Psikologi : Ilmu atau Tsaqafah


Mata dah mula penat untuk menaip.. tetapi kuteruskan juga sebab nanti tiada kesempatan lain untuk kumenaip..Seharian ku di 'centre', setengah hari rasanya lebih tepat..Banyak ilmu yang aku pelajari, terutamanya tugas kita sebagai dai'e.. It's not a simple thing but a big responsibility. Rasulullah saw bersabda,

"Katakanlah : Inilah jalan (dakwah) ku. Aku beserta orang-orang yang mengikutiku (yang) mengajak kalian kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang musyrik." (TQS Yusuf :108)

Apa yang saya pelajari hari ini adalah satu tajuk yang kadang-kadang melibatkan kita.. Mungkin bukan kadang-kadang tetapi selalunya..Dan perkara ini juga selalunya membuat kita percaya bahawa ianya adalah benar.. Jadi, benarkah psikologi ini hanya sekadar ilmu yang kita pelajari di universiti (baca: kaunseling) atau ia merupakan tsaqafah barat yang cuba diterapkan kepada umat Islam?

Apakah sebenarnya maksud psikologi?

Psikologi merupakan pengkajian tingkah laku mahkluk secara saintifik (Zimbarso dan Ruch). Terdapat dua aliran utama dalam psikologi iaitu behaviourism (warisan baka dan lingkungan) dan psikoanalisis (sebab-sebab silam). Namun apa yang pasti kedua-dua aliran utama psikologi ini dipengaruhi oleh sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan kehidupan.

Contoh teori psikologi

Secara umum, ilmu psikologi dibangun berasaskan pandangannya tentang naluri dan otak. Kedua-dua teori ini adalah teori psikologi yang asas yang menjadi tunjang utama kepada teori-teori psikologi yang lainnya di mana telah dikembangkan.Teori yang pertama adalah teori naluri. Pakar psikologi berpendapat bahawa manusia mempunyai banyak naluri. Ada sebahagian naluri yang telah dikenal pasti dan ada sebahagian lagi yang belum dikenal pasti. Dan yang paling penting pada pandangan mereka, naluri-naluri ini akan membawa kepada gangguan jiwa sekiranya tidak dipenuhi. Jadi naluri-naluri ini mesti dipenuhi. Adakah benar begitu? Teori ini sebenarnya menghasilkan kebebasan dalam mengatur naluri mengikut kehendak individu.. Kebebasan ini merupakan hadharah barat. Bolehkah kita mengatur naluri kita mengikut sesuka hati kita??

Secara fitrahnya, naluri manusia ada tiga iaitu 1) gharizatu at-tadayyun (naluri beragama), 2) gharizatu al-baqa' (naluri mempertahankan diri) dan 3) gharizatu an-nau' (naluri melestarikan keturunan).

Jadi, bagaimana kita tahu bahawa hanya terdapat tiga sahaja naluri pada makhluk ciptaanNya? Dalil akan adanya naluri beragama adalah "Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, maka ianya memohon kepada Tuhannya dengan kembali kepadaNya"(TQS Az-Zumar:8). Kemudian dalil akan adanya naluri mempertahankan diri adalah, Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada labah-labah: "Kamu ambillah gunung, pokok dan apa saja yang mereka jadikan sebagai atap untuk menjadi tempat tinggal (rumah) nya."(TQS An-Nahl:68). Manakala dalil akan adanya naluri melestarikan keturunan adalah "Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan pebuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukannya) dengan wanita itu, seandainya dia tidak melihat tanda-tanda (dari) Tuhannya." (TQS Yusuf:24).

Naluri-naluri ini perlu diatur mengikut hukum Islam bukan mengikut kehendak individu. Ini kerana naluri-naluri ini jika tidak dapat dipenuhi tidaklah akan membawa kepada kemudharatan (kematian) sebaliknya hanya membawa kegelisahan jiwa. Selain itu, naluri ini juga boleh dialihkan.

Teori yang kedua adalah teori otak. Mereka mempercayai bahawa setiap bahagian otak itu mempunyai kecenderungannya tersendiri. Otak manusia terbahagi kepada beberapa bahagian tertentu dan setiap bahagian terkait dengan bakat khas. Otak sebahagian manusia ada bakat unik yang tidak dimiliki oleh orang lain (Franz Joseph Gall,1758-1828).Beliau yang membuat eksperimen otak tentang bakat unik yang dimiliki oleh bahan kajian.

Teori otak ini telah dibantah oleh seorang Barat sendiri iaitu Edward L. Thorndike. Beliau mengkaji phrenologi secara sistematik dan mendapati dakwaan Gall adalah palsu. Dari segi anatomi, otak manusia adalah sama. Otak manusia hanya berbeza dari segi kekuatan menghubungkan fakta dan maklumat. Daya fikir manusia ditunjangi empat unsur iaitu otak, maklumat awal yang diperoleh, fakta yang dicerap dan panca indera.

Selain itu, seperti yang kita maklum setiap orang diberi apa jua ilmu, tiada bakat khusus pada otak sebahagian manusia yang berbeza dengan manusia lain. Islam mesti diajarkan secara bersepadu dengan subjek-subjek lain.

Apa yang bahayanya teori otak ini? Teori otak ini melahirkan sistem pendidikan yang kacau bilau iaitu pemisahan ilmu sains dan ilmu sosial serta membiarkan seseorang mempelajari ilmu mengikut 'bakatnya'. Contohnya, jika seseorang merasakan dirinya mempunyai bakat menjadi pendakwah, dia akan mempelajari Islam. Jika seseorang merasakan dirinya mempunyai bakat menjadi penyanyi, dia akan mempelajari vokal, sesuai dengan bakat yang dia ada. Tetapi sebenarnya ukuran itu pun tidak tepat. Pandangan ini mencegah orang untuk menguasai banyak ilmu. Memang yang terjadi sekarang masyarakat memang amat pelik sekiranya seorang cikgu fizik atau matematik belajar biologi atau kedoktoran. Perkara ini bertentangan dengan fakta dan menghalang kemajuan umat.

Teori ini memang sengaja diasak-asak ke dalam pemikiran dan minda umat supaya umat tidak mengembangkan potensi yang ada pada dirinya dan hanya 'stick' pada satu-satu benda sahaja. Contohnya, sekolah agama hanya belajar agama sahaja dan sekolah sekular (kebangsaan) hanya belajar sains sahaja. Mereka memang sengaja ingin memisahkannya daripada umat Islam. Semasa Daulah Khilafah Islam masih ada, umat Islam merupakan umat yang mampu menguasai apa jua ilmu pengetahuan yang ada. Umat Islam tidak mengambil semua ilmu yang ada pada masa itu sebaliknya mengkaji dahulu sebelum menerima pakai ilmu tersebut.

Daripada contoh-contoh psikologi tersebut, kita perlu tahu apakah ciri-ciri psikologi ini supaya kita mengenal faktanya dan seterusnya kita boleh membuat kesimpulan samada psikologi adalah ilmu atau pun tsaqafah. Ciri-ciri psikologi adalah pengetahuan yang diperoleh daripada penginderaan terhadap fakta, lalu fakta tersebut dihantar ke otak melalui pancaindera serta memberikan penafsiran atau keputusan berdasarkan maklumat awal dalam otak. Ini merupakan proses berfikir seseorang. Contohnya adalah teori otak, teori naluri dan kebenaran adalah relatif.

Menurut pandangan Islam, definisi ilmu adalah pengetahuan (knowledge) yang diperoleh melalui kaedah pengamatan (observation), percubaan (experiment) dan penarikan kesimpulan dari fakta empirik (inference) [An-Nabhani, 1994]. Contohnya : fizik, kimia dan ilmu-ilmu eksperimental lainnya. Manakal definisi tsaqafah adalah pengetahuan yang diperoleh melalui kaedah pemberitahuan (al-ikhbar), penyampaian (ar-talaqqi) dan penyimpulan dari pemikiran (istinbath). Contohnya : sejarah, bahasa, hukum, falsafah dan segala pengetahuan non-eksperimental lainnya.

Dalil keharaman mengambil tsaqafah asing, Allah SWT berfirman:

"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (TQS Ali-Imran:85)

Maka kesimpualannya, psikologi merupakan tsaqafah bukannya ilmu pengetahuan. Ini bermakna, haram untuk kita mengambil tsaqafah yang bertentangan dengan Islam. Mempelajari tsaqafah yang bertentangan dengan Islam hanya dibolehkan dalam rangka untuk dikritik bukan untuk diamalkan.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat