Hadiah 1st Giveaway daripada Blogger Crafty Mommy!!

Rasa saya blog ni sudah jadi macam-macam dah. Ada pelbagai jenis entri. Terbaru, entri untuk pelbagai jenis giveaway. Huhh. Tapi apakan daya, ada memori yang perlu dicipta dan ditulis. Dan ia perlu dicoretkan di sini, di blog saya sendiri. Kalau tak, kat mana lagi kan? :P

Januari 2013 telah melabuhkan tirainya. Dan ramai blogger yang membuat segmen/giveaway sempena awal tahun 2013. Ada juga yang baru memulakan giveaway (GA) untuk lebih merapatkan ikatan persahabatan antara blogger-blogger di Malaysia khususnya. Tapi anda tak percaya? Boleh refer google. Mesti banyak tajuk entri GA atau Segmen. Hiks. Atau anda boleh klik sini, sini dan sini juga.

Tidak kurang juga yang membuat GA melalui laman sosial facebook. Dan saya tidak ketinggalan untuk menyertainya. Untuk kali ini, saya berjaya mendapatkan hadiah yang disediakan (nampak agak yakin dan berlagak di situ, hiks) Soalannya mudah saya kira. Pemilik FB memberikan satu gambar seperti di bawah,


Boleh rujuk di sini dan sini ye kawan-kawan.

Dan soalannya adalah : Orang pertama yang dapat teka tema untuk bantal Felt kali ni entitled untuk bantal Felt bersaiz A4 PERCUMA.

Dan Alhamdulillah, saya dapat.. :) Nak tengok hadiahnya?





Comel kan? So, kalau nak order boleh terus ke blog beliau ya di Crafty Mommy. Terima kasih cik Bella. :)

4 comments:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat