Si Serangga Berbelang Oren

Bismillahirrahmanirrahim.

Lebih kurang minggu lepas, saya telah 'blogwalking'. Untuk melepaskan sedikit tekanan ketika membuat revision untuk exam pertengahan semester. Tiba di satu blog, empunya blog tersebut menceritakan tentang virus H1N1 dan juga satu lagi haiwan (baca: serangga kecil berbisa) yang telah "mencedera"kannya. Untuk pengetahuan semua, haiwan itu adalah haiwan yang sekian lama telah saya cari gambarnya serta maklumatnya di internet. Tapi saya tak pernah terjumpa. Mungkin sebab saya tidak tahu apakah namanya. Nama saintifiknya pun tidak saya ketahui. Dan mungkin sebab itu saya tak pernah terjumpa dengan 'si kecil berbisa' itu.

Entri ini ditulis khas buat adik-beradik saya. Inilah serangga yang ingin saya khabarkan kepada mereka sejak hampir 3 tahun yang lalu. Namun, saya tak dapat nak berbuat demikian kerana realitinya tiada di depan mata mereka.

Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam cerita ini, akhirnya jumpa juga saya dengan' si kecil berbisa' ini untuk tatapan adik-beradik saya. Untuk uda, alang, achik, ateh dan aman, inilah cerita yang ingin kuhidangkan. Selamat mendapat maklumat baru tentang haiwan ini.

Serangga ini tidak pernah saya temui dalam hidup saya walaupun sekali. Further study saya di matrik, telah mendedahkan saya dengan serangga berbisa ini. Di awal semester, pembelajaran saya biasa-biasa sahaja. Almaklumlah, tempat baru, suasana baru, kawan-kawan baru, pensyarah-pensyarah baru, mind setting baru hee, dan segala-galanya baru. Seingat saya, pertengahan semester 1, saya telah didedahkan dengan nama serangga ini, Charlie. Saban hari saya mendengar tentang 'keganasan' serangga ini 'menyerang' rakan-rakan saya. Sungguh, itulah nama serangga yang agak pelik pernah saya dengar. Bentuknya pun tidak pernah saya tengok apatah lagi bisanya yang dianggap yang berbisa.

Suatu hari, saya bertanya kat kawan saya yang selalu kena bisa Charlie. Macam mana bentuknya. Dia kata Charlie nie warna hitam berbelang oren, kecil je. Sejak hari itu, saya memang teringin nak tengok serangga itu bagaimana. Akhirnya saya jumpa. Roomate saya beritahu. Dan sejak hari itu, saya selalu terserempak dengan si berbisa itu di mana-mana. Waaa, takutlah pula. Macam dia mengikut je ke mana saya pergi. Tapi alhamdulillah, tak kena sengat.

So, adik-adikku, dah dapat gambaran bagaimanakah Charlie, si serangga berbelang oren ini? =)


12 comments:

  1. Owh....~
    Sye pun tak pernah tgk serangga nie...
    Kalo kena sengat apa jadi?
    Bengkak ker?
    Dia hidup katner? I mean...celah2 kayu? Or tempat2 lembap? Hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. klu kene sengat, t dia akan tingglkn parut
    sy dulu pernah kene
    huhuhu

    T_T

    ReplyDelete
  3. Smp tinggal parut?
    Mst sktkan? (Kena ggt...sah2 la skt...) ;p
    Kena p hospital ker ek? Ye la cam sgt bahaya....
    Beracun..kecil2 cili padi... -_-

    ReplyDelete
  4. Charlie ni mmg sgt femes kat matrik
    matrik penang n perak terutamanya
    sbb dkt ngan tnmn klapa sawit n bendang
    syukur spnjg pengajian d matrik x prnh kn sengat
    bila nmpak charlie je apa lagi, amik apa2 perkakas untuk menghapuskannya
    ...terpaksa...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Namanya menarik
    rupanya pun cantik
    Ironi, dalam menarik dan cantik
    rupanya punya racun untuk disuntik!

    Hubaya-Hubaya!

    Hehehe :)

    ReplyDelete
  6. ~PaMpeRed bY worDs~,

    Kalo kena sengat, serangga ini akan meninggalkan bisanya ke badan kita. Hee. Saya tak sure lar boleh bengkak ke tak sebab saya tak pernah tgk kwn saya kena tapi rasanya macam disimbah acid.

    Seperti kata anonymous, serangga ni mmg sgt femes kat matrik. Terutamnya kat matrik penang n perak sbb dkt ngan tnmn klapa sawit. Dulu kwn saya pernah ckp psl serangga ni sbb dia MRSM Penang. Penang lak banyak pokok kelapa sawit. Mungkin habitat serangga ini di situ.


    Anonymous,
    betul kata awak.
    bila nmpak serangga nie je cepat2 amik apa2 alat yang boleh dicapai untuk menghapuskannya. Terpaksakan, kalau x tentu kita akan kesa asid berbisanya.. =D

    ReplyDelete
  7. sy pn bru tau tntg charlie nie....
    kart uitm perak pn byk....
    cian kart mmbe2 sy yg kne....
    de x cara nk ilangkn charlie nie????

    ReplyDelete
  8. Salam sdri,

    Saya blogwalking sini sbb nak cari apa nama binatang yg gigit muka saya ni. Teruk muka sya bnanah & sekarang ada kesan parut. hodohnya rasa. Rupanya si charlie. Dua minggu lps sya ke Gunung Jerai, lps tu singgah sg petani. Itu la sbb-sbb berlaku peristiwa ini(menurut kata doktor yg merawat)

    ReplyDelete
  9. are_inz,
    saya tak sure Charlie suka kt kwsn mana, tapi rasanya jenis kawasan berkebun kot.. like kelapa sawit.. so, elakkan ke tmpt2 mcm tuh.. hee..

    maaf ye, cara2 nak hilangkan, saya tak pasti lagi.. ;)

    ReplyDelete
  10. Wslm cik mekar,

    Iya, si serangga kecil berbisa ini bernama Charlie.. ^_^..

    kalau kena bisanya. mmg teruk kulit kita.. (ikut pengalaman kwn2 yg dah kena)

    nak baik, mungkin makan masa.. tapi saya tak sure ubat apa yg boleh hilangkan parut khusus kena bisa charlie nih..nnt kalau dah dapat maklumat, saya inform ye..

    thanks, sudi membaca di sini.. ;)

    ReplyDelete
  11. wei aku nak tau macam mana nak hilangkan parut Charley durjana ni..dah berapa bulan dah parut dye tak hilang2 tension ar dah macam samseng jalanan jer tengok muka aku ni..nasib baik tak macam lipan..kalau macam lipan +..+
    ada tak sesiapa boleh bagi tau macam mana nak hilangkan kesan parut tu..jenuh aku tepek dengan Bio Oil pepagi malam lak bedak sejuk..parut tak hilang gak..
    adeh..

    ReplyDelete
  12. Sy penah kene.. tp laen sket rupanya... amik masa utk baek dan mmg tgglkan bekas...

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat