3 Persoalan Pokok : Sudah Terjawabkah??


Dinner 07/08 and Pharmacy Interaction Day 08/09


Visited to Selayang Hospital

Pictures: Thanks to my friend, Aridza Amran for the beautiful editing photoshop.. May Allah bless our friendship..


"Annual Grand Dinner of Pharmacy 2008/2009,

14th March 2009,

5 Star Hotel (Somewhere in KL),

Themes : Fantasy (everyone should follow the theme)"

Lebih kurang 2 hari lepas, 6hb Februari 2009 (Jumaat) di dewan kuliah, kami dihadiri beberapa orang senior untuk menerangkan serba sedikit (sebanarnya banyak) berkenaan makan malam farmasi yang akan diadakan tidak lama lagi memandangkan ramai (pelajar-pelajar tahun dua, saya rasalah) yang masih tertanya-tanya dan keliru berkenaan tema pakaian pada makan malam nanti. Penerangan berkenaan tema pakaian majlis makan malam tersebut mengambil masa beberapa minit dan dengan bersemangat betul senior tersebut menjelaskan karekteristik pakaian yang perlu dipatuhi oleh rakan-rakan saya. Sebenarnya, tema pakaian telah diperluaskan menjadi fantasi (sebab katanya skop lebih luas). Tema asalnya adalah 'fairytale'. Gah bunyinya kan.. Subhanallah, apalah yang kawan-kawan saya ni fikir?? Majlis makan malam pun nak bertemakan Barat ke..?? Panjang ana berfikir dan termenung..

Tapi persoalannya, adakah benar jika rakan-rakan saya dan juga senior-senior saya memakai pakaian mengikut tema, mereka akan menutup aurat mereka?? Adakah mereka mampu untuk tidak bertabarruj?? Sebelum tema ini saya ketahui, saya memang awal-awal menolak untuk tidak menghadirkan diri.. Bukan kerana majlis tersebut tidak best, tapi memandangkan saya sedar bahawa hidup bukan untuk suka-suka, bukan untuk berhibur semata-mata.. Hidup kita adalah sebagai hamba Allah SWT yang mengikut perintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.. Namun setelah mengetahui tema majlis tersebut, saya berkata di dalam hati, "Rosaklah diorang ni nanti".. Bukan rosak ape, kata orang Islam dan mengamalkannya,tetapi semuanya nak ikut barat.. Ini baru aje dinner, belum yang lain-lain lagi.. Nauzubillah min zalik!!

Jadi di sini, saya ambil artikel dari blogger yang saya percaya fikrah Islamnya.. Saya mengharapkan melalui penulisan ini, penulis asal dan juga yang telah mengambil artikel penulis untuk tatapan umum pembaca-pembaca blog akan dirahmati Allah SWT..

Dari Manaku Datang, Untuk Apa Ke Bumi dan Kemana Sudahnya

OLEH: AKHI WAZIR (Wazir)

Seringkali kita mengaku kita sebagai orang yang beriman. Namun, disebalik pengakuan itu, ternyata perbuatan kita seringkali tidak selaras dengan apa yang diperkatakan. Pernah juga kita terdetik di hati, adakah apa yang kita lakukan sekarang ini, menepati, dipersetujui dan disukai oleh Pencipta yang Maha Berkuasa.

Kadang-kadang kita pernah mempersoal 'untuk apa kehidupan ini?' Barangkali ramai yang akan menyatakan 'hidup ini untuk mencari redha Allah'. Namun, adakah kita sebenarnya meyakini wujudnya Allah? Dan adakah kita sebenarnya meyakini syurga dan neraka, sebagai tempat hisab, yakni membalas segala perbuatan kita di dunia? pasti, ramai yang akan menyatakan mereka meyakini tanpa keraguan sedikitpun! Namun, sekali lagi, adakah perbuatan kita saat ini, melambangkan kita berada di kelompok 'sami'na waata'na'?

Dan jawapan bagi orang mukmin apabila dipanggil oleh Allah dan Rasul untuk berhukum dan diadili, mereka menjawab 'kami dengar dan kami patuh', mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan rasul, bertakwa kepada Allah dan berasa takut kepada Nya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. an-nur 51-52

Mungkin kita tidak pernah cuba untuk mempersoal kewujudan, alam dan kehidupan ini dari pandangan yang mustanir (cemerlang) yang membuatkan kita menjadi golongan nu'minu biba'din, wanufarriqu biba'din (mengambil sebahagian dan mengkufuri sebahagian). Lantas, sekalipun kita mengaku kita beriman, tetapi, ada sebahagian dari kehidupan kita yang menjadikan kita kufur pada Allah.

Segalanya mustahil apabila kita cuba mempersoal dari mana kita datang? Sebagai persoalan pertama untuk hari ini. Pasti, kita akan menjawab kita datang dari Allah. Diciptakan olehnya dari setitis air mani, membentuk segumpal darah dan seterusnya dengan proses yang telah ditetapkan, maka lahirlah kita ke dunia yang diciptakan Allah. Di sini, kita wajib menyedari dan meyakini bahawa kita diciptakan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Allah yang sifatnya wajibul wujud. Kita diciptakan Allah maka seperti sumpah dan kata-kata Rasul dan mereka yang beriman yang selalu kita bacakan di dalam hadith dan sirah 'Demi Zat yang jiwa ini berada di dalam genggamanNya', kita adalah hak Allah. Hak yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun!

Soalan seterusnya, "untuk apa wujudnya aku disini?" Setelah berjaya dilahirkan, maka adakah kewujudan kita hanya sekadar mengikut apa yang tertulis di Lauhul Mahfudz?Atau sekadar memperbanyakkan ummat di dunia? Atau sekadar memeriahkan kekacauan dunia? Atau secara tidak sengaja, 'terlahir' di dunia ini? Atau perkara dan hubungan utama dengan sebelum kejadian adalah, kita dilahirkan dan hidup di dunia ini adalah untuk mencari redha Allah?? Jawapannya adalah YA.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadah) kepada-Ku.” (QS Adz Dzariyaat : 56)


Kita sememangnya dilahirkan, dan dicipta, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mencari redha Allah. Bukan keredhaan manusia, bukan keredhaan pemerintah zalim, bukan keredhaan 'uruf masyarakat yang rosak, bukan pula mencari manfaat semata dan yang penting sekali, bukan untuk menzalimi diri sendiri dengan mengkufuri nikmat yang telah Allah berikan. Kerdil dan lemahnya kita, untuk kita lihat bahawa kita diciptakan untuk mencari redha Allah, dapat dibuktikan dengan pemahaman kita tentang kehidupan, manusia dan alam semesta. Keterbatasan kita untuk menggapai bintang dengan tangan, dalam bertahan panasnya api, dalam mengharungi sejuknya angin malam, kedukaan dan bermacam bentuk ujian, serta gagalnya kita untuk mengindera rahsia-rahsia alam dan misteri penciptaan, membuktikan betapa terbatasnya keupayaan kita. Betapa terbatasnya manusia itu hanya untuk 1 kehidupan. Betapa terbatasnya kekuatan dan keupayaan berfikir dan melihat rahsia disebalik apa yang terjadi. pendek kata, mungkin, keterbatasan kita ini mampu dianalogikan dengan kemampuan kita hanya untuk melihat sesuatu perkara melalui pandangan sisi, hadapan dan belakang pada sesuatu keajaiban, penciptaan dan permasalahan. Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi, Dia, mampu melihat dan menguasai apa yang tidak mampu bagi kita. Dia, menguasai dan melihat kita dari sudut pandang atas, yang oleh itu, Dia berkuasa keatas segalanya.

Atas penerangan ringkas diatas, dapat kita telusuri dan fahami bahawa, kita ini adalah ciptaan. ciptaan yang mempunyai keterbatasan upaya dan kekuatan. Atas keterbatasan upaya dan kekuatan inilah, kita dicipta untuk hidup dibumi ini. Namun, kembali kepada persoalan kedua : "untuk apa aku diletakkan disini?" Jawapannya adalah, untuk mencari redha Allah. Adakah redha Allah hanya dengan Rukun Islam dan Rukun Iman? Bagaimana pula dengan hubungan kita sesama manusia yang mencakupi aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan hubungan negara antarabangsa? Adakah perlakuan kita selama dilahirkan, selain dan Habluminallallah Habluminannafsih, kita berjaya mencari redha Allah dalam ruang lingkup Habluminannas? Tertancapkah akidah yang kuat, mempercayai kita diciptakan olehNya, dletakkan dibumi olehNya untuk mencari redhaNya, apabila bila berekonomi, kita menerima riba? Apabila berpakaian, kita menafikan jilbab(bagi wanita)? Apabila berpolitik, kita mengiyakan sistem kufur dan isme-isme ciptaan manusia dengan kepelbagaian alasan kaedah fikih tafsiran sendiri?

Apabila berhubungan antarabangsa, kita mengiyakan undang-undang dan dan keterikatan dengan badan-badan kufur yang jelas memusuhi islam? Apabila berpendidikan, kita mengasingkan akidah dari kerangka sistem pendidikan?Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang harus kita tanya pada diri, adakah kita, sebenar-sebenarnya telah berada dalam ruang pemikiran mencari redha Allah, ataupun masih lagi bercampur baur pemikiran kufur dan iman, yang kelak menyebabkan kita menjadi orang yang menzalimi diri sendiri.

Persoalan ketiga : "kemanakah aku selepas kehidupan ini?" Bagi yang mengaku mencari redha Allah, maka persaksikanlah, redha yang anda cari, usaha anda didunia, akan dihitung oleh Allah. Segala usaha, segala perit jerih, segala kepayahan, segala kesenangan, akan dihisab oleh Allah. yaumal Akhir(hari akhirat) adalah tempat kembalinya kita. Percaya, suka, benci atau tidak, atau perasaan apapun yang timbul dibenak pemikiran kita, seorangpun tidak akan terlepas dari dihisab oleh Allah di hari Akhir. Maka disana, kita akan diadili atas segala apa perbuatan yang kita lakukan disini. Mungkin, ada yang merasakan selamat apabila kita hanya berjaya menunaikan rukun Islam dan rukun Iman yang diajar oleh silibus-silibus kufur. Namun, tidakkah kita terfikir bahawa Allah akan mempersoal penglibatan dan kerelaan kita pada sistem kufur yang menyesatkan? Penglibatan dan kerelaan kita pada ekonomi riba yang haram? Penglibatan dan kerelaan kita pada thariqah menegakkan negara mengikut sistem kufur? Penglibatan dan kerelaan kita pada pergaulan cara kufur? Ketidakpedulian dan tiada usaha kita dalam membantu menegakkan apa yang haq iaitu sistem pemerintahan Islam minhaj nubuwwah? Penglibatan dan kerelaan kita pada isme-isme ciptaan manusia yang sekaligus kita menidakkan kehebatan aturan Allah??

Tiga persoalan pokok yang jarang sekali kita perhati dan fikirkan sedalam-dalamnya. Apabila persoalan ini dipandang remeh, akibatnya terjadi percampuran haq dan bathil. Iman dan kufur. Kompromi dan toleransi pada kebathilan dan keharaman. Namun, jika kita betul-betul meyakini bahawa kita datang dari satu alam yang kita ini hanyalah nyawa, yang ditiupkan, dilahirkan didunia untuk mencari redha Allah semata dan akan kembalinya pada Allah kelak untuk dihisab atas segala apa jua perbuatan, sungguh, kita tidak akan berani ingkar pada aturanNya, walaupun secebis. Kita tidak akan berani mengatakan riba itu halal dengan jumlah yang sedikit, kita tidak akan berani menyatakan alkohol yang sedikit dalam minuman itu boleh, kerana tidak memabukkan, kita tidak berani menyatakan 'tidak apa memakai jilbab, asalkan menutup tubuh', kita tidak akan berani menghalalkan cara untuk mencapai matlamat suci, kita tidak akan berani menghalalkan isme-isme buatan manusia,dsbgnya. pokoknya, KITA TIDAK AKAN BERANI MEMPERSOAL LANGSUNG ATURAN ALLAH KEPADA KITA! sebaliknya kita hanya menjawab 'kami dengar dan kami patuh'.

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata,’Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul.’ Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si Fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur`an ketika Al Qur`an itu telah datang kepadaku…” (QS Al Furqaan : 27-29)

Wallahu'alam..

6 comments:

  1. sye dok tgh tgh mencari... mana satu erk gambar si wanita mustanir niee

    mungkin yg pakai cermin mata tu kot,

    hummmm......


    ps : mataku liar sedang mencari dan memerhati, so be alert!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hehehe, u are getting wrong..

    awak mesti x sangka which one is me...

    ermmmm, i'll be alert...alwayssss

    ReplyDelete
  4. hahaha,,, kena d perdaya

    ana sje jer bgtao yg pakai cermin mata,,, coz mesti itu bukan ukhti kan..

    misi berjaya...

    yg sebenarnya ukhti adalah yg tgh pegang rose merah, yg comel2 tu kan, kali ini memang betul..

    dont lie to me
    yer.. Malaikat jadi saksi. heee

    ReplyDelete
  5. tolonglah akhi.. itu my fren la..

    dah2, tak payah nak teka2 lagi..

    the picture is a picture..that's all..

    ReplyDelete
  6. ana minta anta komen isinya, bkn gmbr tu la..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat