Soalan:
Bolehkah seorang lelaki dan wanita yang sudah bertunang, duduk atau berjalan berdua, sama ada di tempat terbuka atau di tempat persendirian?
Jawapan:
Maksud pertunangan dalam Islam
Pertunangan menurut Islam adalah muqaddimah kepada perkahwinan. Ia diharuskan (mubah) dalam Islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali calon pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Dalam bahasa Arab, bertunang disebut sebagai khitbah. Khitbah yang diterjemah maknanya ke Bahasa Melayu bermakna “melamar” wanita untuk dijadikan bakal isteri. “Melamar” bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah melibatkan ‘tempoh’ berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang oleh masyarakat. Khitbah juga bermakna proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.
Hukum syara’ berkaitan interaksi antara lelaki dengan perempuan
Islam menerangkan hukum-hukum yang mengatur hubungan antara lelaki dengan wanita dengan begitu jelas dan terperinci. Menurut ajaran Islam, prinsip asas interaksi antara lelaki dengan perempuan bukan mahram adalah terpisah. Ini bermakna, berkumpul (ijtima’), bercampur-baur (ikhtilat) ataupun berdua-duaan (khalwat) antara lelaki dan wanita bukan mahram sama ada bertunang ataupun tidak, hukumnya adalah haram.
Banyak dalil yang menunjukkan pemisahan antara dua jantina ini, dan banyak hadis yang menjelaskan hukum yang berkaitan hal ini sama ada di tempat umum mahupun khusus. Tempat umum adalah seperti masjid, lorong-lorong dan tempat berjual beli yang mana, sesiapa sahaja boleh berada di tempat itu tanpa keizinan sesiapa. Tempat khusus seperti rumah pula tidak boleh dimasuki orang luar tanpa keizinan pemiliknya, meskipun hanya untuk menjenguk apa yang ada di dalamnya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat. Jika kamu tidak menemui seseorang di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: ‘pulang sajalah’ maka hendaklah kamu pulang. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [TMQ an-Nur (24):27-28].
Berkenaan dengan larangan ijtima’ dan ikhtilat di tempat umum, Abu Dawud telah meriwayatkan hadis-hadis seperti di bawah:“Rasulullah S.A.W melihat kaum lelaki dan perempuan di luar masjid bergerak bersebelahan antara satu sama lain. Baginda S.A.W menahan kaum perempuan lalu berkata, ‘Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan ini, adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi dinding." [HR Abu Dawud].