I'tikaf

Memasuki sepuluh terakhir Ramadhan Rasulullah saw meningkatkan aktiviti ibadahnya dibandingkan hari-hari sebelumnya.

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir (Ramadhan) lebih dari kesungguhan beliau pada hari lain.” (HR. Muslim)

Salah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh beliau kepada ummatnya pada bulan Ramadhan adalah I’tikaf. I’tikaf secara bahasa adalah mendiami sesuatu dan menahan diri untuknya. Secara syar’i I’tikaf berarti berdiam diri di masjid beberapa saat dengan sifat tertentu dengan niat bertaqarrub kepada Allah swt

Hukum I’tikaf

I’tikaf hukumnya sunnah berdasarkan sejumlah riwayat antara lain:

Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi saw beri’tikaf sepuluh terakhir Ramadhan hingga Allah azza wa jalla mewafatkan beliau kemudian isteri-isteri beliau beri’tikaf setelahnya.” (H.R. Bukhari & Muslim)

Dari Ubay bin Ka’ab r.a. bahawa nabi saw melakukan i’tikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan kemudian beliau melakukan perjalanan setahun maka beliau tidak beri’tikaf. Namun pada tahun berikutnya beliau melakukannya 20 hari.” (HR. Baihaqy dan al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dan menurutnya shahih)

Dari Abu Said al-Khudry r.a. ia berkata: Rasulullah saw melakukan I’tikaf pada sepuluh hari pertama Ramadhan kemudian beri’tikaf pada sepuluh kedua di Kubah Turki yang di sisinya terdapat pembatas. Ia berkata: maka beliau mengambil pembatas dengan tangannya dan meletakkannya di kubah di mana nampak kepala beliau lalu ia berbicara kepada orang-orang sehingga mereka menundukkan diri mereka. Beliau bersabda: “Sesungguhnya saya i’tikaf pada sepuluh hari pertama untuk mendapatkan malam ini, kemudian saya I’tikaf pada sepuluh malam kedua kemudian saya didatangi dan dan dikatakan kepada saya bahawa I’tikaf pada sepuluh malam terakhir. Barangsiapa di antara kalian yang senang melakukannya maka i’tikaflah. Lalu orang-orang I’tkaf bersama beliau (H.R. Muslim dan Ibnu Khuzaimah)

Berdasarkan riwayat di atas, itikaf merupakan aktiviti taqarrub yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah di bulan Ramadhan khususnya di sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Hukum ibadah tersebut sunnah. Kesimpulan tersebut diperoleh dari sabda Rasulullah saw yang mengatakan: “barangsiapa di antara kalian yang senang beri’tikaf maka beri’tikaflah.”

Tempat I’tikaf

Itikaf hanya dapat dilakukan di masjid. Tidak ada batasan jenis mesjid yang dapat digunakan untuk i’tikaf apakah masjid jami’, tempat dilakukan solat jumaat atau bukan. Hal ini kerana nash-nash yang menjelaskan tentang i’tikaf sentiasa dikaitkan dengan masjid. Sementara itu lafadz masjid tersebut berbentuk mutlak dan tidak ada taqyid terhadap jenis masjid tersebut apakah masjid yang digunakan untuk solat berjemaah, solat jumaat atau selainnya.

“Dan janganlah kalian melakukan hubungan seks dengan mereka ketika kalian sedang i’tikaf di masjid. Itulah ketentuan-ketentuan Allah maka janganlah kalian mendekatinya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia agar mereka bertaqwa.” (QS. al-Baqarah: 187)

Dari Ali bin Husain bahawa Shafiyyah istri Nabi saw menginformasikan kepadanya bahawa ia telah mendatangi Rasulullah saw yang sedang I’tikaf di masjid di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Ia berbicara dengan beliau lalu berdiri dan berpaling. Nabi saw juga berdiri dan menciumnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Dari Abu Said ia berkata: “Rasulullah saw sedang i’tikaf di masjid lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan bacaaanya. Iapun membuka tabir dan bersabda: “Ketahuilah bahawa masing-masing kalian sedang bermunajat kepada tuhannya maka janganlah sebahagian kalian mengganggu yang lain dan mengeraskan suaranya di atas suara yang lain dalam membaca (atau ia berkata) dalam solat.” (HR. Abu Daud dan al-Hakim. Al-Hakim menshahihkannya)

Waktu Pelaksanaan I’tikaf

I’tikaf dalam dilakukan bila-bila sahaja samada siang atau malam di sepanjang tahun. Ini kerana dalil yang berkenaan dengan I’tikaf tidak memberikan pembatasan (taqyid) atau pengkhususan (takhsis) dalam pelaksanaannya.

Adapun riwayat yang menjelaskan bahawa Rasulullah saw dan para sahabat melakukan I’tikaf pada bulan Ramdlan maka hal tersebut menunjukkan sangat dianjurkannya waktu tersebut. Lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan di mana di sana terdapat lailatul qadar.

Meski demikian di luar bulan Ramadhan juga diperbolehkan untuk i’tikaf. Hal ini misalnya diperoleh dari hadits riwayat:

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Umar pernah bertanya kepada Rasulullah saw: “Dulu saya pernah bernazar di masa jahiliyyah untuk i’tikaf malam di masjid al-haram, Rasul saw bersabda: ”Tunaikanlah nazarmu.” (HR. Bukhari)

Perintah Rasul kepada Umar tersebut berbentuk umum dan tidak ada batasan bahawa harus dilaksanakan di bulan Ramadhan.

Rasulullah saw memulai I’tikaf beliau sesaat setelah melaksanakan solat Subuh. Kerana perbuatan tersebut adalah liqasdi al-qurbah, yakni semata-mata untuk bertaqarrub maka status hukumnya sunnah. Meski demikian hal tersebut bukan syarat sehingga i’tikaf dapat dimulai bila-bila sahaja.

Adapun lama waktu I’tikaf tidak dibatasi oleh syara’ sehingga ia dapat dilakukan berapa pun lamanya. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa i’tikaf minimaum satu hari sementara imam Malik yang mengatakan minimum sehari semalam yang kemudian meralatnya menjadi minimum sepuluh hari. Namun demikian tidak diketemukan dalil yang mengharuskan batas tersebut.

Aktiviti orang-orang yang beri’tikaf

Kegiatan itikaf diisi dengan amalan-amalam taqarrub seperti solat, membaca al-Quran, zikir dan menuntut ilmu.

Meski demikian orang yang sedang i’tikaf boleh keluar untuk memenuhi hajat yang harus dipenuhi iaitu: buang air kecil, buang air besar, muntah, mandi, wudhuk dan yang sejenisnya seperti keluar untuk mengambil selimut jika dingin, alat pendingin jika udara panas, melakukan hal-hal yang wajib seperti menghadiri solat jumat. Dengan demikian segala aktiviti mengharuskan orang yang sedang beri’tikaf untuk keluar memenuhi hajatnya maka tidak membatalkan i’tikaf. Namun jika ia keluar tanpa ada keperluan maka i’tikafnya batal.

Aktiviti di dalam masjid yang dilarang untuk dilakukan seperti meludah, jual beli, membunyikan ruas-ruas tulang tangan maka hal tersebut juga dilarang untuk dilakukan bagi orang yang sedang I’tikaf. Rasulullah saw bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kalian berada di masjid maka janganlah ia membunyikan ruas-ruas tangannya. Kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan syaitan. Sesungguhnya salah seorang dari kalian masih sentiasa solat selama ia berada di masjid.” (HR. Ahmad dan menurut al-Haitsamy sanadnya hasan)

Dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya bahawa Nabi saw melarang mencukur rambut di hari Jumaat sebelum solat dan jual beli di masjid. (HR. an-Nasai. Menurut Albani hadits ini shahih)

Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Meludah di masjid adalah dosa dan penghapus dosa itu adalah memendamnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Demikian pula semua aktiviti yang mubah dilakukan di dalam masjid maka harus pula dilakukan oleh orang yang sedang melakukan i’tikaf seperti makan dan tidur.

Dari Abdullah bin al-Harits bin Jaz’in az-Zubaidy berkata: “Pada masa Rasulullah saw kami makan roti dan daging di masjid.” (HR. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Arnauth)

Dari Sahl bin Sa’d berkata: Rasulullah saw mendatangi Fatimah namun beliau tidak menjumpai Ali di rumah maka beliau bertanya: “Di mana anak pak cikmu?” Aisyah menjawab: “Saya dengan dia ada masalah, ia marah kepadaku lalu keluar dan tidak mengatakan apa-apa pada saya.” Maka Rasulullah saw berkata kepada seseorang: “Carilah dia”. Kemudian orang tersebut datang dan berkata: “Ya Rasulullah ia sedang duduk di masjid.” Maka Rasulullah saw mendatanginya sementara Ali dalam keadaan berbaring sementara selendangnya jatuh dari bahunya dan menimpa tanah. Rasul kemudian mengusapnya dan berkata: “Bangunlah Abu Turab! Bangunlah Abu Turab!” (H.R. Bukhari)

Di samping itu secara khusus terdapat sejumlah riwayat yang menggambarkan sejumlah aktiviti mubah yang dilakukan Rasul pada saat beliau I’tikaf.

Dari Aisyah r.a. ia berkata: “Nabi saw menyandarkan kepalanya kepadaku sementara (sebahagian tubuh) beliau berada di masjid. Saya menyisir beliau sementara saya dalam keadaan haid.” (H.R. Bukhari)

Dari Aisyah ia bahawa ia memangku Nabi saw sementara ia sedang haid. Nabi i’tikaf di masjid sementara ia berada di biliknya di mana ia menggapai kepada Nabi. Dalam riwayat Laits ada tambahan bahawa beliau jika sedang i’tikaf tidak masuk ke rumah kecuali ada keperluan. (dalam riwayat Yahya bin Yahya) beliau tidak masuk kecuali untuk memenuhi keperluan manusia.” (HR. Bukhari)

Dari Ali bin Husain bahawa Shafiyyah isteri Nabi saw menginformasikan kepadanya bahawa ia telah mendatangi Rasulullah saw yang sedang I’tikaf di masjid di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Ia berbicara dengan beliau lalu berdiri dan berpaling. Nabi saw juga berdiri dan menciumnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Riwayat-riwayat di atas menunjukkan bahawa Rasulullah saw melakukan sejumlah aktiviti yang mubah selama melaksanakan i’tikaf seperti menyisir rambut, berjalan, mencium isterinya dan di riwayat lain dimandikan oleh Aisyah.

Wallahua’lam bisshawab.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat