Sebuah Diari Di Kampus Kota

I wonder if you know

How they live in Tokyo

(Hai!)

If you seen it then you mean it

Then you know you have to go

Alarm handphone-ku berbunyi. Lagu itu membingitkan telingaku sekali gus menyentak tidur-ku. Kucapai handphone-ku (yang ada di sebelahku) untuk dimatikan. Arghh... terasa seperti baru nak lena. Kulemparkan perasaan cemburu, melihat teman di sebelahku yang masih enak dibuai mimpi. Namun ku gagahkan jua untuk terus bangun dari katilku yang empuk.. (hehe.. terlalu sedap kalau nak sambung tidur). Lantas, ku-terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri, untuk melaksanakan rutin harian-ku sebagai hamba Allah yang lemah di muka bumi.

Jam di meja belajar menunjukkan angka 5 pagi. Ku-berlalu ke sliding door di hadapanku (the place where I see KL tower and pemandangan KL dari KG Bharu..) Langit, masih gelap, masih belum menunjukkan fajar subuh. Bermakna aku masih sempat untuk bertahajjud, hanya 2 rakaat ditambah dengan witir, tidak berat dibandingkan dengan kerja-kerja yang mengerah keringat lainnya. Apatah lagi, ini adalah merupakan ibadah yang dilakukan oleh manusia terpilih. Saat berdoa, aku teringat hadis yang abah ungkapkan padaku satu ketika dulu, “Barangsiapa (bangun) di pagi hari dan urusannya adalah selain dari kepada Allah,maka Allah akan berlepas diri daripadanya. Dan barangsiapa (bangun) di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, dia bukan dari golongan (Muslimin) itu” (Al-Hadis).

Sebagai seorang pelajar sekali gus sebagai selaku da’ie & hamba Allah di muka bumi ini, aku merasakan hadis ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga-ku setiap kali aku bangun dari tidur. Sedang apa saudaraku di Afghanistan, Iraq, Palestin, Pakistan (Kashmir) dan negeri-negeri umat islam lainnya. Dan... apa yang terjadi jiran, kampung, daerah, dan negeri yang aku tinggal sekarang ini? tentu saja, bukan hanya berfikir tentang keadaan mereka. Namun, sebagai manusia beriman, kita ungkap segala kejadian dalam skop ideologi yang mencakup fikrah dan thariqah sebagai penyelesainya.

Allahuakbar Allahuakbar! Lamunan-ku terhenti. Azan subuh berkumandang. Langit yang sudah mula diwarnai dengan fajar itu. Kedengarannya jelas dari masjid kg Bharu. Tanpa berlengah, ku-kejutkan sahabatku untuk solat berjemaah bersama. Usai solat, kupersiapkan diri untuk ke kuliah (Fakulti Farmasi, hehe). Aku bersarapan dengan biskut kegemaranku, IKO bersama air masak.. air masak?? Agak pelik sebab biasanya orang minum bersama air panas, tapi inilah aku.. Aku ‘kurang minat’ bersarapan di kafe kampus, bukan kerana masakannya tidak enak tapi lebih selesa rasanya bersarapan di meja study-ku, di samping menjimatkan waktu nanti apabila sampai di sana.

Berjalan kaki bersama sahabatku adalah perkara biasa. Kadang berdua, dan kadang kala bertiga. Perjalanan ke kampus mengambil masa lebih kurang 5-8 minit. Itulah untungnya dapat kolej di Kg. Bharu (haha), walau kena bayar lebih untuknya. Seawal jam 7-8 pagi, banyak kenderaan telah menelusuri jalan raya. So, kena berhati-hatilah melintas jalan tanpa perlu berjalan terkedek-kedek, yang akan membuat kereta yang berlalu memberi hon kepada pelintas mana pun. Menggerunkan dan mencabar, berjalan dengan pantas untuk menyeberang, tapi itu perkara biasa juga bagi pelajar seperti kami.

Bila tiba di dewan kuliah, adegan yang akan berlaku setiap pagi adalah, cop-cop tempat (reserved chair le). Kelakar kan? Falsafah di sini adalah ‘first come first serve’, kerana majoriti pelajar tidak mahu duduk di bahagian belakang. Entah apa sebabnya, mungkin... (haha, fikir sendiri). Sabar. Itulah yang dapat kuungkapkan, apabila terpaksa berada di dalam dewan kuliah selama 4-5 jam. Hadis nabi, memperkuatkan lagi motivasi-ku berkenaan tentang menuntut ilmu, “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan”. Tidak hanya itu, malah Allah SWT memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya di dalam Al-Qur`an surah Al-Mujaadilah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.

Atas dasar itulah, yang akhirnya membingkaikan keimanan di dalam dada, aku belajar (dan aku memilih bidang Farmasi). Namun, belajar farmasi bukanlah target utamaku, kerana sebagai hamba di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Ilahi, dan tugas utama dalah dakwah. Manakala belajar adalah salah satu daripada tugas yang telah Allah SWT taklifkan pada hamba-hambanya..

Tatkala langit semakin bertukar warna-warnanya. Sinaran teriknya bertukar menjadi sinaran malap yang menyingsing ke waktu petang, aku ke kelas tajwid di Yayasan Al-Quran KL (tempat di mana aku belajar tajwid yang aku rekemenkan kepada abah). Aku bangga mempunyai abah sepertinya. Tiada sebab untuk beralasan dalam mendidik jiwa dengan ilmu agama (termasuk belajar tajwid). Ini kerana, belajar al-Quran adalah salah satu daripada sekian banyaknya taklif (beban) yang telah Allah SWT fardhukan.

Waktu maghrib, adalah waktu yang akan kugunakan untuk melepaskan kepenatan, setelah melakukan aktiviti yang cukup panjang pada siang harinya. Kepenatan-ku, kebiasaannya diubati dengan hidangan yang dimasak oleh sahabatku tercinta. She’s cooked for me for dinner, sedap. Kami solat maghrib berjemaah. Kadang-kadang, usai solat berjemaah, diselangi dengan tazkirah yang disampaikan oleh diriku sendiri. bukan niat menggurui, bukan pula untuk meninggi diri. Tapi, hanya sekadar siraman rohani, dan nasihat kepada diri sendiri. Manusia adalah makhluk yang lemah, yang akan semakin jauh kepada Rob-nya (Tuhannya), tatkala jauh dari hal-hal yang ma’ruf. Bukankah Allah SWT ‘bertitah’ di dalam kitab suci-Nya untuk kita saling berpesan-pesan dalam kebaikan? Jadi sudah menjadi tugasku untuk mengubah pemikiran mereka..

Usai solat Isya’, aku meneruskan rutinku, mengulang kaji subjek-subjek yang telah aku pelajari siang tadi. Banyak nak cover ni. (huhu). Tidak ketinggalan, kitab-kitab Islami yang perlu aku kaji tentang tsaqafah Islam, kerana itu adalah kewajipan sebagai seorang muslimat, sekali gus sebagai hamlud dakwah. Tidak perlu lama, mungkin dengan membaca selembar muka surat, atau satu perenggan sehinggalah waktu ngantuk mataku kunjung tiba. Ummi pernah cakap, itukan lebih baik dari tak baca langsung, aku hanya tersengih je..Sekian..

"Cerita di atas adalah sekadar perkongsian hidup sebagai seorang pelajar dan mungkin juga ditokok tambah semata-mata untuk menghidupkan suasana. Cerita ini tiada kena-mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..''

4 comments:

  1. awal bangun agar tidak kelam kabut.. huhu

    ReplyDelete
  2. wah,,, pasang ringtone 'Tokyo Drift erk? hehe,,

    muslimah drift ke aper,, hehe,, gurau ajer

    terima kasih kerana sudi berkongsi cerita mengenai kehidupan sahari hari yg dilalui o ukhti

    sekurang kurangnya ana dpt tau, huhu

    ps ; oo, tinggal kat kg baru rupanya,, ana selalu pergi situ, saje nak gitau,, tiada kaitan dengan yg hidup or yg telah mati

    ReplyDelete
  3. bukan tokyo drift tapi kg bharu drift..hehehe

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat