Well said, saya memang minat multimedia. Tapi bahagian teknikalnya saya kurang berminat sebab bagi saya hanya lelaki yang mampu lakukannya. Namun, training baru-baru ini telah terbukti bahawa andaian saya silap. Minat boleh dipupuk dan yang penting keinginan yang kuat. Allah.. Allah.. Allah.. Kepenatan berpraktikal masih terasa sehingga keesokan harinya. Tapi satu yang dikenalpasti adalah seronok dapat tahu dan menguasai sedikit sebanyak tentang teknikal dan multimedia. Alhamdulillah, Allah bagi saya seronok. Saya harap semua yang join training tuh pun seronok. ;)
Sebenarnya, bukanlah training yang bermula jam 9 pagi tetapi lebih kepada briefing secara ringkas tentang multimedia. Dah namanya pun multi, so banyaklah yang terkait. Lebih kurang multitask lah. Hikhikhik. Ada beberapa perkara yang diberitahu tentang multimedia nih antaranya :
Sebenarnya kalau diikutkan perkara-perkara nih, kebanyakkannya melibatkan asas fizik seperti audio dan wiring. Sangat-sangat rugi ketika SPM dulu belajar fizik tak bebetul. :( Yelah, belajar memain je. Kalau tak, takdelah dapat B je. Then, sambung matrik, terus ke sains hayat. Takde dah nak fikir fizik bagai nih. Tapi kalau orang yang belajar untuk kehidupan, pasti tak lupa apa yang dipelajarinya kan. Ini belajar untuk lulus exam je :D
- 1)wiring,
- 2)communication among crew,
- 3)audio yang terdiri dari amplifier, mixer, condenser, recorder dll,
- 4)video,
- 5)camera,
- 6)streaming if ada live streaming,
- 7)crew and also
- 8)situation.
Apapun, sepanjang seharian training, saya rasa sangat puas hati. Sebab dapat belajar benda yang sangat saya minat tapi tak berapa gemar. Hahaha. Macam mana tuh?
After briefing, kami dikenalkan dengan beberapa jenis kamera dan komponen-komponennya. Agak susah nak faham and catch up but kejap lagi google semua, mesti ingat and faham. Antara kamera yang ditunjukkan adalah dari jenama Canon and Sony. I love both brand, same my hubby. Teehee. Penerangan yang diberikan sangat details. Sampai saya tak sempat nak salin apa yang dicakapkan. Kira masuk telinga kanan dan kiri, melekat terus ke otak dan disimpan rapi dalam external otak, insyaAllah. Ini tengah buka kembali kotak memori untuk direfresh supaya ingat. :) Sebab balik dari training, terus katil memanggil-manggil. Huhuhu. Sebab jam dah pukul 12 pagi.
Okeyh, mari kita belajar. :) Apa yang diterangkan tentang kamera antaranya, frame view kamera dan segala button yang ada di kamera itself (zoom in zoom out - kena smooth kan lagi. Sebab ada laju, ada lambat. Kena praktis guna kamera digital nih.), white balance, balancing kamera if on tripod, RCA pot, shaking etc. Sebelum nih tak pernah langsung ambil tahu apa-apa yang ada kat kamera. Janji boleh guna dan tahu sikit-sikit, on je. Tapi training tuh betul-betul train saya supaya tahu kesemuanya. Alhamdulillah.
Then, kami diajar cara memasang segala komponen kamera. Dari lensa ke atas tripod. Semuanya berat-berat dan kena berhati-hati. Setiap satu komponen paling murah berharga RM200, itupun made in China. Bayangkan kalau yang betul-betul buatan negara pengeluar, nak ribu riban. Bahkan mencecah ratusan ribu. Haa, mampu? Terbeliak biji mata. :D
Selesai pasang semuanya, kami diberi latihan untuk live streaming. Kena bagi lembut semua pergerakkan kaki dan tangan untuk handle kamera yang berat dan tripod yang ada roda. Semuanya kena smooth. Kalau tak, boleh tersungkur jatuh tergolek tau. Percaya tak? But it's the reality. Sangat mengujakan dan mendebarkan, semuanya first timer okeyh. Kami juga diajar cara mengawal audia menggunakan mixer dan switcher. Sangat tak reti dan langsung tak pandai. Selalu tengok kat TV bila DJ radio pasang lagu, tangan mesti gerak-gerak dekat mixer. Rupanya baru tahu nama benda tuh adalah mixer. Switcher untuk tukar frame view kamera. Kalau ada 2, 2 lah frame view yang ada. Kalau satu, tak perlu kot nak guna switcher (agaknyalah). Kami bergilir-gilir mainkan peranan untuk camerawomen dan juga yang menjaga bilik kawalan.
Bila dah sudah praktis, kena buat rehearsal pula. Time nih memang sangat letih. Dah la trainning dalam bilik ber-air cond, sangat membuat saya tak selesa dan nampak seperti seorang yang sakit. Saya kekurangan air terutamanya di bahagian mata. Alahai.. Tapi itu tidak mematahkan semangat, I still enjoying the train. Alhamdulillah..
p/s: saya semakin jatuh cinta pada lagu ini selepas trainning. ;)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)