The bobs plotter scratches beside the precedent.


KEUNGGULAN

Aku ingin menjadi sit Khadijah yang agung
Sebuah cinta memperjuangkan hartanya ke jalan fisabilillah
Sebagai Siti Aishah abadi dalam setia tiada rasa payah
Seperti puteri solehah Isti fatimah akur tanpa lelah tia perintah
Dan bukannya aku ingin menjadi penggoda fitnah dari sejarah Siti Zulaika sewaktu menjadi marah
Aku ingin mengutip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Hajar
Menggendung puteranya yang masih merah
Di tengah terik padang pasir merekah
Relakah aku menjadi wanita solehah
Yang sanggup mati dalam KEUNGGULAN IMAN
Yang terpancang gagah bagai harumnya pusara Masitah??
Jadilah wanita penghuni syurga



Berlapa bisa menjernihkan fikiran sehingga menjadi cemerlang. Kerana kenyang menyebabkan fikiran menjadi tumpul. Hati menjadi halus sehingga dapat merasakan lazatnya munajat dan mudah tersentuh oleh zikir dan ibadat. Jiwa menjadi rendah dan menghilangkan sikap ego. Mengikis dan mengurangkan segala bentuk nafsu yang merupakan sumber kemaksiatan. Badan akan terasa ringan untuk melakukan tahajjud dan ibadah lainnya. Terhindar rasa mengantuk yang menghilangkan semangat ibadah. Meringankan perbelanjaan harian dan merasa cukup dengan apa yang ada.

Tiadalah sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah menghapuskan dosa hamba itu
[Hadis riwat Bukhari & Muslim]

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat