Apabila Islam Dicampak Jauh.., beginilah hasilnya.. Manusia tidak tahu akan hakikat kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pelaku maksiat. Sampaikan ada juga insan yang menyarankan supaya became a fan of SAYA BENCI KEPADA ORANG YG MEMBUANG BAYI. Ada juga saranan-saranan yang diberikan kepada saya, yang semuanya diberikan berasaskan cara berfikir yang dangkal dan tidak islami. Adakah ini akan menyelesaikan masalah yang melanda? Mungkin bantuan yang ingin dihulurkan oleh Wanita UMNO Johor ini bakal membuka minda saudara/i sekalian akan hakikat berfikir manusia yang dilingkungi oleh sistem kapitalis-sekularis.
Wanita Umno Johor Sedia Hulur Bantuan Kepada Wanita Terlanjur
JOHOR BARU: Wanita Umno Johor memandang serius insiden pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang sudah terlanjur, kata ketuanya Senator Sharifah Azizah Syed Zain. Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur itu supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi, sebaliknya menghubungi Wanita Umno Johor bagi bantuan. "Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita Umno Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi," katanya kepada Bernama hari ini. Katanya, Wanita Umno Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak di dalam kegiatan pembuangan bayi.
Sharifah berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar di sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan dua hari lepas. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam membayangkan kemungkinan untuk menwujudkan rangkaian kerjasama pelbagai pihak untuk menangani masalah tersebut. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan bagi mengelak pembuangan bayi. Sharifah Azizah berkata, "Skuad Sayang" Umno Johor bekerjasama dengan JKM negeri itu di dalam usahanya untuk mengesan golongan wanita yang berpendapatan rendah untuk dihulurkan bantuan. "Kita telah pun memulakan usaha tersebut dengan bantuan JKM dan setakat ini respons adalah amat menggalakkan. Tujuan program itu adalah untuk meluaskan rangkaian bantuan terhadap golongan wanita yang memerlukannya," katanya. Menurut beliau, di bawah program "Jalinan Rakyat" Wanita Umno Johor pula, mereka akan turun padang dan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di negeri ini. - BERNAMA
Sumber : mStar Online, 15/02/2010
Usaha wanita Umno Johor – usaha yang diasaskan kepada kebodohan!
Inilah kekeliruan dan kebodohan Wanita Umno Johor yang merasakan seolah-olah usaha mereka untuk membantu golongan wanita terlanjur ini dapat menyelesaikan masalah pembuangan bayi yang berlaku. Mereka merasakan usaha mereka itu adalah sesuatu yang tepat, betul dan baik, namun hakikatnya, sedar mahupun tidak, ia merupakan tindakan yang akan melangsungkan dan memperpanjangkan lagi tempoh hayat sistem kufur Kapitalisme yang sudah lama berakar umbi di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Dalam erti kata lain, tindakan dan langkah di atas adalah tindakan bunuh diri sebenarnya. Sedar ataupun tidak ia merupakan sumbangan yang akan memberikan peluang dan ruang kepada para pelaku maksiat untuk terus berani dan tanpa rasa berdosa terus melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ini adalah kerana bagi para pelaku maksiat ini sudah ada ‘talian hayat’ yang boleh membantu mereka untuk menutup dosa dan kemaksiatan yang mereka lakukan.
Wahai para pendokong UMNO! Sedarlah bahawa sesuatu tindakan yang ingin kita lakukan itu mestilah bersandarkan kepada hukum syarak bukannya menggunakan hawa nafsu semata-mata. Ketahuilah bahawa tindakan yang cuba dilakukan oleh Wanita UMNO Johor itu hanyalah untuk mengubati simptom dan bukannya menyelesaikan punca masalah. Apa yang mereka lakukan ini selama-lamanya tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak mustahil Johor khususnya dan Malaysia amnya nanti akan dipenuhi dengan anak-anak luar nikah! Bukankah ini suatu usaha bunuh diri namanya? Bukankah ini suatu tindakan bodoh namanya? Apa yang seharusnya dilakukan oleh Wanita UMNO Johor khususnya dan pemerintah yang berkuasa amnya adalah kembali kepada Islam dan menerapkan hukum Allah secara syumul dalam menangani permasalahan sosial yang sudah begitu teruk hari ini. Islam pasti akan dapat menyelesaikan masalah ini dan menebarkan rahmat ke seluruh alam.
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107].
Wahai umat Islam! Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah SWT ini?
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaahaa (20) : 124].
Wahai Wanita UMNO Johor! Janganlah terus membelenggu diri kamu dalam kebodohan dan terus menerus melakukan tindakan bodoh mengenepikan solusi Islam yang siap tersedia. Jangan kamu terus hinakan diri kamu dengan melupakan solusi syarak dan menjadikan hawa nafsu sebagai penyelesaian.
Sumber : www.mykhilafah.com
Asalamualaikum..
ReplyDeleteInilah sifat manusia tahu mengkritik, sekurang kurangnya Wanita Johor ini ada langkah yang diambil dari kita semua hari hari mengutuk ibu-ibu haram kerana melahirkan dan membunuh bati yang tak berdosa. Rasanya bersyukur dlm dilemma gak walaupun tindakan ini aku rasa akan mengundang perspektif negative masyarakat terutama islam. Kalau menyingkap dari sejarah peradaban moral manusia nie semakin hilang seiring dengan kemajuan yang semakin merosakan, kerana betapa kekangan dan langkah diambil ibarat penapis berjenama yang bocor.
Ps: Mungkin aku jahil, sila kemukakan cadangan..dan bukannya kritikan.
Thanks & Regards
Don Rahman
pekebende nih? tak faham.
ReplyDeleteapa-apa pun, kembali kepada landasan yg benar.
senang je, Nabi Muhammad SAW sebelum mangkat ada memesan supaya semua umat nya hanya mengikut al-Quran dan sunnah. dak kita akan selamat di dunia dah akhirat. dah tu, tunggu apa lagi?..yg tak tau, pegi lah menuntut ajaran dalam al-Quran dan belajar sunnah dari orang yg tau.
tak payah nak gaduh2...;p
Assalammualaikum wbt...
ReplyDeleteKepada saudara Don Rahman. Apakah yang disampaikan oleh si pengirim email tersebut adalah mahu berkongsi ilmu dan mahukan menjernihkan pemikiran yang ada pada umat Islam.
Jelasnya, dan realitinya. Penguasa umat Islam telah membelakangkan penerapan hukum syariah. Mereka memisahkan dan mengaturkan aturan kehidupan manusia dengan memisahkan agama dengan kehidupan. Sedangkan agama dan kehidupan itu perlu sering. Agama lah yang mengaturkan tata kehidupan manusia.
Apapun, yang pastinya mereka ini adalah golongan yang sesat kerana tidak mengambil petunjuk Allah sebagai petunjuk dalam hidup mereka. Kedudukan ini sebenarnya tidak jauh berbeza dari golongan umat Islam yang sekular. Mereka ini adalah golongan pemuja Barat dan golongan yang mendewa-dewakan akal di dalam mengatur kehidupan. Pemikiran golongan ini saling tidak tumpah dengan pemikiran orang-orang kafir di mana mereka hanya mengambil agama untuk tujuan ibadat semata-mata. Mereka mengambil Islam sekadar untuk solat, puasa, zakat, haji, doa pembuka dan penutup majlis dan lain-lain ibadat sunat tertentu yang dipilih mereka sahaja. Untuk lain-lain hukum Allah yang qat’i (pasti) kewajibannya seperti potong tangan untuk pencuri, sebat bagi penzina, bunuh bagi simurtad, qisas bagi pembunuh dan banyak lagi, maka di sini mereka menyatakan hukum ini sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Mereka menggunakan akal untuk menjustifikasi kesesuaian hukum Allah, dan bagi yang memegang kekuasaan, mereka telah menggubal undang-undang sendiri terhadap kesalahan-kesalahan ini, mengenepikan hukum Allah yang qat’i yang terdapat di dalam al-Quran.
Kesesuaian syari'at Islam untuk setiap waktu dan tempat adalah disebabkan syariat Islam itu mampu mengatasi dan menyelesaikan berbagai masalah manusia di setiap waktu dan tempat dengan berbagai macam hukum-hukumnya. Bahkan Islam mampu menyelesaikan semua masalah manusia walau bagaimana luas dan beraneka ragam sekalipun. Ini adalah kerana tatkala syara’ menyelesaikan masalah manusia, ia didasarkan kepada sifat alami manusia yang tidak akan pernah berubah sejak manusia diciptakan sehinggalah ke hari kiamat. Manusia pada setiap masa dan tempat adalah tetap sebagai manusia. Gharizah (naluri) dan Hajatul Udhawiyah (keperluan jasmani) manusia, selamanya tidak akan berubah. Demikian pula hukum-hukum penyelesaiannya juga tidak berubah. Yang berubah hanyalah sarana atau teknologi di dalam kehidupan manusia. Adapun mengenai tuntutan kehidupan yang sentiasa muncul dalam bentuk yang berbeza-beza, ia pada hakikatnya adalah manifestasi berbeza-beza dari gharizah dan keperluan jasmani manusia (yang tetap tidak berubah). Hal seperti inilah yang menjadi salah satu faktor perkembangan fiqh di dalam Islam. Namun demikian, keluasan syari’at tidak berarti syari’at itu fleksibel sehingga dapat disesuaikan dengan segala sesuatu walaupun bertentangan dengan syara’. Tidak bererti juga bahawa syari'at itu berubah secara beransur-ansur sehingga dapat diubah sesuai dengan zaman.
continue..
ReplyDeleteKita sebagai hamba kepada Sang Pencipta. Hendaklah kita agar tidak terjerumus ke dalam kesalahan dengan mengambil jalan yang haram atau menghalalkan suatu yang haram di dalam mencapai suatu matlamat, walaupun matlamat yang ingin dicapai itu hukumnya wajib sekalipun. Janganlah terpengaruh dengan propaganda Barat dengan ideologi lapuk mereka. Penyelesaian dangkal dari akal mereka yang hanya penyelesai sementara sahaja.
Ingatlah bahawa agama ini milik Allah dan Allah sahajalah yang berhak menentukan yang halal dan haram. Ingatlah bahawa Rasulullah merupakan seorang pejuang Islam yang wajib kita jadikan contoh di dalam perjuangan ini. Jika Rasulullah sendiri tunduk dan patuh kepada perintah dan larangan Allah di dalam menegakkan DeenNya, maka sudah semestinyalah kita sebagai umatnya juga wajib berbuat demikian. Ingatlah bahawa kita berjuang untuk menegakkan Islam demi mencapai matlamat akhir kita yakni keredhaan Allah dan syurgaNya dan hal ini tidak akan dapat dicapai sekiranya seseorang itu menempuh jalan yang haram. Ambillah jalan yang direstui oleh Allah dan RasulNya walaupun jalan tersebut dipenuhi liku, onak dan duri. Sesungguhnya jalan inilah yang telah dijejaki dan ditempuhi dengan penuh kesabaran oleh Rasulullah dan para sahabat dan jalan inilah yang akan ditempuh sekali lagi oleh para pejuang yang mengikuti mereka di dalam kebenaran. Sesungguhnya setiap liku yang diambil, setiap onak dan setiap duri yang menusuk, selama mana ia merupakan jalan kebenaran, maka InsyaAllah, onak dan duri inilah yang akan membawa kita ke syurga. Amin ya Rabbal ‘alamin.
From: Dhiya Sabilillah
Hi there i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i could also create comment due to
ReplyDeletethis sensible post.
Also visit my web page; Buy Viagra Boots