakyatnya dalam bidang pendidikan.

Nabi SAW bersabda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China, kerana menuntut ilmu itu hukumnya fardhu bagi setiap Muslim." (al-Khathib al-Baghdadi, ar-Rihlah fi Thalab al-Hadits; as-Suyuthi, Jami' al-Masanid wa al-Marasil, Juz I/463). Mengikut penjelasan al-'Allamah al-Manawi, biar betapa jauh pun tempat ilmu itu berada, maka kita diperintahkan untuk mencarinya. Sebab menuntut ilmu itu hukumnya adalah fardhu (al-Manawi, Faidh al-Qadir, Juz I/543). Daripada sini dapatlah disimpulkan bahawa kewajiban menuntut ilmu tidak pernah mengenal batas sempadan, baik sempadan wilayah negara mahupun sempadan waktu, sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabi SAW terhadap para sahabat di mana mereka semua menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.

Jumaat dan Lembu. Apa Kaitannya?

Hampir seminggu makan daging korban. Lembu ada kerbau pun ada. Kambing ada juga tapi tak sempat nak rasa. Alhamdulillah, sekali lagi AidilAdha dapat disambut oleh saya.

Bila buka facebook, banyak status kawan-kawan bercerita tentang 11.11.11. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi kebanyakan daripada mereka sangat suka dengan tarikh hari nih, 11.11.11. Kebetulan pula tarikh hari nih jatuh pada hari Jumaat, macam satu tuah bagi yang meminati tarikh ini. Erm.. Kalau tak silap saya, tarikh keramat menjadi kegilaan sejak 8.8.08 bagi orang-orang Cina. Tapi mengapa ya orang Islam kini terikut-ikut dengan tarikh-tarikh sebegini? Apa ada pada tarikh? Atau apa ada pada nombor?

Berbalik kepada niat asal saya menulis entri ini okeyh.

Jika 11 tahun yang lalu, hari Jumaat saya selalu ke sebuah gerai. Gerai itu di tepi jalan raya atau jalan utama. Saya selalu ke sana berbasikal. Kadang-kadang sendirian, kadang-kadang ditemani adik saya. Macam sudah menjadi kebiasaan saya untuk ke gerai tersebut pada hari Jumaat setiap minggu. Itupun ummi saya yang suruh. :D

Gerai apakah?


Gerai daging lembu segar. Setiap kali saya ke sana, pasti ada kepala lembu di hujung gerai tersebut. Suka saya tengok. hehehe. Alhamdulillah, sejak duduk di Kelantan kami sekeluarga tak pernah makan daging beku. Selalu makan daging segar. Sehinggakan kalau arwah atok saya ke Kelantan, pasti disuruh saya membeli daging lembu segar. Ahh.. Semuanya itu tinggal kenangan. =(

Sekarang saya tinggal jauh dari ketenangan bunyi bising dan udara yang segar. Asyik menghirup udara yang kotor. Daging segar? Owh, itu hanya setahun sekali, itupun kalau ada rezeki. Kalau tak, hanyalah daging beku menjadi santapan.

Di bawah ada 2 keping gambar ketika solat AidilAdha di masjid berdekatan rumah baru-baru nih. Dan gambar terakhir, pastinya si kecil 'Angry Bird' ;)




p/s:
- semoga apa yang dirancang hari nih berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT. Doakan kami ya teman-teman. Amin..
- coming soon = cerpan (InsyaAllah).

Wordless Wednesday : Towing


Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H daripada R&S

Yakinlah! Dengan Khilafah, kehidupan Islam pasti terlaksana, kehidupan kufur pasti sirna. Dengannya kita benar-benar dapat terlepas daripada terkorban oleh segala bentuk kekufuran di samping membuka peluang untuk kita berkorban untuk Allah semata-mata. Itulah tujuan kita diciptakan, itulah juga perkara yang kita impikan. Semoga dengannya kita memperoleh kedudukan mulia seperti para anbia, siddiqin, syuhada dan solehin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H 
daripada kami sekeluarga...


Hubby and Family, Istikharah Cinta..

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Biasakan Dirimu Dengan Study....

Last minute??



Jangan ya. Nanti merana! =(
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat