Keberanian Mahasiswa Ditakuti

Beberapa hari yang lepas, laman sosial facebook telah digemparkan dengan video Panglima nak ludah Mahasiswa (saya tak jumpa versi asal video ini). Walaupun saya rasa isu ini agak ketinggalan kereta api kerana saya nih yang lambat update entri, tapi ia sesuatu yang sangat optimis tentang mahasiswa. Siapa kata mahasiswa perlu ikut sahaja apa yang diatur kerajaan hanya kerana ia seorang mahasiswa? Bukankah ia sepatutnya menjadi petunjuk (indicator) bahawa mahasiswa itu adalah makhluk (baca: hamba ALLAH) yang berfikir dan sedang bangkit menuju perubahan menentang penyelewangan yang dilakukan?

Artikel asal: sini

turun-bendera-najibturun-bendera-najibTindakan berani seorang mahasiswa, Adam Adli yang dituduh menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini nampaknya telah membuat orang-orang UMNO dan para penyokong mereka kepanasan dan ada juga yang ‘berpura-pura’ panas. Semuanya menyatakan bahawa tindakan tegas mesti dikenakan ke atas mahasiswa tersebut. Bahkan ada yang meminta mahasiswa itu dipecat daripada universiti supaya memberi pengajaran kepada mahasiswa yang lain agar tidak melakukan tindakan yang sama.


Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada polis untuk menyiasat hal tersebut. Sabtu lepas, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi Bebas, Muhd Safwan Anang@Talib yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti  dan Kolej Universiti (AUKU). Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

adam-adliadam-adli
Mengapakah tindakan berani tersebut boleh mencetuskan huru-hara kalangan orang-orang UMNO? Apakah pengaruh mahasiswa begitu kuat sehingga menyebabkan orang-orang UMNO dan para pengikut mereka begitu galak dan agresif mengkritik, mengutuk , menempelak, mengancam dan mengugut tindakan segelintir mahasiswa tersebut? Padahal yang melakukannya hanyalah ‘seorang mahasiswa’. Apa yang mereka perlu khuatir? Ini sebenarnya menunjukkan bahawa orang-orang UMNO dan pemimpin mereka sebagai parti memerintah tahu akan ‘kekuatan’ mahasiswa dan apakah yang mampu dilakukan oleh para mahasiswa. Kebanyakkan gerakan perubahan di seluruh dunia dimulakan oleh mahasiswa. Bermula di Indonesia yang menyaksikan kejatuhan rejim Suharto, begitu juga di Tunisia dan Mesir. Jadi, tidak hairanlah UMNO dan para penyokongnya begitu agresif ‘menekan’ keberanian yang baru ditunjukkan sedikit oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu.


Tanda-tanda kebangkitan mahasiswa sudah pun nampak dan ia tidak akan berhenti di sini. Ini sudah tentu akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencetuskan suatu gerakan perubahan yang lebih besar. Namun, perubahan tersebut mesti berlandaskan kepada Islam. Perubahan yang sebenar adalah merubah Sistem Kapitalis yang ada pada hari ini kepada penerapan syariat Islam yang menyeluruh dan menegakkan Sistem Khilafah. Hanya dengan cara itu sahajalah kehidupan umat manusia dapat diatur dengan Islam dan seterusnya mendapat naungan dan keredhaanNya. 


Rujukan:


Utusan Malaysia 19/12/2011

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sebenarnya bukanlah kebanyakan HT tidak tahu bahawa sebarang perubahan sistem perlu perancangan yang rapi. Dalam keadaan tiadanya Daulah, banyak perkara yang perlu diambilkira lebih2 lagi dlm sistem dimana manusia boleh mendustakan kebenaran. Cuba kita uruti sejarah perjuangan Rasulullah saw diMakiyyah dan para Nabiyullah dlm AlQuran ketika ketiadaan daulah. Pernah segolongan sahabat mengajukan kpd Rasulullah saw supaya melakukan `demonstrasi dan tindakan radikal ketika puak kafir Quraisy memboikot dan memulaukan dlm semua urusan dgn orang2 Islam. Maka turunnya Surah AnNisa:77 dan lihat pada Asbabun Nuzulأَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّـهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ
    Surah Toha:43-45 اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ ﴿٤٣﴾ فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ ﴿٤٤﴾ قَالَا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَن يَطْغَىٰ

    Apabila kita bergerak atas nama AlQuran, maka kita tidak boleh mendahului perintah Allah SWT dan RasulNya. Surah AlHujurat:1 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ

    Apalagi yang hendak kita harapkan selain dari Allah SWT! Kalau Allah SWT sendiri tidak mahu jadikan sebagai wali dan penolong, apalah makna dan nilai kita disisi Allah SWT. Surah AsSyura:31 وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ ۖ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

    Bukannya Allah SWT tidak tahu kita berada dizaman apa, dan sekiranya Allah SWT hendak menyatukan umat manusia seluruh dunia pun boleh. Tetapi inilah ketentuannya dlm keadaan kita hidup tiada daulah. Apa yang penting, kita sentiasa hidup dlm roda atau pusingan Islam yang sentiasa naik dan turun. Wallahualam.

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat