Hancus Generasiku Kini...


Lambakan media berkaitan kes buang bayi, pergaulan bebas, merogol, dan sebagainya sentiasa menghiasi hari kita. Hari demi hari masalah sebegini kian meningkat. Ramai yang mengeluh, ada juga yang hanya mengangkat bahu, dan tak kurang juga yang buat tak tahu serta tak ambil tahu langsung. Beginikah remaja yang ingin dicetak atau dibina oleh nagara? Remaja yang penuh dengan masalah sosial.

Ada pihak-pihak tertentu memberikan jalan untuk membendung gelaja ini, namun mengapakah tiada pengurangan angka kes? Kes sebegini semakin meningkat. Kita lihat sahaja paparan media Utusan Malaysia tentang gejala seks bebas. Apakah kita sebagai seorang muslim hanya mampu berdiam diri? Apakah kalian tegar melihat anak generasi kalian jadi begini? Tidak inginkah kalian mengetahui jalan penyelesaiannya mengikut Islam bukan mengikut sistem Barat?

Wahai para Muslimah yang dikasihi kerana ikatan akidah Islam!! Bangkitlah kalian. Sedarlah akan hakikat generasi ini. Generasi milennium kini semakin hancur ditelan globalisasi. Generasi milennium kini semakin alpa dengan hedonisme. Bangkitlah wahai saudari seIslamku! Isu remaja bukanlah isu yang sepele (mudah). Remaja merupakan penerus generasi pemimpin umat. Bangkitnya remaja, bangkitlah umat. Musnahnya remaja, lenyaplah umat untuk menerapkan Islam.

Mungkin ini bukanlah jalan yang akan mengubah remaja kini, namun ia adalah pemula kebangkitan pemikiran kalian dan juga umat. Marilah sahabat-sahabatku. Marilah saudariku yang dikasihi. Marilah menghadirkan diri kalian. Akan ada balasan dari Allah akan usaha yang kalian bakal lakukan ini, InsyaAllah. Marilah ke:

KOLOKIUM REMAJA 2010

WAHAI REMAJA
KEMBALIKAN MARUAH dan MARTABATMU



Tarikh: 28 Februari 2010 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Auditorium Abu Zarim, ILSAS,

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi




KUALA LUMPUR
16 Feb. - Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu.

Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di kalangan remaja Melayu di luar bandar juga semakin membimbangkan.

Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127 pelajar perempuan di sebuah sekolah luar bandar di negeri tersebut.

Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Midin berkata, kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di sekolah itu telah melakukan hubungan seks secara sukarela.
Sumber : Utusan Malaysia, 17/02/2010

Generasi Hancur

Gejala ini bukan hanya perlu dibimbangi dalam keresahan berpanjangan bahkan ia perlu diatasi kerana ia merupakan salah satu lompong yang pasti meruntuhkan seluruh kehidupan umat manusia. Bayangkan suatu hari nanti sudah tidak ada tatasusila pergaulan hingga tidak lagi wujud anak si polan, ibubapa kepada si polan, datuk nenek kepada si polan, saudara kandung si polan dan lain-lain. Semua ini akan mengundang seribu satu kesulitan dalam dokumentasi, pewarisan dan apa sahaja yang berkaitan dengan urusan generasi kekeluargaan. Ini pasti akan membawa kehancuran kepada generasi manusia.

Jalan keluar kepada masalah ini perlu dikembalikan kepada penyelesaian hakiki. Syariah Islam diturunkan sebagai peraturan hidup yang pasti mampu mengatasi setiap permasalahan manusia secara global. Masalah gejala ini dapat diatasi melalui pendidikan (tsaqafah) Islam yang benar-benar menjana syakhsiyyah Islamiyyah. Kemudian, diterap pula sistem peradilan yang membabitkan hukuman-hukuman syar’i agar membendung (zawajir) bahkan merawat (jawabir) setiap pelaku salah seperti zina, pergaulan bebas, cabul dan sebagainya. Selain itu, mekanisme-mekanisme yang menjadikan saluran menuju perkahwinan juga turut dibuka seluasnya bagi memastikan setiap individu mampu memenuhi nalurinya.

Semua itu bukan hanya suatu impian mahupun retorik, bahkan merupakan suatu yang nyata dalam kehidupan Islam. Ia justeru merupakan tuntutan Allah ke atas kita, yakni melaksanakan seluruh perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Di sebalik ketundukan sepenuhnya kepada syariat Islam, pasti wujud pula maslahat (kebaikan) kepada kita yang tidak dapat dinukil oleh akal dan perasaan. Tiada jalan lain untuk merealisasikan semua ini melainkan kita wajib kembali kepada Islam dan Khilafah.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat