Pastinya sembang-sembang dengan si ayah akan membawa kesimpulan yang bermakna. Apa? Pengajaran dan pembelajaran. Kata orang PNP. Kita diajar dan kita juga kena mengajar atau menyampaikan apa yang telah kita perolehi kan.
Untuk semalam pagi, pemanduan saya tertumpu di jalan raya tapi pendengaran saya menangkap setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut si ayah. Perbincangan ringan akhirnya memberikan saya ruang untuk bertanya. Soalan mudah sahaja,
"ikhlas itu wajib?"
"aah, WAJIB. kalau tak ikhlas, berdosa."
"angah ingat sunat je. sebab ingatkan tak buat tak dapat pape, buat dapat pahala. rupanya tak buat dapat dosa eh."
Akur dengan penerangan si ayah. Suasana sesekali sepi namun kereta yang dipandu tetap lancar menelusuri lebuh raya. Ikhlas hukumnya wajib. Dalilnya banyak sama ada dari al-Kitab mahupun as-Sunah. Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. (TQS. az-Zumar [39]: 2)
Katakanlah, “Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku”. (TQS. az-Zumar [39]: 14)
Ayat-ayat di atas merupakan seruan kepada Rasulullah SAW., hanya sahaja sudah dimaklumi bahawa seruan kepada Rasulullah SAW. adalah juga seruan kepada umatnya. Adapun dalil wajibnya ikhlas dari as-Sunah adalah :
Hadis dari Ubay bin Ka’ab RA. riwayat Ahmad, ia berkata dalam al-Mukhtarah, isnadnya hasan; Rasulullah SAW. bersabda:
"Berikanlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemegahan, keluhuran, pertolongan, dan keteguhan di muka bumi. Siapa sahaja dari umat ini yang melaksanakan amal akhirat untuk dunianya, maka kelak di akhirat ia tidak akan mendapatkan bahagian apa pun."
Manakala hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hâkim, ia berkata hadis ini shahih memenuhi syarat al-Bukhâri Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:
"Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT. sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah."
Kalau nak tahu keterangan lanjut, boleh je baca kat sini, Pilar-pilar Pengokoh Nafsiyah Islamiyah. Nak download terus pun boleh, sebab ia adalah sebuah buku. ^_^. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita buat sesuatu tak ikhlas. Saya lebih cakapkan diri sendiri. Lepas nih, niat memang akan ikhlas lillah.
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)