Roadtax dan Insurans Kereta

Kadang-kadang kerana beberapa kesilapan teknikal seperti tidak bertanya, tidak tahu dll kita terpaksa ulang buat benda yang sama. Sama seperti saya. 3 bulan terakhir 2012 merupakan bulan-bulan pertama saya memiliki kereta. Apa yang pasti, roadtax kereta akan berakhir pada 13.01.2013. Bermakna saya dapat kereta itu 3 bulan sebelum roadtax perlu diperbaharui. Berkira-kira dalam perbelanjaan bulanan adalah perlu supaya apa yang perlu dibayar secara berkala (setiap bulan) setel tanpa perlu tertunggak. Kiranya awal tahun adalah masa untuk roadtax dan insurans. Jadi wang yang ada ketika hujung tahun, haruslah diperuntukkan untuk itu dalam RM300 secara puratanya.

Yang nak dijadikan ceritanya adalah 11.01.13 bersiap sedia untuk ke pejabat pos besar KL ditemani ayah sebab ayah nak tunjukkan cara-caranya. Yelah, pertama kali. Memang blur sangat sepanjang di dalam kereta sebab tak tahu what to do. Tapi sebelum tuh, sudah disediakan beberapa dokumen seperti geran kereta, salinan geran dan salinan IC pemilik kenderaan (bukan atas nama saya, harap maklum). Well, itu yang dipesan oleh ayah supaya bawa bersama.

Ayah menceritakan sedikit sebanyak tentang cara perbaharui roadtax dan insurans. Ayat yang selalu disebut adalah pool. POOL ye kawan-kawan. I really have no idea what pool it is. Sangat-sangat blur. Kebetulan masa nih, ayah baru ingatkan tentang polisi insurans yang lalu. What? Polisi insurans? Apa pulalah benda nih. Haishh. Takpe, bersabar je. Ayah minta doa sepanjang perjalanan supaya orang di kaunter tak minta.

Mula-mula parkir kereta bertentangan dengan Klinik Gigi Tanglin sebab akan jalan kaki melalui terowong bawah tanah terus ke pejabat pos besar. Kebetulan lagi, terowong ditutup gara-gara kerisauan pihak berkuasa akan banjir. Maka, terpaksa meluncur laju ke jalan TAR sementelah ayah juga mempunyai urusan berdekatan situ. Saya ke pejabat pos berhadapan Maju Junction Mall dan ayah selesaikan urusan kerjanya. Tup..tup.. dokumen yang diperlukan tak lengkap. Huhuhu. Apa yang takde? Ada beberapa perkara/dokumen yang perlu ada ketika proses permbaharui roadtax dan insurans adalah geran kereta, salinan geran kereta, salinan IC, salinan lesen memandu, salinan polisi insurans dan polisi insurans. Banyak tuh. Apa lagi, balik jelah rumah terus dengan perasaan yang hampa tetapi membawa pengajaran yang sangat berguna.

Plan akan ke pejabat pos besar by Monday. But sometime, apa yang kita plan tak jadi atas sebab beberapa perkara. Contoh saya, kurang rajin dan kurang berkeyakinan untuk menguruskannya seorang diri. Jadi tunggu suami dapat leave, baru dapat buat. Bermakna hari Khamis 17.01.2013 baru renew. So, kereta disadaikan di rumah untuk 4 hari. Sementara itu, terjumpa pula apa yang dikatakan pool oleh si ayah. A piece of form yang ada tulis Malaysia Motor Insurance Pool. Ayah suruh dapatkan ini supaya bayarannya lagi murah dari yang sepatutnya dan apa yang penting segala salinan mesti ada. Itu adalah formula yang tidak menjadi rahsia. Hee.

Ketika hari kejadian naik public transport ke pejabat pos besar KL. KTM to be exact. KTM pun sudah baru gerabaknya. Sedikit punctual walaupun tak semua. Tapi Alhamdulliah, semuanya berjalan lancar. Semuanya tak sampai RM300 (with pool) dan sepatutnya bawah RM200. Ini semua gara-gara insurans nyawa dan kenderaan sebab saya third party. Konon-konon sebab takde jaminan apa-apa keselamatan, tanpa berfikir panjang I said Yes je. Jadilah pertambahan bayaran sebanyak RM68. Banyak tuh. Lain kali dan sampai bila-bila pun, mesti ingat akan perkara yang tak sepatutnya berlaku. And say never to insurance. Insurans kereta terpaksalah, kang tak pasal-pasal tak dapat bergerak dengan kereta. :(

Sedikit pengalaman diri,
Shira.

Nota : Kenapa ada yang bold? Supaya mudah korang baca, then terus spot apa yang cuba disampaikan. Hee.

3 comments:

  1. Salam...

    Nape tak ambil polisi insurans 1st Party?
    Nape tak ambil or tak nak ambil insurans passenger? Saya tahu awak just teramik insurans passenger...kan? Cuma insurans kereta je terpaksa ambil...kan?

    Mohon pencerahan...
    Walks to get knowledge...

    ReplyDelete
  2. huu.. bulan 2 pn nk renew road tax gakk..duit oh duit..huhu

    ReplyDelete
  3. To anonymous,

    Kenapa tidak 1st party? Sebab itu kereta 2nd hand. Hee.

    Saya harap apa yang saya share si bawah ini boleh menjawab sedikit keraguan cik/encik.

    Pemaksaan oleh kerajaan supaya setiap pemilik kenderaan membeli polisi insuran kenderaan mereka merupakan satu kezaliman kepada rakyat kerana ini telah menyulitkan urusan mereka, malah perkara ini adalah bertentangan dengan hukum syarak. Islam telah menggariskan bahawa jaminan di dalam Islam merupakan jaminan yang tidak perlu ada kompensasi bayaran kepada penjamin sebagaimana bayaran premium kepada syarikat insuran sekarang ini. Tambahan pula, yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat sekiranya mereka terlibat dengan mana-mana musibah adalah pemerintah, sesuai dengan posisi mereka sebagai pelayan urusan umat.

    “Setiap kamu adalah penggembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab ke atas gembalaannya. Maka seorang pemimpin yang memimpin orang ramai adalah penggembala yang diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang suami adalah penggembala dalam keluarganya dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Isteri adalah penggembala dalam rumah suaminya, dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Hamba sahaya adalah gembala terhadap harta tuannya dan dia wajib bertanggungjawab atas jagaannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu diminta pertanggungjawaban dalam pimpinannya.” [Riwayat Al-Bukhari & Muslim].

    Maka, hakikatnya rakyat tidak perlu dibebankan dengan bayaran untuk menjamin agar kebajikan mereka dijaga, kerana yang sewajibnya menjaga kebajikan mereka adalah pemerintah. Dari sisi yang lain pula, kewujudan syarikat insuran merupakan produk ekonomi kapitalis. Syarikat ini boleh dikatakan sebagai samseng berlesen yang kononya menjaga kebajikan anak buahnya (pembeli insurans), tetapi sebenarnya merupakan lintah darat yang rakus menyedut darah. Bermodalkan kepingan-kepingan kertas janji-janji manis mereka, syarikat insuran ini mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda banyaknya daripada titik peluh pembeli insurans.

    Wahai kaum Muslimin! Sudah tiba masanya kita mencampak jauh-jauh produk keluaran kapitalis ini dengan mencabut akar produk ini iaitu sistem kapitalisme yang membelenggu kalian. Sudah tibanya kebajikan kita dijaga oleh pemerintah, iaitu Khalifah yang akan menjaga kebajikan kita sejak dari kita lahir dari perut ibu sehingga kita dipanggil oleh Sang Pencipta di mana nyawa, maruah dan harta kita akan terjaga dengan sebaik-baiknya dan bukannya sekadar lakonan sebagaimana lakonan para pemerintah yang cuba memancing hati-hati supaya mengekalkan mereka di tampuk kekuasaan. Ingatlah bahawa, kekuasaan sementara yang Allah berikan kepada mereka itu Allah boleh rentap semula pada bila-bila masa. Wallahua’lam.

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat