Jawapan Berkenaan Copyright

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum para pengunjung, para pembaca, teman-teman,dan sahabat-sahabat seperjuangan,Semoga kalian sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT.

Memandangkan saya bukanlah seorang yang hebat dari segi ilmu agamanya, namun saya tetap akan cuba sampaikan apa yang terbaik dan yang saya tahu.Saya memerlukan masa dan juga ilmu tentang pertanyaan tersebut. Sampaikan saya terpaksa meminta pandangan dan komen di sebuah laman tentang hal ini atas ketidaktahuan saya berkenaannya. Oleh itu, saya rasa inilah post yang akan menerangkan tentang pertanyaan seorang pengunjung dan juga seorang sahabat beberapa hari lalu.

Setelah beberapa hari saya mengutarakan untuk sebarang komen dan pandangan kepada ahli-ahli KSI berkenaan hak cipta terpelihara, maka ada juga yang sudi membalas. Biarpun hanya seorang, tapi sudah cukup memadai buat saya sampaikan hujah kepada pengunjung blog Wanita Mustanir. Saya sangkakan apa yang saya sampaikan itu sudah cukup baginya, namun saya silap. Pengunjung tersebut seakan-akan mengejek saya akan hujah yang saya utarakan. Mungkin kerana ayat copy & paste saya, wallahualam. Tetapi sejak dari situ, saya terpaksa berdiam diri seketika untuk mencari maklumat agar saya bisa menjawab pertanyaanya dengan bernas dan berhikmat. Akhirnya saya membuka mulut untuk berdiskus dengan wali saya. Dan hasilnya adalah apa yang bakal anda dan juga pengunjung tersebut baca (kalau dia berkunjung ke sini lagi dan sudi membaca post ini.)

Sebelum saya mengulas lanjut, mari kita kaji sejarah hak cipta. Untuk sumber dari wiki, anda boleh baca sini. Hak cipta (copyright) ialah satu bentuk harta intelektual yang memberi hak ekslusif kepada penulis asalnya untuk tempoh masa tertentu berhubung dengan hasil kerjanya, termasuklah pengeluarannya, pengedarannya dan pengambilan isi-isinya yang berkuatkuasa selepas hasil kerjanya itu memasuki dunia awam. Hak cipta telah diasaskan bersama Statute of Anne di Britain, yang bertujuan untuk mempromosi sains dan seni yang berguna dengan melindungi hasil kerja tersebut dengan memberikan hak ekslusif kepada penulis dan penciptanya. (sumber: arifluqman85)

Rasulullah bersabda : "Ballighu anni walau aayah" - Sampaikan dariku walau satu ayat. Maka kita perlu sampaikan apa yang kita dah tahu walaupun sedikit.

Contohnya, dalam berdakwah. Islam sebagai ad-deen perlu kita sebarkan. Islam perlu disebarkan bukannya disimpan. Kalau ada hak cipta terpelihara, Rasulullah SAW takkan dapat sebarkan Islam sampai ke Tanah Melayu. Apabila seseorang mencipta suatu perisian, dia akan dibayar. Kalau ada yang nak membeli perisian tersebut daripadanya dan dia menjualkannya maka perisian tersebut sudah bukan miliknya lagi. Ia telah menjadi milik pembeli yang telah membayar kepadanya itu tadi.

Hak paten atau hak cipta tak boleh dibawa sampai ke mati. Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda, “Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Apakah yang dikatakan Ilmu yang bermafaat? Bukankah ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang dikongsi dan disebarkan kepada orang lain. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa ilmu saya ini tidak sehebat dan setinggi mana kalau nak dibandingkan dengan ilmu ulama', adakah ulama' tersebut memberikan anda dalil tentang hak cipta terpelihara? Sekiranya kata-kata atau fatwa ulama' itu lebih anda kagumi dan ikuti, di manakah sabda Rasulullah SAW, Nabi akhir zaman itu hendak andsa letakkan? Tidakkah anda sedar bahawa sabda Nabi SAW yang lebih patut anda ikuti daripada fatwa ulama'?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah mengatakan, “Ilmu adalah apa yang dibangun di atas dalil, dan ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Terkadang ada ilmu yang tidak berasal dari Rasulullah SAW, tetapi dalam urusan duniawi, seperti ilmu kedokteran, ilmu matematik, ilmu pertanian, dan ilmu perdagangan.”

Imam Mujahid bin Jabr rahimahullaah mengatakan, “Orang yang faqih adalah orang yang takut kepada Allah Ta’ala meskipun ilmunya sedikit. Dan orang yang bodoh adalah orang yang berbuat durhaka kepada Allah Ta’ala meskipun ilmunya banyak.”

Perkataan beliau rahimahullaah menunjukkan bahawa ada orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya, namun ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi orang tersebut kerana tidak membawanya kepada ketaatan kepada Allah Ta’ala. (sumber : sini)

Tidak saya sangkalkan bahawa ulama' itu adalah orang yang berilmu. Jika nak dibandingkan dengan saya, jauh panggang dari api. Tapi anda harus sedar bahawa ulama ada dua macam. Pertama, ulama yang ikhlas menyampaikan yang haq dan kedua adalah ulama su'. Tahukah anda apa itu ulama' su'? Untuk penerangan lanjut tentang ulama' su', anda boleh cari di web-web berkaitan antaranya ini. Saya minta maaf, kerana keterbatasan waktu, saya hanya mampu menerangkan tentang hak cipta terpelihara.

Sekian, daripada saya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat