Al-Quran Bukan Sekadar Dibaca

Rosmah mahu amalan tadarus dilakukan sepanjang tahun [Sumber: Utusan 06/09/09]

Memang benar bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran dan sudah menjadi kebiasaan umat Islam memperingatinya dengan bertadarrus dan bersempena bulan yang mulia ini sudah menjadi fitrah umat Islam berlumba-lumba mempertingkatkan amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Namun begitu, apakah al-Quran yang suci ini hanya sekadar untuk ditadarruskan sepanjang tahun? Sikap inilah yang terkandung dalam aduan Rasullullah SAW kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berkatalah Rasul, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang berkaitan dengan sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya, tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya, tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya, berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, mahupun jalan hidup selain yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an.

Tidakkah para pemerintah sedar bahawa dengan tidak mengamalkan perintah dan larangan Al-Quran, baik berupa hukum yang menyentuh soal individu seperti menutup aurat mahupun hukum yang terkait dengan perkara-perkara kenegaraan seperti menerapkan syariah Islam, merupakan suatu penghinaan terhadap Al-Quran?

2 comments:

  1. memang benar apa yg enti katakan..ana bersetuju..Pemimpin hanya pandai bercakap tp x mahu melaksanakan...rosak masyarakat kerana mereka...

    ReplyDelete
  2. Iya, pemimpin sekular memang begitu..

    Saya pernah terdengar hadis daripada Rasulullah SAW mantannya berbunyi, 'Dua golongan ini. Kalau ia baik, baiklah masayrakat. kalau ia buruk, buruklah masyarakat, iaitu ulama dan umara''

    Jadi, peranan ulama dan umara' (pengusaha)adalah sangat penting dalam menentukan masyarakatnya..

    Wallhu'alam

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat