[Gambar] Aktiviti berB.A.S.I.K.A.L. menyihatkan badan

Apakah aktiviti fizikal yang anda suka lakukan?
Duduk sebentar apabila tiba di rumah nenda.
Rata-rata blogger sekarang nih suka aktiviti tarian jari jemari kan? Apa tuh? Apa lagi kalau bukan berblogging. Tetapi saya lebih suka berbasikal. Kalau diikutkan pengalaman dulu-dulu, basikal adalah kenderaan saya. Ke mana sahaja saya pergi mesti dengan basikal. Basikal juga menjadi kebanggaan buat saya, adik-beradik dan teman-teman.

Seingat saya, saya menaiki basikal seawal usia 5-6 tahun. Boleh dikatakan lewat jugalah sebab anak saudara saya seusia setahun lebih sudah menaiki basikal walaupun ia adalah basikal roda tiga. Rasanya bukan semua orang suka naik basikal apatah lagi untuk dijadikan aktiviti kegemaran.

Saya memiliki basikal sendiri tanpa berkongsi dengan adik-adik pada tahun 2000-2001 macam tuh. Masa tuh saya masih bersekolah rendah. Apa perasan anda kalau anda mempunyai hak milik sesuatu barang? Mestilah suka kan. Jadi, pergi ke mana-mana mesti dengan basikal. Ke sekolah dengan basikal. Ke kedai belakang rumah dengan basikal. Ke pekan yang jauh dengan basikal. Pendek kata, dengan basikallah.

Ilham suka naik basikal.
Ada juga kebaikan naik basikal ini. Bagi sesiapa yang nak slim dan maintain selalu, kenalah naik basikal jalan-jalan pusing taman permainan setiap petang kalau tak hujan. Lagi seronok, kalau ada adik kecil naik basikal roda tiga ikut sekali. Hekhehek. Nampak sangat comel kan.

Owh ya. Untuk penggemar basikal pasti tahu yang basikal macam ada 2 jantina. Bagi saya, basikal ada jantinanya, lelaki dan perempuan. Basikal jenis lelaki, palang dekat dengan tempat duduk tinggi manakala untuk jenis perempuan, palangnya rendah. Rendah untuk memudahkan kaum hawa yang berpakaian baju kurung atau jubah naik supaya kainnya tidak terselak. Kiranya menjaga kesopan santunan kaum hawalah. Selebihnya, saya kongsikan gambar-gambar Ilham dengan basikal.



Jadi, anda suka berbasikal?

5 comments:

  1. ye!! saya suke berbasikal. hehe. kt jepun ni shira, mmg budaya diorang berbasikal. sbb tu diorang kurus cun melecun! >.<

    ReplyDelete
  2. kenapa budak ni asyik masuk blog ni ek? :p

    ReplyDelete
  3. ita, suka sgt berbasikal.. aah, kat Jepun orang2 nya memang suka berbasikal kan.. nnt bertambah cun ler ita.. :D

    ReplyDelete
  4. soutul,

    sebab gambar budak nih je banyak dalam laptop nih.. nak buat macamana kan.. hehehe

    ReplyDelete
  5. salam :-) saya x tahu berbasikal sampailah baru2 ni, iaitu selepas berumur 33 tahun dan beranak 3 :-). Kisahnya, pd suatu hari di sebuah taman yg sunyi tatkala suami dan anak2 berbasikal, sy minta pinjam basikal suami dan terus belajar berbasikal. alhamdulillah! Slps tu kerap jugaklah saya berbasikal :-) Kalau nak kata basikal lelaki mesti berpalang tinggi, rasanya dah tak betul lagi tu. basikal suami sy basikal lipat jadi ia berpalang rendah. saya ni pulak berjubah jadi kalau pakai jubah yg besar kembangnya, insyaAllah betis tak akan kelihatan :-) (mcm tu pun saya tetap pakai seluar panjang di dlm jubah tu) ok wassalam

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat