Dunia Kehabisan Minyak!!!



Benarkah dunia kini kehabisan minyak?? Satu persoalan yang saya kira melanda pemikiran insan-insan yang berfikir. Kerana saya juga begitu. Namun, kehadiran saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengasahkan tsaqafah Islam yang telah dibina di dalam diri saya ke suatu pembentangan intelektual, telah membuka minda saya seluas-luasnya. Banyak ilmu yang telah saya peroleh begitu juga dengan teori Peak Oil berkenaan kegunaan minyak.

Pernah anda merasa takut sekiranya minyak memang benar lenyap dari muka bumi ini?? Takkan tak ada jalan lain, kan??

Sesungguhnya sahabat-sabahat, dunia kehabisan minyak adalah suatu mitos!!! Sebelum kita meneliti satu persatu mengapa saya mengatakan bahawa ia adalah mitos, mari kita imbas beberapa fakta dan juga sejarahnya. (Sekiranya ada sebarang kesilapan dalam maklumat yang saya sajikan ini, harap dibetulkan ye. Tq.)

Ketika ini antara cabaran paling getir yang perlu ditangani dunia ialah krisis tenaga dan minyak merupakan tenaga yang sangat diperlukan. Sejak bermulanya Revolusi Industri di Britain pada abad ke-18 hinggalah ke hari ini, tenaga yang menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan dunia ialah bahan api fosil yang terdiri daripada minyak, gas, dan arang. Ketiga-tiga sumber bahan api fosil ini dikategorikan sebagai 'non-renewable energy' ataupun bahan api yang tidak boleh diperbaharui semula.

Oleh kerana sifat bahan api ini sangat terhad dan tidak boleh dicipta dengan mudah, percaturan isu sumber tenaga dunia sangat bergantung ke atas bahan api fosil ini. Jelas ini memberi impak yang cukup besar ke atas ekonomi, sosial dan seterusnya menetukan halatuju politik dunia. Ada ilmuan mengatakan, sesiapa yang dapat menguasai minyak maka dia dapat menguasai politik dunia.

Sejarah Minyak

Pertama kali dijumpai di Pensilvania oleh Kolonel Edwind Drak pada tahun 1858. Pada 1867 Rockefeler mendirikan perusahaan Standar Oil untuk memproduksi minyak. Awal abad 20 barat mula memerhati komoditi berharga ini di negeri timur terutamanya di negera-negara teluk. Inggeris yang mula-mula menguasai minyak di wilayah teluk.

Amerika memang cuba mendapatkan konsensi minyak daripada kerajaan Khilafah pada tahun 1913 tetapi tidak berjaya. Namun setelah kejatuhan Turki Uthmaniyyah 1924, Amerika telah mendapat konsesi minyak pada 1933 selama 66 tahun. Dan berakhir pada tahun 1999.

Petroleum (minyak batu, dari bahasa Greek petra – batu dan oleum – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan di dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain. Sebab itulah Amerika ingin sangat akan minyak ini.



Sebelum kita kaji mitos ini, kita lihat dulu OPEC. Seperti yang diketahui OPEC merupakan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries). Ia dipaksa ditubuhkan oleh Inggeris. Ini kerana ketika itu Inggeris telah mempunyai pesaing iaitu Amerika. Ia terdiri daripada negara Algeria, Indonesia, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Venezuela; sejak 1965, ibupejabat antarabangsa terletak di Vienna, Austria.

Kedudukan negara pengeluar petroleum berdasarkan jumlah produksi adalah Arab Saudi (OPEC), Amerika Syarikat, Rusia, Iran (OPEC), Mexico, China, Norway, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (OPEC), Venezuela (OPEC), United Kingdom, Kuwait (OPEC) dan Nigeria (OPEC). (Sumber : Statistik Energy dari AS,2003) Tapi kedudukan ini tidak banyak lari dari kedudukan pada tahun 2008.

Jika kedudukan negara pengeluar petroleum berdasarkan jumlah eksport Arab Saudi (OPEC), Rusia, Norway, Iran (OPEC), Emiriah Arab Bersatu (OPEC),Venezuela (OPEC), Kuwait (OPEC), Nigeria (OPEC), Mexico, Algeria (OPEC) dan Libya (OPEC). Amerika di kedudukan mana? Kenapa Amerika tidak tersenarai di dalam kedudukan negara pengeluar petroleum berdasarkan jumlah eksport? Ini kerana Amerika sangat memerlukan minyak.

Kedudukan negara pengeluar petroleum yang paling terkini.

PARIS 11 Jun – Rusia merupakan pengeluar minyak terbesar dunia dalam suku pertama 2008, menghasilkan 9.5 juta tong sehari, lebih tinggi daripada Arab Saudi yang mengeluarkan 9.2 juta tong sehari. Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam satu laporan semalam meletakkan Amerika Syarikat sebagai pengeluar minyak ketiga terbesar dengan 5.1 juta tong sehari, diikuti Iran dengan 4.0 juta tong. China berada di tempat kelima dengan pengeluaran 3.8 juta tong sehari. - AFP (Sumber : Utusan Online,11 Jun 2008)

Kita lihat bagaimana Amerika menjadikan isu minyak ini sebagai momokan kepada kita.

"We have a serious problem. America is addicted to oil." (George Bush, State of the Union Address, January 2006.)

Ini pula pandangan-pandangan bagaimana minyak itu amat penting kepada dunia sehinggakan penguasaan sesebuah negara terhadap minyak mampu menentukan halatuju politik dunia.

"Dunia dahagakan minyak. Siapa yang menguasai sumber ini, dia yang mencaturkan dunia," (Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib.)

‘‘Pada pandangan saya, perkara yang berlaku ini adalah satu yang kritikal kepada anak cucu kita. Sumber (minyak dan gas) semakin berkurangan,’’ kata beliau. (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican.)

Teori Peak Oil oleh Marion King Hubert (1956).

"The term Peak Oil refers to the maximum rate of the production of oil in any area under consideration, recognising that it is a finite natural resource, subject to depletion." - Colin Campbell.

Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun berkurangan.

Dan inilah 6 perkataan yang dimomokkan oleh barat. "WE ARE RUNNING OUT OF ENERGY" Peak Oil is real, and imminent!

Ramalan yang dibuat oleh teori ini adalah Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Dan Malaysia bilakah? Jika mengikut teori ini, Malaysia akan sampai kemuncaknya adalah pada 2013. Dan Amerika yang paling takut kerana dia akan mencapai peak oil dulu.

Kesan teori peak oil adalah kenaikan harga minyak. Pada 1970, harga minyak mula ada krisis. Jika kita lihat pada tahun lepas, kenaikan harga minyak yang paling dahsyat. -Paul Joseph Watson & Alex Jones, October 12 2005- Peak oil is a scam designed to create artificial scarcity and jack up prices while giving the state an excuse to invade our lives and order us to sacrifice our hard-earned living standards.

Realitinya..

Dunia kehabisan minyak adalah alasan barat untuk menutupi kerakusannya. Sebab tadi kita dah maklum akan America is addicted to oil. Ketika beberapa negara mulai panik mencari minyak, maka terbukalah pekung barat dalam hal penggunaan minyak ini. Dunia Barat telah menggunakan 50% dari sumber daya alam terpenting abad ke 21, tapi hanya mengeluarkan kurang dari 25% saja. Kerakusan Barat ini jauh melampaui kebutuhan Cina dan India terhadap tenaga. Sebab itu nampak rakus akan Amerika perlunya minyak ini. Tetapi Amerika menuding jari kepada negara-negara membangun seperti India dan Cina.

Ketika penggunaan AS meningkat, maka kompetisi untuk merebutkan sumber tenaga akan semakin ketat. Ini yang menyebabkan tanah dunia Islam semakin penting, terutama Iraq, untuk diduduki demi minyak. Sekarang Amerika telah mula ke arah Iran. Kerana apa? Kerana kedudukan Iran sebagai pengeluar minyak.

Minyak memang terhad keran ia tidak boleh diperbaharui. Namun hakikatnya, kadar penemuan minyak dunia terus bertambah! Data USGS menunjukkan jumlah rizab minyak yang cukup besar. Contoh: China starts building next phase of oil reserve. Cina telah mendapat telaga-telaga baru minyak dan ini menjadikan Amerika semakin takut.

BEIJING (Reuters) - China has started building 5.4 million cubic metres of oil tanks at Dushanzi in Xinjiang in its far west as part of the second phase of strategic oil reserves, official Xinhua. News agency reported on Thursday. The project will cost 2.65 billion yuan ($390 million) and will start with a first phase of 3 million cubic metres, which is due to be finished by July 2011, Xinhua said, citing officials speaking at the startup ceremony.

Peningkatan teknologi membolehkan eksplorasi dan pengeluaran dijalankan dengan lebih efisien. Terdapat juga sumber alternatif baru yang boleh didapati seperti bioteknologi. Ada satu artikel yang menyatakan, Amerika bagaimana ia cuba menyerang negara-negara yang menggunakan minyak sawit sebagai sumber tenaga. Amerika telah membuat satu lagi propaganda lain mengenai penggunaan sumber tenaga alternatif. Jadi, mengapa Amerika melakukan sedemikian? Jika kita teliti, geografi bumi Amerika itu bagaimana. Adakah ianya subur? Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai hasil bumi yang melimpah ruah dan juga tanah-tanah yang subur. Amerika amat takut sekiranya negara-negara di kawasan timur dapat menguasai ekonomi. Jadi pelbagai propaganda dilakukan untuk menyekat keadaan itu daripada berlaku.

Para analisis dan ahli akademik dalam bidang sumber tenaga sewajarnya telah beralih arah ke satu bentuk penyelesaian yang lebih bersifat kesinambungan iaitu kearah sumber tenaga alternatif yang boleh diproses semula. Antara jenis sumber tenaga boleh dijana semula ialah angin, ombak, nuklear dan biofuel.

Propaganda barat ini semuanya ada kaitan dengan GEOPOLITIK.

1.Cabaran dari Rusia. Rusia merupakan salah satu negara pengeluar gas dan minyak. Dalam pertengahan 2008, Rusia telah menjadi pengeluar pertama dunia. EU kini didominasi oleh Rusia. Rusia berjaya merampas negara Asia Tengah dari pengaruh AS. AS bimbang akan pengaruh Rusia ini, terutama dengan prospek Rusia sebagai salah satu pengeluar utama minyak dunia.

2. Kepentingan Timur Tengah
  • 61% rizab minyak dunia ada di Timur Tengah.
  • AS import 3 juta tong sehari dari Timur Tengah.
  • Timur Tengah merupakan kawasan yang paling tidak stabil di dunia hari ini.
  • Amerika akan terus menghalakan polisi luarnya ke Timur Tengah bagi memastikan bekalan minyak tidak terlepas.
  • AS bimbang Islam berdiri semulakerana kebanyakan negara-negara pengeluar minyak adalah negeri umat Islam. Maka Amerika akan terus memegang kawasan ini dan menghalang kebangkitan Islam.
  • Selama ini masih berlaku, harga minyak akan terus bergantung kepada suasana geopolitik Timur Tengah.
Ada sebuah laporan Rumah Putih pada Mei 2001 yang digelar sebagai Genei Report (laporan sulit). "Pada masa depan, persediaan minyak didatangkan dari negara-negara teluk." Clair, seorang ahli akademik Amerika. Katanya, penarik utama untuk cadangan minyak adalah Iraq. Ada dua daya penarik mengapa Iraq dijadikan sasaran. Pertama, hanya Iraq yang layak menjadi cadangan minyak setelah Arab Saudi. Kedua, sebahagian besar telaga-telaga minyak di Arab Saudi telah diterokai sedangkan Iraq masih mempunyai wilayah minyak yang luas. Telaga-telaga ini lebih besar dari telaga-telaga di Alaska dan Afrika.

3.Cabaran dari Timur. Barat terutamanya AS menghadapi ancaman perkembangan ekonomi dan penguasaan sumber dari China dan India. Contohnya pemanasan global. Amerika menuduh puncanya

F. William Engdahl, pengikut setia Peak Oil Theory. Namun, dia jugalah yang membuka pekung tentang teori peak oil. Keluk yang ditunjukkan oleh teori mencapai tahap puncak bukan kerana ladang minyak di Amerika semakin berkurangan. Keluk mencapai puncak kerana Shell, Mobil, Texaco dan syarikat gergasi lain yang bekerjasama dengan Saudi Amarco sedang membanjiri pasaran dengan import harga yang murah. Menyebabkan syarikat tempatan di Amerika menutup ladang-ladang minyak mereka.

Wall Street Journal baru-baru ini memberitahu bahawa pedagang minyak mentah berkata, pasaran sedang 'menderita' bekalan yang terlalu banyak, bukannya terlalu sedikit! Jadi kita ini memang telah ditipu oleh kepentingan Amerika.

Ketika ini populasi dunia adalah 6.7 bilion orang dan ia dianggarkan mencecah sehingga 8 bilion pada tahun 2050. Ini bermakna manusia akan lebih bergantung kepada minyak dan dengan penemuan baru yang terhad, ia memberi gambaran bahawa dunia terpaksa menghadapi satu cabaran besar untuk mencari sumber tenaga alternatif. Jadi jangan takut wahai sahabat-sahabatku kerana bumi Allah SWT ini luas. Banyak sumber-sumber yang boleh kita perolehi.

Kembalilah kepada wang emas.Sebenarnya dunia kehabisan minyak ini adalah momokan dan propaganda barat sahaja. Penggunaan berlebihan dunia Barat secara amnya dan AS secara khususnyalah yang melahirkan krisis ini! Merekalah yang menyebabkan krisis turun naik minyak ini melanda dunia. As sebenarnya berada dalam kondisi krisis: 1) Ekonomi. Kenapa krisis ekonomi? Ini kerana Amerika mempunyai banyak hutang. (Laporan ekonomi tahun 2007). Ekonominya juga tidak stabil kerana terpaksa mengeluarkan wang untuk peperangan. Kedudukan dolar US juga tidak stabil sehinggakan ada yang ingin menggunakan wang emas. Ada mengatakan bahawa duit kertas dolar yang berwarna hijau itu sebenarnya lebih murah nilainya dari tisu tandas. 2) Ancaman dari negara-negara pengeluar minyak.

Itulah sebenarnya mengapa isu dunia kehabisan minyak timbul. Ia merupakan propaganda barat semata-mata. Semoga sahabat-sahabat mendapat pencerahan tentang isu global ini.

Wallahu'alam.

Pakailah Jilbab Wahai Saudariku!!!

Jilbab itu maksudnya ialah Jubah. Maka berdasarkan ayat 59, surah Al-Ahzab :

"Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukminin, hulurkanlah jilbab ke atas tubuh mereka(jalabibihinna), supaya MEREKA LEBIH MUDAH DIKENALI (sbg perempuan muslim) dan AGAR MEREKA TIDAK DIGANGGU."

Maka selain dari memakai tudung, Jilbab juga adalah satu lagi kewajipan bagi muslimah yang beriman. Seringkali disalahfahami oleh kebanyakan orang, bahawa Jilbab itu ialah Tudung. Sedangkan di dalam surah An-Nur itu, tudung disebut sebagai Khumur (jama' bg khimar). Jilbab merupakan suatu yang berbeza dengan khimar.

Adapun bagi orang yang mempelajari bahasa Arab, mereka akan mendapati bahawa Jilbab itu bukanlah Tudung. Jilbab itu adalah pakaian luar yang menutupi pakaian harian yang berupa terusan, tidak terpotong-potong sehingga ke mata kaki. Senang cerita, dalam bahasa Melayu, Jilbab itu ialah Jubah yang dipakai diatas baju biasa di rumah. Maka apabila disebut Jilbab, maka secara automatik harus memakai 2 lapis baju. Di bahagian bawah Jubah, boleh jadi seseorang memakai baju kurung, ataupun, baju dan seluar. Asalkan di lapis luar yang kedua itu, Jubah dipakai.

Jilbab adalah satu kewajipan bagi muslimah beriman,

Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar (jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.

Dengan yang demikian jelaslah bahawa wanita wajib mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnya daripada saudaranya atau wanita muslimah siapa saja yang bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yang meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah sehinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab yang terdampar hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yang terdampar ke bawah hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan ini dipandang berdosa di sisi Allah Swt.

Sebenarnya, ramai di antara para muslimah yang mengetahui kewajipan memakai Jilbab ini. Namun, ada di antara mereka yang berlengah-lengah dari memakai pakaian berupa jilbab ini kerana tidak ada peraturan yang mewajibkan mereka untuk memakainya, dan jika mereka tidak memakainya, maka mereka akan didenda! Hakikatnya, orang ramai hanya takut untuk tidak memakai tali pinggang, dan topi keledar, namun perintah Allah yang sudah terang lagi nyata ini dilanggar!

Hanya ada satu saja jawapan keatas masalah ini. Pertama, perlunya keTAQWAan pada diri setiap inidividu, agar mereka menjadi muslim yang benar-benar takut pada Allah, dan yang kedua, di sinilah kita melihat bahawa perlunya ada sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan Syariat untuk mengawal pemakaian kaum perempuan di dalam wilayah Daulah Khilafah. InsyaALLLAH, Islam akan menang kembali dan ini merupakan janji Allah saudariku!

Selamat Hari Raya



Bila Ramadhan menjelma
Kita pun menyambut bulan puasa
Dengan penuh kesedaran
Serta keinsafan kita puasa
Syukur pada Yang Maha Esa
Di atas segala pemberian Nya

Kini syawal pun menjelma
Kita bergembira meraikannya
Dengan pakaian yang indah
Di dalam suasana sungguh meriah
Zakat fitrah jangan di lupa
Tanda kita bersaudara
Insan yang mulia

Di… dalam suasana takbir bergema
Kita bersyukur
Di… atas rahmat Nya
Dengan segala puji bagi Nya
Insaflah kita di hari raya
Hari mulia

I'tikaf

Memasuki sepuluh terakhir Ramadhan Rasulullah saw meningkatkan aktiviti ibadahnya dibandingkan hari-hari sebelumnya.

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir (Ramadhan) lebih dari kesungguhan beliau pada hari lain.” (HR. Muslim)

Salah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh beliau kepada ummatnya pada bulan Ramadhan adalah I’tikaf. I’tikaf secara bahasa adalah mendiami sesuatu dan menahan diri untuknya. Secara syar’i I’tikaf berarti berdiam diri di masjid beberapa saat dengan sifat tertentu dengan niat bertaqarrub kepada Allah swt

Hukum I’tikaf

I’tikaf hukumnya sunnah berdasarkan sejumlah riwayat antara lain:

Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi saw beri’tikaf sepuluh terakhir Ramadhan hingga Allah azza wa jalla mewafatkan beliau kemudian isteri-isteri beliau beri’tikaf setelahnya.” (H.R. Bukhari & Muslim)

Dari Ubay bin Ka’ab r.a. bahawa nabi saw melakukan i’tikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan kemudian beliau melakukan perjalanan setahun maka beliau tidak beri’tikaf. Namun pada tahun berikutnya beliau melakukannya 20 hari.” (HR. Baihaqy dan al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dan menurutnya shahih)

Dari Abu Said al-Khudry r.a. ia berkata: Rasulullah saw melakukan I’tikaf pada sepuluh hari pertama Ramadhan kemudian beri’tikaf pada sepuluh kedua di Kubah Turki yang di sisinya terdapat pembatas. Ia berkata: maka beliau mengambil pembatas dengan tangannya dan meletakkannya di kubah di mana nampak kepala beliau lalu ia berbicara kepada orang-orang sehingga mereka menundukkan diri mereka. Beliau bersabda: “Sesungguhnya saya i’tikaf pada sepuluh hari pertama untuk mendapatkan malam ini, kemudian saya I’tikaf pada sepuluh malam kedua kemudian saya didatangi dan dan dikatakan kepada saya bahawa I’tikaf pada sepuluh malam terakhir. Barangsiapa di antara kalian yang senang melakukannya maka i’tikaflah. Lalu orang-orang I’tkaf bersama beliau (H.R. Muslim dan Ibnu Khuzaimah)

Berdasarkan riwayat di atas, itikaf merupakan aktiviti taqarrub yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah di bulan Ramadhan khususnya di sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Hukum ibadah tersebut sunnah. Kesimpulan tersebut diperoleh dari sabda Rasulullah saw yang mengatakan: “barangsiapa di antara kalian yang senang beri’tikaf maka beri’tikaflah.”

Tempat I’tikaf

Itikaf hanya dapat dilakukan di masjid. Tidak ada batasan jenis mesjid yang dapat digunakan untuk i’tikaf apakah masjid jami’, tempat dilakukan solat jumaat atau bukan. Hal ini kerana nash-nash yang menjelaskan tentang i’tikaf sentiasa dikaitkan dengan masjid. Sementara itu lafadz masjid tersebut berbentuk mutlak dan tidak ada taqyid terhadap jenis masjid tersebut apakah masjid yang digunakan untuk solat berjemaah, solat jumaat atau selainnya.

“Dan janganlah kalian melakukan hubungan seks dengan mereka ketika kalian sedang i’tikaf di masjid. Itulah ketentuan-ketentuan Allah maka janganlah kalian mendekatinya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia agar mereka bertaqwa.” (QS. al-Baqarah: 187)

Dari Ali bin Husain bahawa Shafiyyah istri Nabi saw menginformasikan kepadanya bahawa ia telah mendatangi Rasulullah saw yang sedang I’tikaf di masjid di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Ia berbicara dengan beliau lalu berdiri dan berpaling. Nabi saw juga berdiri dan menciumnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Dari Abu Said ia berkata: “Rasulullah saw sedang i’tikaf di masjid lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan bacaaanya. Iapun membuka tabir dan bersabda: “Ketahuilah bahawa masing-masing kalian sedang bermunajat kepada tuhannya maka janganlah sebahagian kalian mengganggu yang lain dan mengeraskan suaranya di atas suara yang lain dalam membaca (atau ia berkata) dalam solat.” (HR. Abu Daud dan al-Hakim. Al-Hakim menshahihkannya)

Waktu Pelaksanaan I’tikaf

I’tikaf dalam dilakukan bila-bila sahaja samada siang atau malam di sepanjang tahun. Ini kerana dalil yang berkenaan dengan I’tikaf tidak memberikan pembatasan (taqyid) atau pengkhususan (takhsis) dalam pelaksanaannya.

Adapun riwayat yang menjelaskan bahawa Rasulullah saw dan para sahabat melakukan I’tikaf pada bulan Ramdlan maka hal tersebut menunjukkan sangat dianjurkannya waktu tersebut. Lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan di mana di sana terdapat lailatul qadar.

Meski demikian di luar bulan Ramadhan juga diperbolehkan untuk i’tikaf. Hal ini misalnya diperoleh dari hadits riwayat:

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Umar pernah bertanya kepada Rasulullah saw: “Dulu saya pernah bernazar di masa jahiliyyah untuk i’tikaf malam di masjid al-haram, Rasul saw bersabda: ”Tunaikanlah nazarmu.” (HR. Bukhari)

Perintah Rasul kepada Umar tersebut berbentuk umum dan tidak ada batasan bahawa harus dilaksanakan di bulan Ramadhan.

Rasulullah saw memulai I’tikaf beliau sesaat setelah melaksanakan solat Subuh. Kerana perbuatan tersebut adalah liqasdi al-qurbah, yakni semata-mata untuk bertaqarrub maka status hukumnya sunnah. Meski demikian hal tersebut bukan syarat sehingga i’tikaf dapat dimulai bila-bila sahaja.

Adapun lama waktu I’tikaf tidak dibatasi oleh syara’ sehingga ia dapat dilakukan berapa pun lamanya. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa i’tikaf minimaum satu hari sementara imam Malik yang mengatakan minimum sehari semalam yang kemudian meralatnya menjadi minimum sepuluh hari. Namun demikian tidak diketemukan dalil yang mengharuskan batas tersebut.

Aktiviti orang-orang yang beri’tikaf

Kegiatan itikaf diisi dengan amalan-amalam taqarrub seperti solat, membaca al-Quran, zikir dan menuntut ilmu.

Meski demikian orang yang sedang i’tikaf boleh keluar untuk memenuhi hajat yang harus dipenuhi iaitu: buang air kecil, buang air besar, muntah, mandi, wudhuk dan yang sejenisnya seperti keluar untuk mengambil selimut jika dingin, alat pendingin jika udara panas, melakukan hal-hal yang wajib seperti menghadiri solat jumat. Dengan demikian segala aktiviti mengharuskan orang yang sedang beri’tikaf untuk keluar memenuhi hajatnya maka tidak membatalkan i’tikaf. Namun jika ia keluar tanpa ada keperluan maka i’tikafnya batal.

Aktiviti di dalam masjid yang dilarang untuk dilakukan seperti meludah, jual beli, membunyikan ruas-ruas tulang tangan maka hal tersebut juga dilarang untuk dilakukan bagi orang yang sedang I’tikaf. Rasulullah saw bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kalian berada di masjid maka janganlah ia membunyikan ruas-ruas tangannya. Kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan syaitan. Sesungguhnya salah seorang dari kalian masih sentiasa solat selama ia berada di masjid.” (HR. Ahmad dan menurut al-Haitsamy sanadnya hasan)

Dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya bahawa Nabi saw melarang mencukur rambut di hari Jumaat sebelum solat dan jual beli di masjid. (HR. an-Nasai. Menurut Albani hadits ini shahih)

Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Meludah di masjid adalah dosa dan penghapus dosa itu adalah memendamnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Demikian pula semua aktiviti yang mubah dilakukan di dalam masjid maka harus pula dilakukan oleh orang yang sedang melakukan i’tikaf seperti makan dan tidur.

Dari Abdullah bin al-Harits bin Jaz’in az-Zubaidy berkata: “Pada masa Rasulullah saw kami makan roti dan daging di masjid.” (HR. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Arnauth)

Dari Sahl bin Sa’d berkata: Rasulullah saw mendatangi Fatimah namun beliau tidak menjumpai Ali di rumah maka beliau bertanya: “Di mana anak pak cikmu?” Aisyah menjawab: “Saya dengan dia ada masalah, ia marah kepadaku lalu keluar dan tidak mengatakan apa-apa pada saya.” Maka Rasulullah saw berkata kepada seseorang: “Carilah dia”. Kemudian orang tersebut datang dan berkata: “Ya Rasulullah ia sedang duduk di masjid.” Maka Rasulullah saw mendatanginya sementara Ali dalam keadaan berbaring sementara selendangnya jatuh dari bahunya dan menimpa tanah. Rasul kemudian mengusapnya dan berkata: “Bangunlah Abu Turab! Bangunlah Abu Turab!” (H.R. Bukhari)

Di samping itu secara khusus terdapat sejumlah riwayat yang menggambarkan sejumlah aktiviti mubah yang dilakukan Rasul pada saat beliau I’tikaf.

Dari Aisyah r.a. ia berkata: “Nabi saw menyandarkan kepalanya kepadaku sementara (sebahagian tubuh) beliau berada di masjid. Saya menyisir beliau sementara saya dalam keadaan haid.” (H.R. Bukhari)

Dari Aisyah ia bahawa ia memangku Nabi saw sementara ia sedang haid. Nabi i’tikaf di masjid sementara ia berada di biliknya di mana ia menggapai kepada Nabi. Dalam riwayat Laits ada tambahan bahawa beliau jika sedang i’tikaf tidak masuk ke rumah kecuali ada keperluan. (dalam riwayat Yahya bin Yahya) beliau tidak masuk kecuali untuk memenuhi keperluan manusia.” (HR. Bukhari)

Dari Ali bin Husain bahawa Shafiyyah isteri Nabi saw menginformasikan kepadanya bahawa ia telah mendatangi Rasulullah saw yang sedang I’tikaf di masjid di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Ia berbicara dengan beliau lalu berdiri dan berpaling. Nabi saw juga berdiri dan menciumnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Riwayat-riwayat di atas menunjukkan bahawa Rasulullah saw melakukan sejumlah aktiviti yang mubah selama melaksanakan i’tikaf seperti menyisir rambut, berjalan, mencium isterinya dan di riwayat lain dimandikan oleh Aisyah.

Wallahua’lam bisshawab.

Mengapa Umat Islam Dibantai??

Bismillahirrahmanirrahim..

Bukan perkara yang pelik ketika musuh-musuh umat Islam memerangi Islam, membunuh dan membantai kaum Muslim. Kerana Allah SWT telah berfirman:

“Dan mereka tidak menyiksa orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (TQS. Al-Buruj [85]: 8)

Namun yang pelik, menghairankan, dan bahkan diluar akal orang yang berakal adalah ketika kaum Muslim satu sama lain saling membunuh tanpa alasan yang jelas. Sementara di saat yang sama para musuh mereka juga melakukan beragam cara pembantaian terhadap umat Islam, dan merancang berbagai strategi serta kebijakan untuk melenyapkannya.

Mengapa kaum Muslim dibantai? Mengapa darah kaum Muslim begitu direndahkan? Kerana alasan apa darah-darah tidak berdoasa itu ditumpahkan? Mengapa mereka berada di barisan musuh umat Islam lalu untuk membunuh umat Islam sendiri? Mengapa peperangan dan pertarungan ini dilakukan kepada Allah, Rasul-Nya, dan kepada orang-orang Mukmin?

Padahal Rasulullah SAW telah bersabda:

“Siapa saja yang melakukan penghinaan terhadap wali (kekasih)Ku, maka ia benar-benar mengajak permusuhan dengan Aku.” (HR. Thabarani dalam al-Kabir dari jalan Abu Umamah)

Apakah pembunuhan ini dan itu terjadi kerana kebodohan terhadap hukum-hukum Islam? Ataukah ini gejala kembalinya ke masa jahiliyah? Apakah pembunuhan itu dilakukan untuk mewujudkan kepentingan keperibadian seseorang yang egois, atau untuk mewujudkan kepentingan bangsa Timur dan Barat?

Bukankah Allah Azza wa Jalla (Dzat Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi) telah berfirman:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (TQS. Ali Imran [3]: 103).

Bukankah dengan ayat itu Allah SWT mengharamkan pembunuhan? Bukankah pembunuhan termasuk di antara dosa besar yang menyebabkan murka dan laknat Allah? Sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِناً مُّتَعَمِّداً فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِداً فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَاباً عَظِيماً

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (TQS. An-Nisa’ [4]: 93).

Dan firman-Nya:

وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَ لاَ يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَ يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَاماً. يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً. إِلاَّ مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (TQS. Al-Furqan [25]: 68-70).

Dan firman-Nya:

“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh.” (TQS. Takwir [81]: 8-9)

Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan (dosa besar). Kemudian beliau menyebutkan, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak (alasan yang dibenarkan syara’).”

Seseorang berkata kepada Nabi SAW: “Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah SWT? Beliau bersabda: “Membuat Tuhan tandingan selain Allah, padahal Allah-lah satu-satunya yang menciptakan kamu.” Orang itu berkata: “Kemudian apa?” Beliau bersabda: “Kamu membunuh anakmu karena takut anak itu makan bersamamu.” Orang itu berkata: “Kemudian apa?” Beliau bersabda: “Kamu berzina dengan isteri tetanggamu.” Kemudian Allah SWT menurunkan ayat yang membenarkan apa yang disabdakan Rasulullah SAW. “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya)” (TQS. Al-Furqan [25]: 68)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila dua orang Muslim saling membunuh dengan pedangnya, maka yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama masuk neraka.” Dikatakan: “Wahai Rasulullah, tentang yang membunuh masuk neraka ini kami memahami, tetapi kami tidak paham jika yang dibunuh masuk neraka?” Beliau bersabda: “Dia (yang dibunuh) juga ingin sekali membunuh orang yang membunuhnya.”

Rasulullah SAW bersabda: “Persoalan di antara manusia yang akan diputuskan pertama kali pada hari kiamat adalah masalah darah (pembunuhan).”

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda: “Meninggalnya satu orang Mukmin itu lebih besar di sisi Allah dari pada hilangnya dunia.”

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang membunuh seorang kafir mu’ahid (ada ikatan perjanjian dengan negara Islam), maka ia tidak akan mendapatkan bau surga, padahal baunya telah tercium dari jarak perjalanan empat puluh tahun.” (HR. Bukhari)

Ini adalah hukuman akibat membunuh kaum kafir di antara Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang memiki ikatan perjanjian dengan negara Islam. Maka bagaimana dosa (hukuman) yang harus diterima jika seorang Muslim membunuh saudaranya sesama Muslim?

Untuk apa dan atas pertimbangan apa pembunuhan yang menghinakan dan memalukan ini dilakukan?

Sesungguhnya semua negeri-negeri umat Islam saat ini tidak menerapkan Islam. Negeri-negeri umat Islam sangat terbuka untuk kedutaan asing, bahkan merekalah seolah-olah penguasa yang sebenarnya. Negeri-negeri umat Islam berubah menjadi wilayah konflik, krisis ekonomi, politik, dan sosial, fitnah, perang saudara yang menyebabkan sejumlah besar kaum Muslim meninggal. Akibatnya kekuatan umat dan kekayaannya hilang sia-sia. Bukankah perang Irak dengan Iran, dan Irak dengan Kuwait sebagai fakta yang masih belum hilang dari ingatan kita!!

Sesungguhnya, sikap kaum Muslim yang condong atau cenderung kepada Timur atau Barat, maka inilah yang menyebabkan kita (kaum Muslim) sentiasa diselimuti berbagai krisis dan fitnah. Dan Allah SWT telah berfirman:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” (TQS. Hud [11]: 113)

Sungguh, menjaga persatuan negeri-negeri kaum Muslim merupakan kewajiban syar’iy (Islam). Sehingga bilapun dengan alasan apapun tidak boleh (haram) memecah negeri-negeri kaum Muslim menjadi pecahan-pecahan kecil dan institusi-instirusi kartun (boneka), yang dipimpin oleh orang yang tunduk kepada asing; menjalankan politiknya. Sedarlan bahawa kaum kuffar tidak hanya memecah dunia Islam hingga menjadi lebih dari lima puluh tujuh pecahan. Namun mereka berhasil mengangkat dan menempatkan para penguasa boneka atau komparador di atas pundak umat, dan akhirnya dengan mereka itulah kaum kafir meracuni umat dengan berbagai bentuk kehinaan, kerendahan, dan siksaan. Ketika mereka berkumpul, maka mereka berkonspirasi; sebaliknya apabila mereka pecah, maka mereka hidup saling membunuh dan membantai. Sehingga potensi negara dan rakyat menjadi hilang dengan sia-sia. Sungguh, ini semua merupakan aib, keburukan, dan momok yang mengotori dan menconteng umat Islam yang mulia ini.

Sesungguhnya penyelesaian satu-satunya untuk menjaga darah kaum Muslim dan kehormatannya; menjaga persatuan setiap negeri Islam; bahkan menjaga persatuan seluruh negara Islam adalah dengan mengubah semua sistem yang ada (yang saat ini sedang diterapkan) di dunia Islam. Kemudian di atas puing-puing kehancurannya diterapkan sistem Islam dalam naungan satu negara Islam, iaitu Khilafah Rasyidah yang kedua, yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Kemudian dengannya, Islam akan diterapkan dengan sempurna, seperti yang diterapkan Rasulullah SAW yang mulia, dan para Khalifah sesudahnya; menghilangkan kezaliman dari tengah-tengah kehidupan masyarakat; menegakkan keadilan; membebaskan negeri dan umat Islam; menebarkan kebaikan; dan mengambil kendali inisiatif dari negara-negara kafir, agar negara Islam menjadi negara nombor satu di dunia; menyebarkan Islam ke seluruh dunia, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapam menuju cahaya (Islam); serta menyelamatkan mereka dari kezaliman dan keburukan sistem Kapitalisme Demokrasi yang zalim ini. Mengapa tidak dikatakan demikian, padahal Rasulullah SAW telah menyampaikan khabar gembira dengan sabdanya. Sementara beliau sendiri adalah seorang yang jujur dan dapat dipercaya.

ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

“Lalu akan ada masa penguasa diktator. Dengan kehendak Allah, ia akan tetap ada, kemudian Dia akan mengakhirinya, jika Dia berkehendak untuk mengakhirinya. Selanjutnya akan datang kembali Khilafah berdasarkan metode kenabian.” (HR. Ahmad)

Dan untuk mewujudkan kebaikan inilah, seharus kaum Muslim beraktiviti dengan semangat dan serius.

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

“Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”. (TQS. Al-Mu’min [40]: 44)

Sumber: www.al-aqsa.orga (17/08/2009)

Atas Pemintaan Ramai,....

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, akhirnya saya telah mengetahui 100% cara untuk membuat Read More. Sebabnya ada orang buatkan untuk saya ketika mula-mula dulu. Tapi sekarang saya dah tahu.

Oleh kerana ramai sangat permintaan supaya disuruh ajar bagaimanakah cara untuk membuat Read More, maka saya telah explore and learn. Dulu ketika di awal saya berblogging, ada seorang sahabat saya tanya bagaimana caranya untuk membuat Read More. Saya hanya memberinya link website yang orang buatkan untuk saya. Kerana sahabat saya juga baru dalam dunia blog ketika itu, maka kod HTML nya rosak. So, blognya terpaksa dibatalkan. Sedih juga saya sebab tak dapat nak membantunya.

Selang beberapa minggu kemudian, kakak saya pula suruh mengajar cara untuk membuatnya. Sekali lagi saya telah menghampakan harapan orang. Saya katakan padanya yang saya tidak tahu sebab bukan saya yang buat. Dan ada lagi beberapa sahabat alam maya yang juga bertanyakan soalan yang sama. Dan jawapan yang saya bagi adalah sama. Saya tidak tahu. Saya tengok balik link website yang kawan saya buatkan untuk saya tue. Banyak kali juga saya belajar dari website tue tapi saya still tak faham-faham.

Ada satu hari tue, ada sahabat lain yang bertanya lagi. Dia bertanya soalan yang sama. Saya katakan padanya saya hanya tahu 80% sahaja. Maka bermula dari situ saya search di Google. Akhirnya saya try klik satu website dan saya membuat penelitian serta eksperimen ke atas kod HTML blog saya. Alhamdulillah, step yang diberikan adalah mudah difahami dan saya telah 100% tahu cara membuatnya.

Oleh kerana ada lagi permintaan tentang cara membuat Read More, maka saya hadirkan cara-caranya di sini. Sebarang pertanyaan, bolehlah dikemukan ya.. =)


Ada 3 langkah, untuk membuat paragraf pengantar yang akan ditampilkan di halaman depan:

1. Penambahan ‘Conditional CSS’

Conditional CSS mengubah bagaimana postingan tampil di halaman yang berbeda.
Caranya, klik Layout ---> Edit HTML.
Lalu backup template dengan mengklik Download Full Template.
Lalu cari dan temukan kode ini
Tambahkan kode berikut tepat di atasnya:


Gunanya adalah membuat class bernama fullpost yang akan tampil hanya di halaman detail (permalink).


2. Penambahan Read more

Langkah kedua, menambahkan link "Read More" (atau apa pun sesuai selera Anda) yang akan tampil setelah paragraf pengantar.
Untuk itu klik checkbox Expand Widgets Template tepat di atas kotak Edit Template.
Lalu scroll sampai ketemu kode:

Tambahkan kode berikut setelahnya:


Kalau sudah, klik Save Template. Link Read more ini hanya akan tampil di halaman depan (home) dan arsip (Archive). Kalau diklik, akan membuka halaman baru berisi satu tulisan penuh.


3. Penambahan di Post Template

Langkah terakhir adalah menambah format di template postingan, sehingga setiap membuat postingan baru akan memudahkan Anda, di mana menempatkan paragraf pengantar dan di mana sisa keseluruhan tulisan.
Klik Settings ---> Formatting, lalu geser ke paling bawah halaman.
Copy dan Paste kode berikut ini ke kotak Post Template:


Untuk membuat step kedua agak susah sedikit. Sebab anda perlu klik checkbox Expand Widgets Template tepat di atas kotak Edit Template. Jika anda tidak melakukan step ini, anda tidak akan mungkin jumpa perkataan Untuk mengedit kod HTML, anda perlu teliti dan berhati-hati, jangan tersilap ya. Tapi apapun, explore and learn dulu ya sebelum anda mengubah kod HTML anda. =) Dan setiap kali anda ingin post yang baru, jangan lupa buat step ketiga. Sebab kalau anda lupa, post anda takkan menjadi.

Selamat belajar dan mencuba, kawan-kawan.

p/s: maaf kod HTML tidak appear di compose. Sebarang pertanyaan akan segera dijawab.

Al-Quran Bukan Sekadar Dibaca

Rosmah mahu amalan tadarus dilakukan sepanjang tahun [Sumber: Utusan 06/09/09]

Memang benar bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran dan sudah menjadi kebiasaan umat Islam memperingatinya dengan bertadarrus dan bersempena bulan yang mulia ini sudah menjadi fitrah umat Islam berlumba-lumba mempertingkatkan amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Namun begitu, apakah al-Quran yang suci ini hanya sekadar untuk ditadarruskan sepanjang tahun? Sikap inilah yang terkandung dalam aduan Rasullullah SAW kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berkatalah Rasul, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang berkaitan dengan sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya, tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya, tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya, berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, mahupun jalan hidup selain yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an.

Tidakkah para pemerintah sedar bahawa dengan tidak mengamalkan perintah dan larangan Al-Quran, baik berupa hukum yang menyentuh soal individu seperti menutup aurat mahupun hukum yang terkait dengan perkara-perkara kenegaraan seperti menerapkan syariah Islam, merupakan suatu penghinaan terhadap Al-Quran?

Strategi Kufar untuk Menghalang Khilafah

Video memaparkan, Sheikh Khalid Yasin bekas paderi kristian di Amerika yang telah masuk islam yang membongkar rahsia agenda barat dalam menghalang penyatuan untuk menegakkan Khilafah Islamiyah.





Bagaimana usaha-usaha kufar barat dalam melabelkan pecahan dalam umat Islam dan mengkategorikan untuk membandingkan yang mana bagus dari pandangannya, dan yang melampau juga dari pandangannya, sehingga berjaya membentuk pemikiran umat islam bersetuju serta mengikut telunjuknya. Yang paling mengecewakan adalah apabila pemimpin umat Islam itu sendiri yang menjadi ejen untuk melaksanakan agenda kufar mereka, dan bagaimana bersungguh-sungguhnya barat melaksanakan agenda tersebut dari setiap sudut, pada masa yang sama umat Islam hanya memikirkan soal ibadah ruhiyah semata-mata.

Jadi marilah kita sama-sama bangkit, dengan kebangkitan yang sebenar yang akan membawa suatu perubahan yang hakiki, yang mana sehingga setiap umat islam dimuka bumi ini telah jelas dan faham tentang pentingnya menegakkan Institusi Khilafah yang akan menyinari serta menaungi seluruh alam ini dengan melaksanakan hukum syara', sekaligus menghantar pasukannya untuk mengajar kebiadaban kufar barat.

Si Serangga Berbelang Oren

Bismillahirrahmanirrahim.

Lebih kurang minggu lepas, saya telah 'blogwalking'. Untuk melepaskan sedikit tekanan ketika membuat revision untuk exam pertengahan semester. Tiba di satu blog, empunya blog tersebut menceritakan tentang virus H1N1 dan juga satu lagi haiwan (baca: serangga kecil berbisa) yang telah "mencedera"kannya. Untuk pengetahuan semua, haiwan itu adalah haiwan yang sekian lama telah saya cari gambarnya serta maklumatnya di internet. Tapi saya tak pernah terjumpa. Mungkin sebab saya tidak tahu apakah namanya. Nama saintifiknya pun tidak saya ketahui. Dan mungkin sebab itu saya tak pernah terjumpa dengan 'si kecil berbisa' itu.

Entri ini ditulis khas buat adik-beradik saya. Inilah serangga yang ingin saya khabarkan kepada mereka sejak hampir 3 tahun yang lalu. Namun, saya tak dapat nak berbuat demikian kerana realitinya tiada di depan mata mereka.

Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam cerita ini, akhirnya jumpa juga saya dengan' si kecil berbisa' ini untuk tatapan adik-beradik saya. Untuk uda, alang, achik, ateh dan aman, inilah cerita yang ingin kuhidangkan. Selamat mendapat maklumat baru tentang haiwan ini.

Serangga ini tidak pernah saya temui dalam hidup saya walaupun sekali. Further study saya di matrik, telah mendedahkan saya dengan serangga berbisa ini. Di awal semester, pembelajaran saya biasa-biasa sahaja. Almaklumlah, tempat baru, suasana baru, kawan-kawan baru, pensyarah-pensyarah baru, mind setting baru hee, dan segala-galanya baru. Seingat saya, pertengahan semester 1, saya telah didedahkan dengan nama serangga ini, Charlie. Saban hari saya mendengar tentang 'keganasan' serangga ini 'menyerang' rakan-rakan saya. Sungguh, itulah nama serangga yang agak pelik pernah saya dengar. Bentuknya pun tidak pernah saya tengok apatah lagi bisanya yang dianggap yang berbisa.

Suatu hari, saya bertanya kat kawan saya yang selalu kena bisa Charlie. Macam mana bentuknya. Dia kata Charlie nie warna hitam berbelang oren, kecil je. Sejak hari itu, saya memang teringin nak tengok serangga itu bagaimana. Akhirnya saya jumpa. Roomate saya beritahu. Dan sejak hari itu, saya selalu terserempak dengan si berbisa itu di mana-mana. Waaa, takutlah pula. Macam dia mengikut je ke mana saya pergi. Tapi alhamdulillah, tak kena sengat.

So, adik-adikku, dah dapat gambaran bagaimanakah Charlie, si serangga berbelang oren ini? =)


 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat