Sumber : Sini |
Nota : Sila klik ayat atau tulisan yang di'highlight' oren jika anda telah membacanya.
Jika sebelum ini saya ada menceritakan tentang kegembiraan di zaman kanak-kanak saya, di sini saya kongsikan akan kesinambungan persoalan saya tentang keamanan Malaysia. Umum mengetahui ramai yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa polis dalam membanteras sesuatu jenayah atau apa-apa kes yang melibatkan polis.
Terbaru kes kematian adik Aminulrasyid yang ditembak oleh polis kerana didakwa ahli kumpulan samun. Di sini ada beberapa kenyataan oleh pelbagai lapisan masayarakat ; a) Keadilan Buat Aminulrasyid dan b) Kenyataan Media GAMIS.
Untuk penerangan lanjut, sila buka minda anda dengan pemikiran yang jernih akan isu ini. Semoga anda sendiri menyedari mengapa kes sebegini berlaku dan ia melibatkan pihak berkuasa polis.
POLIS BUKAN PEMBUNUH BERLESEN!
Gempar seluruh negara dengan kisah terbaru keganasan polis ke atas orang awam ini, apatah lagi ia melibatkan seorang remaja. Siapa yang tidak terkejut dan sakit hati mendengar berita sebegini, apatah lagi dalam keadaan orang ramai yang sememangnya tidak berpuas hati terhadap polis dengan pelbagai ‘karenah’ pihak yang paling berkuasa di Malaysia itu. Kalau pun remaja berkenaan tidak mempunyai lesen dan memecut laju, persoalannya, apakah perbuatan ini wajar dibalas oleh polis dengan tembakan bertubi-tubi dari arah belakang? Pihak polis walaupun berjanji untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terbuka, namun dalam masa yang sama tetap cuba ‘membela’ anggotanya dalam kejadian ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak prejudis dengan pihak polis. Usaha polis, khususnya Ketua Polis Negara sendiri yang cuba mempertahankan tindakan anggotanya yang jelas-jelas telah menembak mati remaja berkenaan, hanyalah menambah kemarahan orang ramai terhadap sikap polis. Faktanya, Aminulrasyid telah mati ditembak oleh polis hanya kerana memecut kereta yang dipandunya dan memintas kereta peronda polis.
Nampaknya kisah polis menembak orang awam kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Sebelum ini polis menembak mati seorang pemuda yang mengamuk, Mohd Taufiq Norzan, 21, di Kampung Guar Sanji, Arau, Perlis. Kejadian yang berlaku pada 15 November 2009 sekitar 8.15 pagi di Tapak Pasar Sehari Guar Sanji itu dikatakan berpunca dari rasa marah pemuda berkenaan terhadap rakan-rakannya yang meninggalkannya seorang diri dan terpaksa pulang dengan berjalan kaki dari Alor Setar ke rumahnya sejauh lebih kurang 50-60km. Dia akhirnya panas baran dan mengamuk lalu ditembak oleh polis. Rakyat juga tidak akan lupa kes polis melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup yang terkena dua orang pemuda di Batu Buruk, Terengganu pada 8 September 2007 ketika mereka ingin menghadiri satu ceramah. Aswandi, salah seorang mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan selama 4 jam untuk mengeluarkan peluru dari badannya. Kes ini adalah antara yang ‘bernasib baik’ kerana mangsanya masih hidup dan dapat menceritakan sendiri apa yang berlaku.
Begitu juga dengan kes yang agak baru di mana mangsa masih hidup dan dapat menceritakan keganasan polis ke atas dirinya dan rakannya. Pada awal pagi 30 Oktober 2009, Norizan Salleh telah ditembak polis ketika berada dalam kereta dan ditendang sehingga patah dua tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Menurut Norizan, polis mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilepaskan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa henti. Setelah keretanya berhenti, pintu kereta dibuka dan polis menghalakan pistol ke arahnya. Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya. Dengan bantuan dari parti pembangkang dan juga peguam, Norizan berjaya menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebanyak dua kali, namun tidak ada respons hingga kini. Memorandum yang sama sebelumnya telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari lalu dan selepas itu ke Suhakam pada 11 Februari [harakahdaily.net].
Selain dari berita-berita tembakan langsung oleh polis terhadap orang awam yang masih tidak diketahui apa kesalahannya, kita juga sering dikejutkan dengan kes-kes kematian suspek yang berada di bawah ‘jagaan’ polis. Secara rasmi, tercatat sebanyak 66 kematian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kalangan tahanan pasukan itu sejak 2005 hingga Februari lalu. Hishammuddin berkata, 46 daripada kes kematian dalam tahanan polis disebabkan penyakit. Sementara itu, katanya, 19 kes kematian lagi berpunca daripada tindakan seperti bergaduh dan menggantung diri manakala satu lagi kes disebabkan penggunaan kekerasan [UM14/04/10].
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, semasa menjawab soalan Lim Kit Siang dalam salah satu sidang Parlimen menyatakan, sepanjang tahun 1990 sehingga 2004 seramai 150 orang telah mati dalam lokap/tahanan polis. Menurut Abdullah, punca kematian adalah HIV (31 kes), Asma (8), sakit jantung (3), lain-lain penyakit (60), bunuh diri (33), bergaduh sesama OKT (5), pendarahan otak (3), lari dari tahanan (6) dan tergelincir dari bilik lokap (1) [www.dapmalaysia.org]. Dari data rasmi yang dikemukakan, kita sungguh hairan melihat ‘cara/punca’ kematian tahanan-tahanan tersebut kerana sebahagian besar dari mereka mati akibat penyakit. Nampaknya kebanyakan dari ‘penjenayah’ di Malaysia adalah terdiri dari mereka yang tidak sihat dan menghidapi pelbagai jenis penyakit dan penyakit mereka menjadi semakin serius apabila berada di dalam tahanan polis sehingga mereka mati kerananya. Juga, sungguh menakjubkan kerana sebahagian mereka berjaya mencari jalan untuk ‘membunuh diri’ dalam lokap yang serba kekurangan itu. Selain itu, mereka juga suka bergaduh sesama sendiri dan polis yang menjaga atau menyaksikan tahanan yang bergaduh itu tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan mereka sehingga ada yang terus mati kerana pergaduhan. Apapun, dari data-data yang dikemukakan kerajaan, jelas menunjukkan bahawa pihak polis tidak bersalah!
Dari paparan berita oleh media massa, rakyat kini sudah tidak lagi berasa aman dengan polis. Polis yang sepatutnya melindungi rakyat dan menjaga keamanan, namun realitinya telah menimbulkan ketakutan dan kegusaran kepada rakyat. Semua ini menjadikan imej polis bukan sahaja tercalar, malah telah terkoyak rabak kerana keganasan yang dilakukan oleh mereka ke atas rakyat. Berdasarkan statistik, ia bukan lagi persoalan seekor kerbau terpalit lumpur, malah beratus-ratus ekor kerbau kini sudah memalitkan diri mereka dengan lumpur. Ironinya, tidak ramai anggota polis yang didakwa atas salahlaku mereka, dan jika ada yang didakwa sekalipun, mereka sering didapati tidak bersalah dan akhirnya dibebaskan oleh mahkamah. Banyak peristiwa, baik yang disaksikan di depan mata mahupun yang dilapor, menunjukkan bahawa undang-undang itu berada di tangan polis. Pihak polis seolah-olah ‘kebal’ dari segala tindakan undang-undang kerana merekalah ‘undang-undang’. Maka wajarlah sekiranya rakyat tidak berpuas hati dan membenci polis sehingga ramai pihak yang menempelak bahawa PDRM (Polis Di Raja Malaysia) hakikatnya adalah PRDM (Polis Raja Di Malaysia)!
Penyelesaian Masalah Menurut Islam
Keluarga mangsa dan juga YB Khalid Samad selaku ahli Parlimen Shah Alam yang tidak berpuas hati dengan kematian Aminulrasyid menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi menangani kes ini. Namun kerajaan hanya menubuhkan sebuah panel khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar dan tiga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) adalah antara enam pakar yang dilantik menganggotai panel khas tersebut bagi memantau siasatan polis. Panel itu turut dianggotai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek dan Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim [BH 05/05/10]. Khalid menyifatkan panel lapan anggota yang ditubuhkan itu hanyalah sandiwara Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mencantikkan siasatan polis [harakahdaily.net].
Kita akui memanglah teramat sukar untuk menyelesaikan kes ini selama mana kita masih berada di bawah tempurung sistem pemerintahan sekular yang memisahkan agama dari kehidupan. Ibarat berada dalam sebuah rumah yang roboh dengan segala tiang, dinding dan bumbungnya sudah reput, mustahil ia dapat dibangunkan semula. Kita sesungguhnya memerlukan sebuah rumah yang baru dan sempurna sepenuhnya, barulah kehidupan baru dapat dijalankan dan semua masalah dapat diatasi. Justeru, bagaimanakah kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan seadil-adilnya apabila bukan hukum Allah yang dijadikan pegangan? Sesungguhnya keadilan itu hanya wujud dan dapat dijalankan apabila hukum Allah itu berjalan. Kini, kesemua kes diselesaikan mengikut perundangan kufur yang sedia ada ataupun mengikut akal-akal manusia yang langsung tidak berpedomankan wahyu. Oleh itu, sudah barang pasti keadilan tidak akan dapat dicapai, walau ‘sepakar’ mana sekalipun manusia itu.
Tugas polis di dalam Islam adalah untuk menjaga sistem Islam, menjaga keamanan dalam negara dan melaksanakan seluruh aspek implementatif. Hal ini sesuai dengan hadis Anas bin Malik,
“Sesungguhnya Qais bin Saad di sisi Nabi SAW memiliki kedudukan sebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir [HR Bukhari].
Imam at-Tirmidzi juga telah meriwayatkannya dengan redaksi,
“Qais bin Saad di sisi Nabi SAW berkedudukan sebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir. Al-Ansari berkata, iaitu orang yang menangani urusan-urusan kepolisian”.
Hadis ini menunjukkan bahawa polis berada di sisi penguasa. Maksudnya polis berperanan sebagai kekuatan implementatif yang diperlukan oleh penguasa untuk menerapkan syariah, menjaga sistem Islam dan melindungi keamanan, termasuk melakukan kegiatan rondaan (patrol). Aktiviti rondaan itu adalah meronda untuk mengawasi dan menangkap pencuri atau orang yang berbuat kerosakan/kejahatan atau orang yang dikhuatiri melakukan kejahatan. Abdullah bin Mas‘ud bertindak sebagai ketua peronda pada masa Abu Bakar. Manakala Umar bin al-Khaththab melakukan rondaan sendiri dan kadang-kadang ditemani oleh Abdurrahman bin Auf.
Apa yang menjadi isu sekarang ialah ‘tindakan pelaksanaan’ oleh polis semasa menjalankan tugas di mana polis telah melepaskan tembakan bertubi-tubi sehingga mati ke arah orang yang memandu kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah ini dibenarkan oleh Islam? Walaupun kita bukanlah hakim yang ingin memutuskan kes ini, namun sebagai Muslim, kita hendaklah melihat kepada aspek fikrah (pemikiran) dan thariqah (metode) Islam dalam menyelesaikan setiap masalah, bukannya merujuk kepada undang-undang kufur yang ada pada hari ini. Di dalam Islam, segala urusan yang melibatkan persengketaan di antara Negara (Khalifah dan penjawat awam) dan rakyat, wajib diselesaikan oleh Qadhi/Mahkamah Mazhalim. Polis adalah di antara penjawat awam yang berada di bawah struktur pemerintahan negara sebagai pelaksana undang-undang (syariah).
Justeru, jika berlaku sebarang bentuk pelanggaran atau kezaliman oleh pihak polis mahupun penjawat awam lainnya, maka hal itu mesti dirujuk kepada Qadhi Mazhalim. Kata mazhalim berasal dari ‘zalim’ yang terdapat dalam hadis dari Anas yang mengatakan,
“Pada masa Rasulullah harga-harga melambung tinggi, lalu orang ramai mencadangkan kepada Rasulullah ‘Wahai Rasulullah, kenapa tidak harga ini engkau tetapkan saja.’ Kemudian baginda besabda ‘Sesunguhnya Allah-lah Yang Maha Mencipta, Maha Menggenggam, Maha Melapangkan, Maha Memberi Rezeki, yang berhak menetapkan harga ini. Dan aku mahu menghadap Allah Azza Wa Jalla tanpa seorang pun yang menuntut kepadaku kerana kezaliman yang telah aku lakukan terhadap dirinya, baik dalam hal darah atau harta.”
Islam menetapkan bahawa Qadhi Mazhalim mestilah seorang mujtahid kerana kedudukannya yang amat penting dan tugasnya yang amat berat (yakni) menyelesaikan persengketaan di antara negara (termasuk Khalifah sendiri) dengan rakyat. Apa yang pasti, di dalam Islam tidak pernah wujud mahkamah sivil sebagaimana yang ada pada hari ini dan tidak perlu adanya sebuah suruhanjaya mahupun panel khas untuk menyelesaikan persengketaan atau tindakan kezaliman dari pemerintah (dan kakitangan pemerintah) terhadap rakyat.
Hadis di atas menunjukkan bahawa apabila tindakan seseorang penguasa menyimpang dari ketentuan yang hak atau menyimpang dari hukum-hukum syarak (baik dalam masalah darah atau harta), maka tindakan itu adalah sebuah kezaliman. Demikian juga halnya dengan tugas-tugas penguatkuasaan pemerintahan atau pentadbiran yang dilakukan oleh penjawat-penjawat awam, apabila tindakan mereka menyimpang dari ketentuan yang hak ataupun bertentangan dengan hukum-hukum syarak, maka sudah semestinya tindakan tersebut adalah sebuah kezaliman, atau dengan kata lain termasuk perkara yang mesti diadili oleh Mahkamah Mazhalim. Dari sinilah para ulama mengambil istilah Qadhi Mazhalim dan seterusnya menetapkan bahawa ini adalah af’al (perbuatan) yang telah dilakukan oleh Nabi SAW dan ianya menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk mengikutinya. Pengadilan Mazhalim pada masa Rasulullah telah diselesaikan oleh baginda sendiri. Perkara yang sama juga dilakukan oleh khalifah-khalifah selepasnya sehinggalah ke zaman pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan [lihat Ajhizah Daulah al-Khilafah Fi al-Hukum wa Al-Idarah, Hizbut Tahrir].
Inilah cara penyelesaian yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bagi kes-kes seumpama ini di mana wajib ada sebuah Mahkamah Mazhalim yang menjadi tempat aduan rakyat dan tempat untuk meluruskan salahlaku atau kezaliman pemerintah dan orang-orang bawahannya ke atas rakyat. Mahkamah Mazhalimlah yang berhak menjatuhkan keputusan terhadap kezaliman-kezaliman tersebut setelah kes tersebut dibicarakan mengikut ahkamul bayyinat (hukum-hukum pembuktian) di dalam Islam. Sesungguhnya keadilan Islam ini hanya akan dapat kita jalankan apabila Daulah Khilafah berdiri dan menaungi kita semua.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita wajib berusaha mengganti sistem yang buruk ini kepada sistem Khilafah. Kita telah dan sedang menyaksikan pihak yang sepatutnya menjaga keamanan malah sebaliknya menjadi pihak yang menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman. Kita tidak akan mempersoalkan pihak polis jika mereka benar-benar bertindak menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat, tidak terlibat dengan rasuah, penyelewengan kuasa atau lain-lain bentuk kejahatan. Kita bersyukur jika mereka benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka menurut Islam. Namun yang menjadi persoalan kita adalah apabila melihat terlalu banyak kejadian yang tidak dapat dinafikan di mana pihak polis menembak orang awam dan menyeksa tahanan sehingga mati. Lebih buruk, apabila anggota polis yang terlibat terlepas dari sebarang hukuman, yang menggambarkan seolah-olah polis adalah sebagai pembunuh berlesen! Sampai bilakah polis mahu sedar bahawa tugas mereka sebenarnya adalah tugas yang mulia, sekiranya mereka menjadi pelaksana kepada hukum Allah dan Rasul. Namun ia menjadi satu tugas yang hina apabila mereka menjadi pelaksana dan penjaga kepada undang-undang kufur, menjadi penjaga, pak turut dan penjilat penguasa yang zalim. Walaupun senjata api ada di tangan mereka, namun mereka hendaklah ingat bahawa api neraka Allah menanti mereka jika mereka menyalahgunakan senjata api mereka untuk membunuh manusia tanpa hak. Firman Allah,
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah (neraka) Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka serta menyediakan azab yang besar baginya” [TMQ an-Nisa’ (4):93].
Institusi kepolisian negara memang semakin dalam keadaan tenat. Ini di dorong faktor sekularism yang ditinggalkan penjajah, namun Malaysia masih setia menggunakannya walaupun telah berabad melaungkan 'merdeka'..
ReplyDeleteApalah erti kemerdekaan jika kita masih dicengkam dengan undang2 barat dan cara hidup barat... kembali pada hukum Allah ialah penyelesaian terbaik..
P/s : pasni, sape2 x de lesen jangan naik motor atau kereta... Awas dirimu diperhati... Nyawamu di hujung pistol...
I'm not taking any side on this as we, the malaysians are never exposed to any firsthand source of what really happened.
ReplyDeleteIt is logical for parents to be protective to their children. Yet, it is not logical to have a 15 year old boy hanging out late at night. Driving car recklessly and run away after seeing the police.
It is not logical too for the police to suddenly shoot the car as they please, they must have reasons for that. The police are doing their job from what I see.
However if what were testified by the friend was true that he got beat up by the police, then I feel that is wrong. Then again, how come a 15 year old boy (his friend) got beaten up and be able to escape from the policemen?
We can only make assumptions and jump to conclusions, but we don't know the truth. The boy might be lying in his testimony. So do the police might be covering something up. All these mights are making things blurry. Therefore, I reckon we take this as a good example for us. Especially parents, be aware what your children are doing. Especially late at night, under 18 should not be allowed to go lepak2 at night to prevent such cases. And all these could only be done by parents with stricter rules at home to their own children for their own sake.
Jazakallah khair.
Mujahiddin Muda -
ReplyDeletebila anta tinggalkan pesanan, teringat ana akan apa yang sahabat ana katakan, "From now on, you should start putting a gigantic bumper sticker, "Another Innocent Civilian On Board, DO NOT SHOOT!" whenever you r driving"
Para polis adalah insan-insan yang diberikan amanah dan tanggungjawab yg berat utk menjaga keamanan negara.. Dan ia merupakan tugas yg mulia.. Tapi dek kerana tugas yg digalas lebih utk menjaga kepentingan pihak2 tertentu, maka tugas mereka menjadi tidak mulia.
Wallahualam..
.................................
Reverie Malaya -
Okay, i agree with u when u said that we're never exposed to any firsthand source of what really happened.
Also, it's normal when parents tend to protect him bcoz he is their child and many people said that he was a good boy. Nowdays, parents let their children hanging out till late of night. This is should not be happen.
Whatever it is, the parents out there should be aware of what your children are doing..
Thanks rev for ur opinion..
to WM : Yeah.. i think i should it when driving... =p
ReplyDeleteto reverie :
yeah.. maybe police have a reason to shoot them... but although whatever reason, they in under age and they not attacking the police... they just run when they were pursue by policemen.. It's normal when they in apprehension caused they had violate another car.. they not armed with something.. It's not logical and reason to police to shoot them..
It in my opinion... however, we wait and see the final result in investigation... Tq reverie for your opinion...
saya setuju 100% artikel ini.. mmg sungguh tidak wajar polis melepaskan sesuka hati tembakan kepada pesalah.. apatah lagi pesalah yg tidak membahayakan sesiapa pun terutama polis.. jika dikatakan bahaya (aminulrasyid menggunakan senjata api), barulah kes ini dikatakan wajar n patut polis mempertahankan polis..
ReplyDeleteutk menyalahkan pihak polis 100% rasenye x wajar. sebabnye. orang ramai hanye tahu menuding jari sahaja disebabkan mangsa kejadian ini adalah seorg remaja. cube kite nilai dr sudut berbeza pula.
ReplyDeletepolis pon manusia biasa. polis dah beri warning, suroh kereta tersebut berhenti. tapi boleh berkejar2an 6KM. kalau kite seorang anggota polis, dilema yg polis hadapi kita xtaw.. nak selamatkan negara, nak selamatkan
dr sndri lagi.. am i rite..? and polis tu pon tak tahu, yg die kejar tu penjenayah jenis ape. sampai melarikan dr dan bekeja2 6km.. bila tayar kereta ditembak, kereta terbabas, tapi. membahayakan polis jugak. kereta tu undur, MEMBAHAYAKAN polis juga. so, macam mana..? kita rakyat malaysia ada undang2.. kalau polis tahan, berhenti.. jgn lah sampai membahayakan pihak polis pulak..~ so..kita tunggu jelah keputusannya.. ~ TUHAN KAN MAHA ADIL..
parents juga harus memantau kelakuan dan pergerakan anak2.. utk keselamatan....:)
Menyalahkan polis dan tidak menyalahkan polis adalah suatu hal. Namun hal almarhum adik aminul rashid telah terjadi, iaitu beliau ditembak, dari arah belakang. Apakah benar pihak polis telah menerima ancaman daripadanya sehingga perlu ditembak mati? Pihak polis memang wajar 'dikesiankan' kerana mereka hidup untuk menjaga undang-undang kufur yang diterapkan dalam negara. Undang-undang yang menyebabkan mereka sendiri tersepit. Undang-undang yang menyebabkan banyaknya berlaku jenayah dan penyimpangan, yang justeru membahayakan diri mereka. lebih merbahaya apabila nyawa mereka dipertaruhkan di bawah naungan institusi perlembagaan kufur, yang bertolak belakang dengan Islam. Wajarnya polis merenung ayat Allah dalam surah Ali-Imran: "Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia termasuk orang-orang yang zalim"
ReplyDeleteAsif...tersilap, bukan surah Ali-imran, tetapi surah Al-Maidah, ayat 45
ReplyDeleteHari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
ReplyDelete