Hijrah Memerlukan Pengorbanan
Itulah kesimpulan yang dapat saya berikan setelah selesai Seminar Hijrah dan Pengorbanan pagi tadi. Dengan bertemakan BERKORBANLAH sebelum ANDA dikorbankan, seminar tersebut benar-benar memberikan impak yang amat besar kepada para peserta. Jumlah kehadiran hampir seratus orang peserta itu terus menyemarakkan lagi seminar pagi tadi.
Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah laporan seminar tersebut tetapi lebih kepada penghargaan saya kepada teman-teman seperjuangan yang sentiasa sanggup berkorban demi mengembalikan Islam di muka bumi ini.
Setiap manusia itu mempunyai potensi diri masing-masing. Setiap satunya mampu melakukan kebaikan dan juga keburukan serta kelemahan. Begitu juga saya. Allah SWT berfirman, "Telah kami tunjukkan kepadanya dua jalan hidup (baik dan buruk)" (Al-Balaad:10).
Saya hadirkan di sini video sajak sempena seminar hijrah pagi tadi. Pujangga ada mengatakan "Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan". Begitulah lumrah kehidupan, lebih-lebih lagi di jalan dakwah ini.
Sekalung tahniah dan setinggi terima kasih buat, kak Insyirah yang dikasihi kerana telah bertungkus lumus menyiapkan sajak karangan puitismu. Ayat-ayat karanganmu benar-benar memberkas di lubuk hati ini tentang penghijrahan Nabi SAW. Tanpa hasil nukilanmu itu, tiadalah penyeri seminar ini. Semoga hasil puitismu selepas ini akan bisa menggegarkan dunia. InsyaAllah.
Juga sejuta penghargaan buat Cik Iffah kerana telah menyiapkan video sajak yang menarik ini di saat-saat genting. Hasil penatmu hanya bisa dibalas Allah SWT. Alunan muzik iringan yang mampu membawa peserta menyelami erti bait-bait sajak penghijrahan Bagin SAW.
Dan tak lupa juga buat adik Raihana. Persembahanmu mendeklamasikan sajak diiringi video amat memukau peserta. Alunan suaramu mampu menggetarkan telinga-telinga terselubung yang mendengar. Semoga pengorbananmu di jalan ini akan dibalas di Akhirat kelak.
Semoga segala pengorbanan anda akan mendapat ganjaran pahala dan dibalas oleh Allah SWT Amin. "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

Assalamualaikum ukhtie..
ReplyDeleteSubhanallah!~ indah sungguh puisi nukilan sahabat ukhtie... ana baca berulang-ulangkali untuk menikmati rasa syahdu mengenang sirah Rasul dan perjuangan para sahabat. Rugi sungguh rasanya tak sempat ikuti seminar ni..harap boleh khabarkan kalau ada lagi yah..(minta izin sebar-sebarkan puisi di atas)
salam ukhwah abadan abada ^-^
MANTAP BANGET NIH PUISINYA!! SALUTE!
ReplyDeleteALLAHUAKBAR!