Mentaliti Rakyat 1Malaysia

Kebiasaannya di Malaysia, apabila terdapat konsert di sesuatu tempat, maka ramailah yang tertumpu di situ. Yang pastinya ramai adalah dari kalangan muda mudi. Hiburan yang disajikan kepada muda mudi kini boleh dikira kelas pertama. Kerana apa saya mengatakan sedemikian?

Kerana bagi saya, hiburan yang disajikan kepada mereka diadakan di tempat yang hebat. Sehebat slogan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.' Iya, rakyat 1Malaysia memang didahulukan kerana dalam berhibur, rakyat Malaysialah yang akan menyambut baik keadaan itu. Rakyat Malaysia akan diberikan permit dengan mudah untuk berhibur. Rakyat Malaysia memang suka berhibur termasuklah saya.

Penulisan saya pada kali ini bukanlah hendak menulis tentang hiburan yang diminati dan diinginkan rakyat Malaysia tetapi lebih tertumpu kepada satu aspek yang kecil ini. Walaupun ia nampak remeh, namun jika tidak dibendung buruk juga padahnya.

Pelbagai bentuk kempen telah disebarkan di media-media massa khususnya televisyen. "Kebersihan Tanggungjawab Bersama" merupakan kempen yang paling kerap kelihatan. Namun, sejauh manakah keberkesanan kempen yang disarankan oleh kerajaan Malaysia ini? Adakah rakyat Malaysia menyambut baik seruan kerajaan ini? Adakah anda menjaga kebersihan alam sekitar? Bagaimana dengan saya?

Keadaan Stadium Bukit Jalil di waktu pagi setelah 2 hari Jom Heboh!

Ada sesetengah orang tidak puas hati dengan kelakuan orang lain tentang kurangnya penjagaan kebersihan. Mungkin saya akan memberikan jawapan kepada mereka-mereka yang tidak puas hati itu termasuklah saya.

Menurut kajian sebuah syarikat penyelidik antarabangsa, hanya terdapat 25 buah negara paling bersih di dunia telah dikenalpasti. Antaranya Switzerland, Sweden, Norway, Finland, Jerman, Jepun, Denmark dan Perancis; malangnya tidak satu pun negara umat Islam menduduki tangga tersebut. Persoalan besar timbul di sini ialah, mengapakah umat Islam tidak boleh mengamalkan kebersihan yang dituntut oleh Islam sendiri?

Berdasarkan pemerhatian, negara-negara maju mempunyai budaya menjaga kebersihan yang tinggi. Walaupun tidak beragama Islam tetapi mereka lebih mengambil berat aspek kebersihan sepertimana dianjur oleh Islam. Jadi, amalan kebersihan ini adalah amalan mulia berbentuk menyeluruh kerana Islam amat mementingkan kebersihan sama ada zahir atau batin.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud:

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”

Tetapi mengapa keadaan ini terus-terusan terjadi?

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Saya ulang, kebersihan itu separuh daripada iman. Keimanan seseorang bukan hanya di bibir sahaja. Tetapi perlu dizahirkan dengan perbuatan. Mungkin satu je yang menjadi halangan kepada rakyat Malaysia. Pemikiran atau mentaliti mereka adalah kelas ketiga. Itulah hakikat rakyat negara ini.

Sebelum saya menamatkan penulisan saya yang tak seberapa kali ini, renungilah firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" (QS Ar-Ra'd 11).

Apakah yang ada pada diri mereka?

Wallahua'lam..

2 comments:

  1. Salam Wanita Mustanir

    Gambar ini diambil pada hari selasa bukan?? (baca: 2 hari selepas Jom Heboh!). Untuk pengetahuan WM, ana ada singgah ke tempah ini sehari selepas gambar ini ditangkap (baca: hari rabu). Tika itu ana mahu pulang ke kampung. Dan 'sewajibnya' ana perlu menaiki LRT Bukit Jalil. Sungguh menyakitkan mata yang melihatnya. Ana berasa malu sekali ketika berada di kawasan ini, "Mak ai, tempat apakah ini??". Malu bukan kerana ada pelancong luar melihatnya(keadaan Bukit Jalil). Tapi malu kepada Allah SWT. Malu kerana mengabaikan kebersihan. Walhal, kebersihan itu harus dalam pada diri orang yang beriman. Ana akui pada diri ana sendiri. Hatta ana hendak membuang sampul plastik gula-gula yang dibulat-bulat kecil lalu dicampakkan ke bahu jalan (ia nampak kecil), ana berasa malu. Malu untuk membuat kotoran.

    WM, keadaan Bukit Jalil yang ana tengok pada hari Rabu lepas masih sama seperti gambar yang WM tangkap. Ini baru soal kebersihan diluar kawasan. Kalau dalam tandas bagaimana, ya?? hee ;)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt, Panglima Kungfu..

    Pertamanya terima kasih kerana sudi memberi komen dan pandangan anta tentang isu remeh ini.

    Tentang yang anta tulis gambar ini diambil pada hari selasa bukan?? (baca: 2 hari selepas Jom Heboh!).

    Sebenarnya ana ambil gambar tersebut hari Isnin. Maksud ana 2 hari setelah Jom heboh adalah 2 hari= Sabtu dan Ahad. So, hari Isninlah ana ambil gambar tersebut. But it's small matter.

    Sebenarnya memang amat menyakitkan mata kepada sesiapa yang melihatnya. Hanya kerana Jom Heboh yang berlangsung 2 hari, rosak seluruh pemandangan Bukit Jalil berhari-hari. Entah bila akan bersih seperti sediakala.

    Anta benar. Ana juga kadang-kadang hendak membuang sampul plastik gula-gula yang dibulat-bulat kecil pun ana berasa malu. Malu untuk membuat kotoran. Meraka? Entahlah.
    Wallahua'lam.

    Kalau dalam tandas, lagilah terukkan..
    hee ;)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat