Cepat.... Bersegera, Bergegas, dan Berlari....


Sejarah telah membuktikan bahawa dengan pemikiran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW masyarakat Arab jahiliyah yang terbelakang dan tidak diperhitungkan boleh berubah menjadi umat Islam yang mampu menandingi dan mengalahkan negara superpower Persia dan Rom. Jika 15 abad lalu beliau SAW berhasil mengubah masyarakat dengan pemikiran Islam, maka hari ini pasti kita boleh melakukannya, apabila kita mahu. InsyaAllah!

Kenapa kita berani mengatakan demikian? Kerana Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Qs. ar-Ra’d [13]: 11).

Ayat tersebut memberikan pengertian bahawa akan terjadi perubahan dalam masyarakat manakala telah terjadi perubahan dalam diri masyarakat. Persoalannya bagaimana menggerakkan perubahan di dalam masyarakat. Maka diperlukan adanya kesedaran pada segelintir orang yang akan memikul beban tugas sebagai agen perubahan.

Persoalannya bagaimana memunculkan keinginan bergerak dalam diri calon-calon pelnggerak perubahan dan menggerakkan kemahuan dalam diri masyarakat hingga mahu mengubah diri mereka dengan Islam?

Membentuk Kesedaran Wajibnya Diterapkan Syariah

Pertama kali yang harus ditanamkan pada diri umat dan putera-puteri terbaik umat ini adalah kesedaran bahawa mereka adalah milik Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya (Innaa lillaahi wainnaa ilaihi raaji’uun). Begitu juga dengan keberadaan mereka di dunia ini adalah untuk beribadah kepada-Nya dan dan tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun. Maka mereka harus menyatu dengan Islam dan hidup sesuai dengan syariah Islam sebagai akibat keimanan mereka dan sebagai wujud sikap takwa mereka kepada-Nya. Allah SWT berfirman:

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata. (Qs. al-Ahzab [33]: 36).

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Qs. at-Tahrim [66]: 6).

Masyarakat kaum muslimin hendaknya disedarkan bahawa keselamatan hidup itu adalah apabila mengikuti petunjuk-Nya dan tindakan lalai kepada syariat dan petunjuk Allah SWT akan membawa akibat yang buruk di akhirat kelak. Allah SWT berfirman:

Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan. (Qs. Thaha [20]: 123-126).

Bersegera Melaksanakan Syariah

Setelah kesedaran wajibnya hidup bersyariah, maka kesedaran yang juga harus ditanamkan dalam diri umat dan putera-puteri terbaik umat ini bahawa mereka juga diseru untuk segera melaksanakan syariah dan bersegera memperjuangkan tegaknya syariah dalam kehidupan peribadi mereka, kehidupan bermasyarakat, ataupun kehidupan bernegara. Allah SWT berfirman:

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Qs. Ali ‘Imran [3]: 133).

Rasulullah Saw bersabda:

Bersegeralah beramal sebelum datang berbagai fitnah laksana potongan-potongan hari yang gelap. (Saat itu) di pagi hari seseorang beriman tapi di petang harinya ia menjadi kafir. Di petang hari seseorang beriman tapi di pagi harinya ia kafir. Ia menjual agamanya dengan harta dunia. [HR. Muslim dari Abu Hurairah].

Perlu disedari bersama bahawa bersegera melaksanakan syariah bukanlah hal yang sukar apalagi mustahil. Kerana sesungguhnya telah ada orang-orang yang bersegera menuju ampunan Allah dan syurga-Nya, serta bersegera melaksanakan berbagai amal kebaikan. Mereka dapat dijumpai di zaman Rasulullah SAW dan di zaman-zaman sesudahnya. Umat sentiasa memuliakan mereka yang bergegas menyambut perintah Tuhannya dan mengorbankan diri mereka, semata-mata mencari redha Allah. Berikut ini akan saya paparkan contoh-contoh kaum Muslim terdahulu yang sentiasa bergegas menyambut perintah Allah SWT.

Dalam hadits yang ditakhrij oleh Bukhari Muslim dari Jabir, diungkapkan:

Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah SAW pada perang Uhud, “Bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah SAW jika aku terbunuh saat ini? Dimanakah tempatku (setelah kematian)?” Rasulullah bersabda, “Engkau akan berada di syurga.” Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, maka lelaki itu serta-merta melemparkan buah kurma yang ada di tangannya, kemudian ia maju untuk berperang hingga terbunuh di medan perang.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Saruah, ia berkata:

Suatu saat aku solat Asar di belakang Nabi SAW di Madinah. Kemudian Beliau SAW membaca salam dan cepat-cepat berdiri, lalu melangkahi bahu orang-orang yang ada di masjid hingga sampai ke sebagian kamar isterinya. Maka orang-orang pun merasa terkejut dengan bergegasnya Nabi. Kemudian Nabi SAW keluar dari kamar isterinya menuju mereka. Nabi melihat para sahabat sepertinya merasa kehairanan kerana bergegasnya beliau. Kemudian Beliau SAW berkata, “Aku bergegas dari solat kerana aku teringat pada suatu barang yang masih tersimpan di rumah kami. Aku tidak suka jika barang itu menahanku, maka aku memerintahkan (kepada isteriku) untuk membahagi-bahagikannya.”

Hadits ini memberi petunjuk kepada kaum Muslim agar bersegera dan cepat-cepat melaksanakan perkara yang telah diwajibkan Allah SWT. Bahkan dalam suatu hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dari Al-Barra disebutkan bahawa, tatkala mendengar bahawa Nabi SAW mendapatkan perintah mengubah arah kiblat solat dari arah Masjidil Aqsa menjadi menghadap ke Ka’bah maka kaum Anshar pun mengubah arah Kiblat mereka (menghadap ke Ka’bah) padahal ketika itu mereka sedang ruku solat Ashar.

Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra. berkata:

Semoga Allah merahmati kaum wanita yang hijrah pertama kali, ketika Allah menurunkan firman-Nya:

Dan hendaklah mereka mengenakan kain kerudung (khimar) mereka diulurkan ke ke arah baju mereka. (Qs. an-Nur [24]: 31). Maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan kerudung) dan menutup kepala mereka dengannya.

Ibnu Jarir telah meriwayatkan dari Abu Buraidah dari bapanya, ia berkata: Ketika kami sedang duduk-duduk menikmati minuman di atas pasir, pada saat itu kami bertiga atau berempat. Kami memiliki jug besar dan meminum khamar kerana masih dihalalkan. Hingga saya mendatangi Rasulullah Saw. Kemudian aku mengucapkan salam kepada beliau, tiba-tiba turunlah ayat tentang keharaman khamar:

Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya khamar dan judi…, sampai akhir dua ayat iaitu:

Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Maka aku datang kepada sahabat-sahabatku (yang sedang minum khamar) dan membacakan ayat tersebut kepada mereka sampai kepada firman Allah:

Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Bapanya Abu Buraidah berkata, “Sebahagian sahabatku minumannya masih di tangan, sebahagiannya telah diminum, dan sebahagian lagi masih ada di tempatnya (seperti gelas untuk minum khamar, penj.).” Ia berkata, “Sedangkan gelas minuman itu melekat di bibir atasnya, seperti tukang bekam menempelkan gelas ketika membekam. Lalu mereka menumpahkan khamar yang ada pada jug besar mereka dan berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah berhenti.””

Hanzhalah bin Abi Amir ra. yang wafat dan dimandikan oleh Malaikat telah mendengar seruan untuk berperang di Uhud. Maka ia pun bergegas menyambut panggilan itu, dan mati syahid pada perang Uhud tersebut. Ibnu Ishak berkata; Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya sahabat (Hanzhalah) dimandikan oleh Malaikat, maka tanyakanlah bagaimana khabar keluarganya?” Maka aku pun (Ibnu Ishak) bertanya kepada isterinya. Dia pada malam itu adalah pengantin baru. Isterinya berkata, “Ketika mendengar panggilan untuk berperang suamiku keluar sedangkan dia dalam keadaan junub.” Rasulullah SAW bersabda, “Begitulah ia telah dimandikan oleh Malaikat.”

Khatimah

Jelaslah bahawa umat Islam dzaman Rasulullah SAW 15 abad lalu mampu bersegera melaksanakan syariah dengan keimanan mereka. Lalu apkaha alasan kita hari ini jika tidak mahu atau sengaja tidak mahu bersegera melaksanakan syariah?

Wallahu'alam..

3 comments:

  1. salam,lawa bju tu tempah 1 bleh x

    ReplyDelete
  2. heyyy....

    sayap saya sentiasa berkelip kelip

    ingin terbang menggenggam khalifah..

    menuju ke bumi Palestin

    ReplyDelete
  3. WM to Samurouh Bin Razali,
    wslm..

    lawa ek..tempah lah tapi anta kena pergi indonesialah..hehe

    ~~~~~~~

    WM to merpati putih patah sayapnya,
    bagus2, kalau sayap awak sentiasa berkelip-kelip..

    Semoga impian awak tercapai..

    Nape ek awak guna nickname ni??
    Anything wrong??erm..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat