Atas kekangan masa, saya memohon maaf. Kini saya kembali berkongsi tips sebelum hari pernikahan anda. Persiapan yang perlu diwujudkan untuk menyambut ikatan pernikahan setidaknya ada 3 perkara. 1) persiapan yang bersifat fizikal, 2) persiapan yang bersifat psikologi/mental dan 3) persiapan tentang ilmu pengetahuan.
Persiapan fizikal- dapat dibahagikan menjadi tubuh badan dan kebendaan.
Persiapan tubuh badan adalah untuk memikul tugas dan peranan baru setelah proses pernikahan. Seorang wanita yang hendak berkahwin, wajib menyiapkan dirinya untuk memikul tugas dan peranan baru sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Begitu juga lelaki, ia wajib menyediakan dirinya menjadi seorang suami dan bapa. Jelas keduanya bukan sahaja wajib menjaga kesihatan, tetapi juga memperhatikan zat seimbang yang cukup memadai untuk mendapatkan anak seperti yang diinginkan. Tentu sahaja keduanya harus memperhatikan kehalalan setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perutnya.
Persiapan kebendaan adalah bekalan harta untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Ini khusus kepada lelaki kerana bersesuaian dengan kemampuan dan kesanggupan yang dimiliki olehnya. Tetapi bukan bermakna si lelaki perlu menyediakan rumah dilengkapi perabot, kenderaan dan segala keperluan rumah yang lain. Bukan begitu ya. Jika ada semuanya, alhamdulillah kan, bukankah lebih baik?. Kalau tidak mampu, tidak mengapa. Kerana sirah telah mengajar kita bahawa ada para sahabat yang tidak memiliki persiapan kebendaan yang mencukupi tetapi Rasul SAW tetap menganjurkan supaya berkahwin kan. Pernah ada seorang sahabat hanya mampu memberi hafalan Al-Qurannya sebagai mahar kerana hendak memberi sebentuk cincin besi pun ia tidak mampu.
Persiapan mental/psikologi-
Setelah berkahwin, seseorang akan menjalani kehidupan yang berbeza dengan kehidupan bujangnya. Kehidupannya akan menjadi lebih kompleks kerana melibatkan ramai orang. Kehidupan ini menuntut kesiapan mental, kematangan berfikir, kelapangan dada, pengurusan mengawal emosi dan sebagainya. Jelas semua ini harus diberi persiapan awal. Inilah antara perlunya subjek pengurusan emosi ketika di sekolah atau di universiti lebih-lebih lagi ketika minggu orientasi. Di sinilah ia harus diaplikasikan. Betul tak?
Setelah berkahwin, semua karakter masing-msing akan mula menyinar.:D yang boleh jadi jauh dari persepsi dan pandangan kita sebelum berkahwin. Contohnya, ketika bertunang kita ingat si lelaki/wanita penyabar, rupanya bila sudah berkahwin menjadi sedikit baran. Hanya contohnya sahaja. Tiada kena mengena dengan saya okeyh. Jadi antara persiapan mental yang harus dan tidak boleh ditinggalkan :
Menyiapkan diri untuk -
- menjadi lebih lapang dada
- mengurus emosi dengan baik
- bersedia berkongsi dan memahami
- mengurus ego diri
- mengurusi diri untuk bergaul dengan keluarga baru
- berempati bukan hanya bersimpati
- dll
1) Persiapan pengetahuan tentang panduan Islam dalam berumah tangga. Hukum-hukum syariat tentang rumah tangga. Apa sahaja hak dan kewajiban isteri ataupun suami. Bagaimana perselisihan yang muncul, bagaimana mengurus hubungan dengan keluarga suami/isteri dan hukum-hukum lainnya yang berkaita dengan rumah tangga.
2) Ilmu-ilmu praktikal dan cara-cara serta pengalaman sebenar menjalani kehidupan berumah tangga seperti membina pengertian, menyelesaikan permasalahan serta soalan-soalan yang biasa muncul di awal perkahwinan dan cara untuk menguruskannya. Semuanya boleh diperolehi dengan bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih dulu makan garam dalam berumah tangga samada rumah tangganya harmoni ataupun yang porak peranda.
3) Juga ilmu-ilmu praktikal sebagai isteri dan pengatur rumah tangga. Antaranya pengetahuan untuk menjadi ibu sepeti mengandung 9 bulan 10 hari, termasuk aspek makanan seimbang dan kesihatan, melahirkan, setelah melahirkan dsb. Peranannya sebagai pengatur rumah tangga juga perlu diberi pengetahuan dan perhatian. Seorang wanita harus bertanggugjawab terhadap urusan rumah tangga agar rumahnya menjadi tempat yang aman dan secara psikologi mampu memberi ketenteraman kepada penghuninya. Ilmu-ilmu pengetahuan tentang gizi, memasak, mengemas rumah, mengurus aktiviti rumah tangga, mengurus kewangan keluarga dan pengetahuan lain.
Persiapan-persiapan ini harus dititik beratkan oleh pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Mereka akan menjalaninya sebagai suami isteri dan akan hidup di tengah-tengah masayarakat dengan status yang baru. Keduanya harus mempunyai keterampilan untuk bergaul dengan masyarakat dan harus terlibat aktif dalam dakwah kerana ini adalah kewajiban untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat. Jadi semuanya memerlukan persiapan.
Upacara menyarung cincin dilakukan di rumah, disaksikan mahram sahaja walaupun akad nikah di masjid. Ini permintaan wali. :D |
alhamdulillah.minta share lg.terutamanya tntg kalu bab adat2 org melayu yg popular dlm perkahwinan,tp betentangn dgn syara'..cth persandingan,batal air sembahyang dll..jazakallah
ReplyDeleteinsyaAllah, akan dikongsikan jika ada kelapangan..
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah kak,semoga perkahwinannya diberkati.. selamat bercinta hingga ke syurga !
ReplyDelete