[Sharing Is Caring] Rahsia pemakaian susuk

Rahsia pemakaian susuk
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah@utusan.com.my

MUNGKIN ramai yang pernah mendengar kaedah tradisional menyerikan wajah menggunakan susuk. Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan. Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki dan masyarakat Eropah.

Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
Susuk yang selalu diamalkan adalah susuk logam dan susuk ayat.

Pemakaian susuk bukan sahaja terhad di bahagian wajah, ia boleh dipasang pada alat kelamin. Susuk ketahanan diri juga boleh dipasang bagi tujuan tertentu. Susuk dikatakan untuk awet muda, kelihatan cantik, mempesona dan kekuatan diri.

Menurut seorang bomoh artis, Awang Mohd. Haji Yahya yang lebih dikenali sebagai Pak Awang, susuk menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu dan tidak sesuai menggunakan botox.

Tujuan

Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif. Sebelum memakai susuk, seseorang perlu tahu tujuan mereka memilih kaedah itu. Misalnya, Pak Awang tidak menggalakkan orang Islam memilih susuk logam kerana ia jelas haram di sisi agama.

Pemakaian susuk tidak mengambil masa yang lama. Ia boleh dilakukan dalam masa 20 minit untuk susuk logam manakala kurang sejam untuk susuk ayat.

Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.

Sebelum seseorang itu dipakaikan susuk, syarat dan kesan-kesan pemakaian akan diterangkan.

Biasanya, penerangan menyentuh tentang jenis susuk yang sesuai, susuk yang dilarang, syarat dan pantang larang yang perlu dipatuhi pemakai.

''Contohnya kita memberitahu susuk apa yang dibenarkan dan tidak menyakitkan pemakai dan susuk yang terlarang," ujarnya.

Dalam pertemuan singkat itu, Pak Awang turut menunjukkan teknik-teknik pemakaian susuk . Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingini.

Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.

Kain yang dipotong kecil akan diletakkan di tempat yang ditanda supaya susuk yang dimasukkan meresap ke dalam muka atau badan pemakai.

Akhir sekali, Pak Awang akan menutup kepala pemakai sehingga ke paras hidung menggunakan kain kuning manakala kain merah ditutup dari paras muka ke leher selama 10 ke 15 minit.

Tujuannya juga supaya susuk itu meresap ke tubuh badan. Selepas itu kain yang sama digunakan untuk mengebas badan pemakai.

Pak Awang turut menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan bomoh yang mungkin menyamar sehingga sanggup mengenakan syarat yang tidak logik seperti melakukan seks sebelum memasang susuk.

Peringatan beliau lagi, masyarakat harus mempunyai niat yang betul sebelum memakai susuk supaya tidak bertentangan dengan syariat agama.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/4/2011


Rencana Kapitalisme: Kecantikan Dunia Atau Syurga Allah Menjadi Dambaan Wanita Muslimah?

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Itulah pantun dua kerat yang sesuai ditujukan kepada sekelompok orang yang masih menganggap pemakaian susuk mempunyai rahsianya tersendiri. Apa tidaknya, pemakaian susuk bukannya amalan kecantikan yang asing dalam masyarakat Melayu sejak lama dahulu. Ditambah pula dengan propaganda Barat ke atas golongan wanita yang melabelkan wanita yang mempunyai fizikal yang menarik pada pandangan mereka adalah wanita cantik. Termakan dek janji-janji kufur dari Barat itu, wanita Muslimah sanggup menggadaikan janjinya pada Allah untuk taat kepada perintah dan larangan Allah ketika mereka masih dalam rahim ibu-ibu mereka.

Pemakaian susuk, biasanya melibatkan ilmu sihir. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi untuk mengubat penyakit tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Sesungguhnya sihir itu haram dan boleh membawa kepada syirik seperti disebut dalam satu hadis: "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." [Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah]. Susuk ada persamaannya dengan peniup simpul ini iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan atau dibiarkan menyerap ke dalam tubuh.

Sesungguhnya Allah menyuruh kita berlindung diri kepada-Nya dari kejahatan tukang sihir dan bukannya bergantung kepada mereka untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan. Allah firman: "(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." [TMQ al-Falaq (113):4]. Rasulullah juga ada menyuruh kita menjauhi sihir dalam sabdanya: "Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nab SAW, yaitu: 1) Menyekutukan Allah; 2) Sihir; 3) Membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) Makan harta riba; 5) Makan harta anak yatim, 6) Lari dari peperangan; 7) Menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kesan buruk bagi pemakai susuk ini ialah ia amat mampu mempengaruhi mereka agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar. Jadi pengharamannya sama seperti haramnya percaya kepada tangkal dan objek-objek lain. Selain itu, wanita, Islam hanya dibenarkan berhias untuk suaminya semata-mata dan bukan menunjuk-nunjuk kepada orang lain apatah lagi untuk bermegah-megah.

Ingatlah semula wahai Muslimah sekalian!

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melarang hamba-Nya daripada meniru, mencontohi atau mengikuti (Tasyabbuh) orang kafir, baik dalam kekhususan mereka, kebiasaan, ibadah maupun akhlak dan perilaku. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalannya orang orang yang tidak beriman, Kami biarkan ia leluasa dengan kesesatannya (yakni menentang Rasul dan mengikuti jalan orang-orang kafir, pen.) kemudian Kami seret ke dalam Jahannam. Dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” [TQM: An-Nisa’ (4):115]

Rasulullah SAW juga melarang perbuatan yang sama dalam hadis baginda: “Dan barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka berarti dia termasuk golongan mereka.” [HR Ahmad dan Abu Daud]

Jika kenikmatan, kebahagiaan atau kebanggaan yang anda inginkan daripada kecantikan fizikal yang sebenarnya hanya tipu daya dunia itu, maka marilah kita renungi semula ayat Allah ini: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga [taman-taman] dan [di dekat] mata air-mata air [yang mengalir] .[Dikatakan kepada mereka]: " Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman. Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas tempat duduk. Mereka tidak mengenal penat di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.” [TMQ al-Hijr (15): 45-48]

Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menilai manusia dengan ukuran ketaqwaan untuk meninggikan darjat seorang manusia dibanding manusia lain. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.” [TMQ al-Hujurat (49]: 13]. Jadi, sebagai individu muslim, tinggalkanlah amalan syirik ini dan bergantung haraplah sepenuhnya pada Allah. Dan dalam masa yang sama, sama-samalah kita berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi dengan pemerintahan Daulah Khilafah agar segala amalan syirik ini dapat dihapuskan daripada akar umbinya.

Wallahua’alam. (Sumber : MyK)

10 comments:

  1. ish2..mcm2 zmn skrg..sb nak cantik..takkan kekal..yg kekal hanya Allah..

    ReplyDelete
  2. mmg mcm2 kan dorang sekarang nih kak maera..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...
    Semoga Allah pelihara kita dari perkara2 yg x memberi manfaat di akhirat....

    ReplyDelete
  4. nice sharing...
    aku xfaham la kenapa ade org masih degil nak pakai susuk2 nih?
    mereka ni xfaham ke hukum agama? atau mereka xmakan saman dengan kes2 kesan pemakaian susuk ini?
    xcantik sangatkah dengan wajah mereka sampai memakai susuk?
    banyak persoalan ditimbulkan...
    cuma mereka perlu dididik supaya hindarkan dri drpd memakai susuk.. nanti tua2 pun akan kerepot juga...

    ReplyDelete
  5. haa..lepas baca artikel ni memang terfikir ada ke susuk yg halal? *pelik*

    ReplyDelete
  6. ada susuk hala ya ..
    tapi baca artikel ini pak awang mcm org yg dah biasa dgn susuk .. mgkin dia lebih mengetahui
    janji tahu bezakan yg halal dan haram .. :)

    cantik luar sahaja x guna , kena cantik dlamaan juga .. betul tak ?? :))

    ReplyDelete
  7. @BaiTiL a'tiQa,

    kalau tak silap saya sebab saya pernah terbaca akan ini, Subhanallah untuk memuji kebesaran Allah..

    kalau perkara-perkara yg mcm nih, kena beristighfar (astagfirullah)..

    betulkan kalau saya silap ye..

    ReplyDelete
  8. @nas,

    kita tak boleh nak menyalahkan diorang 100%. dan kadang-kadang bukan mereka tak faham hukum hakam agama..

    tapi sebab mereka terpedaya dengan tipu daya Barat yg menggambarkan perempuan cantik itu bagaimana. mereka terjerat dgn iklan2 atau media2 yg menampilkan perempuan2 cantik sebagai tatapa umum.

    dan perkara2 ini takkan berlaku sekiranya ada penerapan hukum dan syariat Islam yg diterapkan negara.


    manusia tak pernah puas..sebab tuh dah cantik, nak cantik lagi..

    ReplyDelete
  9. @Zeeqa ~ Ajie,

    tuh lah kan.. ade ke?? hehehe

    ReplyDelete
  10. betul tuh kak ieda, kena cantik luar dan juga dalam.. ;)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat