Hati Wanita Bisa Sekeras Batu

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, puji dan syukur hanya pada Allah yang Maha Esa.

Ketika saya online yahoo messager, window offline message keluar. Satu mesej saya terima daripada rakan maya saya dari negara seberang, iaitu bungarevolusi. Saya tak pernah bersua muka dengannya, kami hanya pernah bersembang di ym. Dia telah bersuami dan mempunyai seorang anak. Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah link yang beliau tinggalkan. Beliau meminta saya untuk memberi komen setelah membaca.

Subhanallah, cerita pendek karyanya itu amat menyentuh kalbu. Hati saya terlalu sukar untuk dikhabarkan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hati seorang wanita itu amat kuat. Untuk baca cerpen tersebut, klik sini ya. Apabila saya membaca karyanya itu, lantas saya teringat akan kata-kata seorang penceramah ketika saya menghadiri satu seminar minggu lepas. Peceramah tersebut menerangkan tentang poligami. Jika sebelum ini saya memang telah menerima isu poligami dengan baik walaupun pada hakikatnya saya juga seperti wanita lain iaitu tidak suka. Namun hukum Allah, saya terpaksa terima sebagai hambaNya. Setelah mendengar penjelasan daripada speaker tersebut, pemahaman saya semakin mendalam. Namun ini tidak bermakna saya inginkannya tetapi cukup untuk saya benar-benar memahami akan hukum yang telah Allah perintahkan.

Dengan berlapang dada dan berfikiran rasional serta meletakkan hukum Allah di depan, saya ingin mengkhabarkan kepada wanita-wanita Islam yang saya kasihi. Biarpun kita tak bersua atau mungkin tak pernah kenal, namun dengan kalimah syahadah kita adalah bersaudara. Isu poligami sentiasa disalahfahami oleh kebanyakan kaum wanita. Namun, insyaAllah dengan Islam yang saya pelajari, mungkin sedikit sebanyak akan membuka minda saudari sekalian.

Saya tegaskan sekali lagi di sini, saya bukan inginkannya tetapi cukuplah sekadar kita sama-sama mengikut perintah Allah SWT. Firman Allah SWT, “Nikahilah oleh kamu wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil maka nikahilah seorang saja.” [TMQ An Nisa' (4):3). Ayat Allah ini menunjukkan kebenaran berpoligami yang bersifat mutlak. Untuk pengetahuan bersama, sebelum ayat ini diturunkan, Islam membenarkan seseorang lelaki Muslim mempunyai lebih daripada empat orang isteri sehingga tidak ada dalil yang menghadkannya. Ayat ini kemudiannya diturunkan untuk membataskan jumlah tersebut kepada empat orang.

Berkenaan dengan isu meletakkan ‘berlaku adil’ sebagai pra-syarat untuk membolehkan seseorang lelaki Muslim berpoligami, hujah ini ternyata muncul dari golongan yang tidak memahami nas dengan benar. Ia juga timbul hasil dari sikap suka ‘mencari dalih’ bagi menyatakan Islam menyekat poligami. Sebenarnya, kalau kita kaji Islam dengan mendalam, bagaimana mungkin seseorang lelaki Muslim ingin membuktikan bahawa dia mampu berlaku adil jika dia tidak diberikan peluang untuk berpoligami? Adapun firman Allah, “Kemudian jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja” [TMQ an Nisa’(4):3], sebenarnya maksud ‘berlaku adil’ di dalam ayat ini bukan merupakan ‘pra-syarat’ untuk berpoligami, tetapi ‘berlaku adil’ itu adalah suatu perintah/hukum berasingan yang dikenakan ke atas lelaki Muslim yang mengamalkan poligami, bukannya syarat ke atas poligami itu sendiri. Dengan kata lain, mana-mana lelaki yang gagal berlaku adil (setelah berpoligami) adalah berdosa. Ini kerana dia telah tidak mematuhi perintah Allah SWT agar ‘bersikap adil’ di dalam perkahwinan poligaminya. Maka mereka akan dihukum sesuai dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Adapun firman Allah, “Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [TMQ an-Nisa’ (4):129].

Maksud dalil di dalam ayat di atas sebenarnya berhubung dengan keadilan pembahagian cinta dan kasih sayang. Maksudnya, seseorang lelaki itu sesungguhnya tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya di dalam pembahagian cinta dan kasih sayang. Merujuk kepada ayat di atas, Ibn’ Abbas ra. menjelaskan bahawa Nabi SAw pernah menyatakan: “Yakni di dalam masalah cinta dan persetubuhan’.

Jelaskan saudari sekalian akan dalil-dalil yang disertakan? Walaupun kita sebagai wanita tidak akan suka begitu juga saya, namun ini adalah sebahagian dari perintah Allah. Walaupun mungkin ramai kaum adam yang tersenyum gembira setelah membaca post saya ini, namun saya yakin bagi mereka yang benar-benar memahami hukum Allah, mereka akan sedar bahawa berpoligami membuatkan mereka bersedia untuk memikul lebih tanggugjawab daripada lelaki yang hanya berkahwin satu. Sekiranya mereka lalai dalam tanggung jawab mereka, maka nantikanlah balasan yang bakal mereka terima daripada Allah.

Kita sebagai muslimah, janganlah termakan hasutan pemikiran-pemikiran yang selari dengan pemikiran dan kehendak Barat. Sesungguhnya Islam itu sempurna dan langsung tidak ada kecacatan atau kekurangan di dalamnya. Namun yang menjadi punca kepada masalah adalah apabila manusia itu tidak menerapkan hukum syara’ di dalam kehidupannya. Tingkah laku manusia yang tidak berhukum dengan hukum Allah, inilah yang menjadi punca kepada segala kerosakan.

Wallahu'alam.

4 comments:

  1. Salam wahai saudari.. Susah bebenar nak cari wanita solehah akhir zaman ini.. Ibarat mencari permata di di dalam pepasir.. Teruskan berblog.. Wassalam.. :)

    ReplyDelete
  2. Wslm ya saudara,

    Susah bebenar ye? InsyaAllah, ada. Bukan yang solehah perlu dicari, namun pen'soleh'an diri harus bermula agar yang solehah datang menyusul..

    Syukran jzkllh.. :)

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. saya tak layak untuk komen sebenarnya, sebab saya sendiri pon tak reti sangat bab ni, tapi ana nak kongsikan dengan pembaca, hehheheh ari2 ana gi satu program kat ILIM, ada sowg mak cik 2 angkat tangan dan buat pengumuman yang dia sekarang dah berpoligami dan dia syor sapa nak poligami, cari laki dia, ada 2 kekosongan lagi.... hehehehe lawak tapi ana yakin, mak cik 2 mmg solehah, dan suaminya mmg betul2 soleh...

    ReplyDelete
  4. ana teringat cerita lakonan lisdawati, nasir bilal khan dan juga elly mazlein..

    lisdawati bermadu dgn elly mazlein..

    nak diperkatakan di sini, walaupun bermadu dan memang baik, adalah lebih baik tidak tinggal serumah..

    Rasulullah saw yg menjadi uswatun hasanah sendiri tidak meletakkan isteri2 baginda saw tinggal serumah..

    wallahualam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat