Ketika saya memasuki lif untuk ke kuliah beberapa hari lalu (saya rasa lebih tepat adalah minggu lepas), saya terpandang dan terkesima dengan kertas iklan yang tertampal di dinding lif tersebut.. Kertas iklan tersebut sebesar kertas A4 berwarna kuning cair.. Ada 3 column semuanya dan lain-lain keterangan di sebelah kiri kertas iklan. Column-column tersebut memuatkan 3 sajian utama (beserta gambar makanan tersebut) di salah sebuah restoran di kolej saya.. Restoran ini agak ber'style' hotel saya rasa.. Saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke sana tetapi memandangkan rakan serumah pernah merasai makanan di situ, maka harganya boleh tahanlah mahal..
Seterusnya saya mengamati nama-nama sajian tersebut. Nama-nama sajiannya amat mencerminkan betapa hebatnya cinta.. Benarkah begitu? Adakah ianya sehabat cinta Yang Maha Besar?? Dalam hati saya berkata, "Awalnya restoran ni promote sajian sempena Hari Valentine." Mujurlah ketika itu hanya saya seorang sahaja di dalam lif, dapatlah saya mengingati nama-nama sajian tersebut (bukannya apa, sedap sangat nama sajian tu)..
Special Valentine's Day Menu:
The Glory of Love RM50.00 nett per person
Endless Love RM100.00 nett per person
A Fine Romance RM70.00 nett per person
Endless Love RM100.00 nett per person
A Fine Romance RM70.00 nett per person
14 Februari bakal menjelma lagi.. Ia merupakan hari yang dinanti-nantikan bagi pasangan-pasangan yang hangat bercinta (saya kira) sama ada yang non Islam mahupun Islam, lebih-lebih lagi golongan muda-mudi.. Ia juga merupakan hari di mana pasangan kekasih meluahkan rasa cinta dan isi hati kepada insan tersayang. Mereka, remaja muslim khususnya merayakan Valentine Day dengan memberikan coklat kepada sang arjuna hati dan juga saling bertukar-tukar hadiah sebagai tanda sayang.
Kalau kita meneliti fakta dengan pemikiran yang jernih dan benar, sebenarnya Hari Valentine tiada kena mengena langsung dengan kasih sayang. Banyak versi telah memperkatakan mengenai Hari Valentine. Namun semua sejarah tiada satu pun menyatakan tentang kasih sayang. Jadi di manakah relevennya bila ramai yang mengatakan hari Valentine merupakan hari untuk meluahkan rasa kasih dan juga sayang? Beberapa sejarah berkenaan Valentine menunjukkan bahawa hari tersebut hanya sarat dengan aktiviti kemaksiatan iaitu seks bebas. Valentine sendiri diambil sempena nama salah seorang pendeta yang dihukum pancung kerana memaksakan ajaran Kristian kepada bangsa Rom ketika itu, iaitu St. Valentine.
Menurut The Word Book Encyclopedia 98, Hari Valentine merupakan perayaan lupercelia (dewa masa Rom Kuno). Pada tahun 496 M Katolik memasuki Rom dan Hari Valentine menjadi tradisi upacara suci gereja Katolik. Sedangkan menurut The Caholic Encyclopedia vol. XV, Hari Valentine merupakan perayaan upacara kemaatian St. Valentine.
Dalam pandangan Islam, perayaan Hari Valentine merupakan kebudayaan barat yang wajib ditinggalkan oleh remaja muslim. Ini kerana setiap perbuatan muslim mestilah terikat dengan dengan hukum syara'. Hukum syara' yang lima iaitu wajib, haram, mubah (harus), sunat dan juga makruh. Hari Valentine merupakan budaya yang bukan dari Islam. Maka, merayakan hari ini adalah haram. Allah SWT mengancam setiap muslim yang mengambil budaya bukan dari Islam dalam kehidupan sehariannya.
Tiga perkara penting yang harus dilakukan bagi menghapuskan kebudayaan barat ini.
Pertama : umat islam harus menyedari hakikat penciptaannya di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan mengkaji islam, maka seorang remaja Islam akan memahami aturan-aturan yang telah diperintahkan dan dilarang yang perlu diamalkan.
Kedua : pengawalan masayarakat yang kuat seperti kewajiban berdakwah atau mengingatkan umat Islam yang menyimpang dari aturan-aturan Islam.
Ketiga : negara harus menerapkan aturan Islam secara Kaffah (menyeluruh), sehingga membentuk suasana kondusif umat Islam supaya tetap menjalankan aturan-aturan Islam kaffah dalam kehidupan harian.
Bangkit dan berjuanglah demi untuk menyelamatkan diri kalian dari api neraka. Kehidupan dunia ini hanyalah sementara, sebagai tempat persinggahan untuk kita tunduk dan patuh kepada perintahNya, di dalam perjalanan kita mencari kebahagiaan di alam abadi. Justeru, bersama-samalah kita bergerak untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alahi wa Sallam iaitu dengan mendirikan Daulah Islamiyyah, sebuah pemerintahan yang diredhai oleh Allah, yang dengannya, akan kembalilah rahmat Allah ke alam ini dan seterusnya menyelamatkan kalian dari azabNya di alam yang akan datang.
Sebelum saya menoktahkan nukilan saya yang telah tersimpan beberapa hari ini, saya ingin kongsikan dengan para pembaca bait-bait lirik nasyid Muhasabah Cinta, Edcoustic.. Terima kasih kepada sahabat saya iaitu Siti Nursafarina bt Muhd Sabri kerana sudi berkongsi lagu ini denganku..
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Rujukan : HTIndonesia dan MyK
Sambutan Valentine yg bertentengan dengan Islam, sememangnya maklum untuk semua org tak kirelah peniaga hatta artis pun tau.. Berita mlm tadi di TV3 dan TV9 turut melaporkan isu valentine dan dorg sepakat ianya bertentangan dgn Islam (Haram menyambutnya).
ReplyDeleteCuma ada sesetengah peniaga yg terlalu opurtunis, dorg manfaatkan sambutan valentine untuk gain profit.. Duit mengaburi mata mereka..
Ada kes yg lebih teruk, di negara jiran kita, ada satu gerakan islam (parti politik) yang nak ambil kesempatan sambutan valentine untuk tarik undi para remaja memandangkan mereka akan hadapi pilihanraya. Tapi nasib baik dorg batalkan hasrat tu. Gerakan Islam pun hampir2 terkabur matanya demi manfaat.. Ish3x..
Wahai peniaga muslim, nabi dah berpesan pada kamu bahawa para peniaga tempatnya sangat hampir di neraka kecuali mereka2 yang jujur, dan berniaga denagan cara yang dibenarkan syarak. Tak kisahlah para peniaga ke, student ke, ataupun sesiapa pun, janganlah menjadikan alasan niat yang suci anda itu untuk membolehkan cara perbuatan anda walaupun ianya bertentangan dengan Islam. Kerana... niat tidak pernah menghalalkan cara. Betul tak WM? (^_^)
kita kena daulahkan islamiyyah dahulu
ReplyDeletesay no to valentine's day
Barang siapa yang menegakkan valentine's day, maka Kafirlah Kamu bersama orang-orang kafir laknatullah!!
ReplyDeleteMr Faizal, skrg ni semua org fikir manfaat je sbb dah lame sgt hidup di dlm sistem kapitalis..,sejak dari kita lahir lagi dan yg tepatnya sejak keruntuhan Daulah Khilafah 3hb Mac 1924..
ReplyDeleteMarilah tegakkan khilafah dan terapkan sistem Islam secara kaffah..
Benar, matlamat tidak pernah menghalalkan cara.. (^_^)
Thanx sebb bagi komen..
Mr نىك محمد حافظول ,
ReplyDeleteayuh..
Mr Muiz In Da House,
ReplyDeletebukan sahaja siapa yg tegakkan valentine's day, malah siapa sahaja yg menerapkan dan mengamalkan Islam secara sebahagian sebahagian, mereka termasuk org2 kafir..
Wallahu'alam..