Dengan negara Khilafah , umat Islam akan memiliki negara superpower pembawa kebaikan untuk dunia, negara pemimpin bukan pengikut yang terkebelakang.
Salah satu kelemahan utama umat Islam sekarang ini adalah ketidakmampuan untuk melihat potensi sendiri. Akibatnya umat Islam selalu menjadi negara pengikut (follower) yang diparahkan dengan penyakit rendah diri (inferior) dan mental sebagai peminta . Keadaan ini membuat umat Islam selalu bergantung kepada negara-negara Barat , tunduk mengambil ideologi Kapitalisme Barat. Meskipun Barat dengan ideologi kapitalisme sendiri sedang mengalami kemunduran yang sangat teruk.
Padahal umat Islam telah diberkahi Allah SWT dengan semua hal yang diperlukan untuk menjadi untuk menjadi negara superpower yang memimpin dunia. Umat Islam memiliki kemampuan kebendaan dan intelektual yang akan membawa manusia dari semua bangsa, warna kulit, dan bahasa menuju kemakmuran di dunia ini. Umat Islam diberkahi dengan aqidah dan ideologi yang mulia untuk seluruh alam. Yang tidak dimiliki oleh umat Islam sekarang hanyalah satu, yakni negara Khilafah yang menyatukan semua potensi itu. Dengan negara Khilafah ,umat Islam akan menjadi negara superpower yang membawa berkah bagi dunia, pemimpin bukan pengeikut.
Dalam buku Emerging World Order, The Islamic Khilafah State, Jafar Mumammad Abu Abdullah menggambarkan besarnya potensi umat Islam untuk menjadi negara superpower. Betapa tidak, dunia Islam memiliki pusat populasi yang besar, lebih dari 1,5 billion ( 23% dari populasi dunia). Sebaliknya di bahagian belahan dunia yang lain terutama di Eropah, angka pertumbuhan penduduknya cendrung negatif (menurun), angka pertumbuhan penduduk negeri sungguh menggembirakan, Alhamdulilah. Dengan begitu, Negara Khilafah Islamiyah akan memiliki angka tenaga kerja yang tinggi (18% tenaga kerja dunia). Dengan peningkatan kemampuan sumber daya manusia dunia Islam, hal ini akan menyokong produksi secara besar-besaran dan aktiviti ekonomi yang produktif.
Kekuatan gabungan ketenteraan umat Islam melebihi negara-negara utama di dunia saat ini. Berdasarkan data yang diolah dari CIA Fact Book, dunia Islam memiliki potensi untuk menjadi suatu negara superpower dengan kekuatan ketenteraan yang amat besar . Gabungan tentera aktif dunia Islam berkekuatan 5,59 juta perorangan. Jauh lebih tinggi daripada kekuatan Amerika saat ini dengan 1,47 juta perorangan tentera aktif. Adapun Rusia memiliki 1.037.000, China memiliki 2,25 juta, dan dua anggota tetap Dewan Keamanan PBB , Perancis dan Inggeris, berturut-turut hanya memiliki 0,26 dan 0,24 juta perorangan tentera aktif. Selain itu, pertumbuhan populasi yang tinggi akan membantu Negara khilafah Islamiyah membangun kekuatan ketenteraan terbesar di dunia.
Dalam hasil tanaman, umat Islam menghasilkan 29,8% bijirin sedunia, 20,7% menghasilkan kapas, 21,06% menghasilkan beras, 16,85% gandum sedunia, begitu pula menghasilkan kacang hijau yang tertinggi di dunia. Potensi yang membuat negara Khilafah boleh bersikap berdikari kerana tidak bergantung pada bantuan makanan dari luar. Negara Khilafah Islamiyah adalah negara kedua terbesar menghasilkan rami (bahan dasar industri tekstil) dan mengeksportnya (hampir 80%) ke pasaran dunia.
Di bawah kepemimpinan Negara Khilafah Islamiyah, bererti kita memiliki 72,12% cadangan minyak dunia dan memhasilkan hampir 50% produksi sedunia setiap harinya, memiliki lebih dari 61% cadangan gas dunia, 22,60% cadangan uranium, dan memiliki cadangan bijih besi yang banyak. Potensi tenaga yang demikian besar ini modal yang sangat penting untuk menjadi negara superpower.
Penyatuan Negara Khilafah Islamiyah akan mengawal lokasi-lokasi strategik utama secara geopolitik di dunia; laut, darat, dan jalan udara. Aset strategik ini akan membuat negara-negara seperti China, Jerman dan Jepun di bawah pengaruh langsung negara Khilafah . Negara superpower ini akan memiliki kawalan penuh atas jalan-jalan laut yang paling penting di dunia dari selat Gibraltar di Moroko melewati Mediterania, Bosporus,atau melalui Terusan Suez, lautan India, Selat Malaka. Itu bererti, Eropah harus menerima keinginan Negara khilafah Islamiyah atau mereka memilih menjadi negara terasingkan. Dengan Moroko di satu sisi Atlantik, Negara Khilafah Islamiyah akan mengawal urusan-urusan di Atlantik dengan baik.
Terakhir dan yang paling penting, Negara Khilafah Islamiyah akan memiliki generasi-generasi terbaik dari manusia dengan pandangan idelogi yang jelas. Sebagaimana firman Allah SWT : “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Qs. Ali Imran: 110)
Tentu saja negara Khilafah tidak akan terwujud tanpa ada yang memperjuangkannya. Kerana memperjuangkan tegaknya negara Khilafah tidak boleh ditunda-tunda lagi. Ini harus menjadi agenda seluruh umat Islam. Atau seperti kata Rasululah SAW kita akan tetap seperti buih di lautan yang meskipun banyak tapi sangat rapuh. Keadaan yang membuat kita menjadi mangsa negara –negara Kapitalisme yang rakus.
Sumber : HTIndonesia
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)