Warkah Kasih

Roti Gardenia & Jem peanut strawberi


Nota & buku rujukan (Farmakologi,Rang & Dale)


How nitric oxide relaxed the vascular muscle?


Prepared by: Ainul, Fina, Tirah & me

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama saya nantikan hari ini. Akhirnya tiba juga.. Alhamdulillah, hari ini setelah paper Teknologi Farmaseutikal II selesai, saya pulang ke kolej. Saya ingin memberi penghargaan kepada 3 orang sahabat saya.

Entri ini saya postkan khas buat kalian bertiga. Terima kasih atas ukhwah ini dan malam perbincangan yang tidak mungkin saya lupakan. Malam yang tidak mungkin akan berulang kembali kerana ia telah menjadi sejarah, sejarah yang bakal membuat kita tersenyum di kemudian hari. Terimalah.. (^_^)


Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

......................................................................................................................................................................................................

PERSAHABATAN

Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Sesungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini. Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan. Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya.

Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupakan pembantu dan bekalan sepanjang jalan.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan.”

Jelaslah, arahan ini bukanlah ditujukan kepada individu semata-mata tetapi ditujukan khas kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-memandang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewasiati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan.

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahabatan yang itu dengan segala kebaikan dan faedah yang lahir daripadanya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syariatnya memelihara nilai-nilai persahabatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpaduan serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).

Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang berpaling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”. Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.

Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersahabatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.

“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”

Wallahu'alam..

6 comments:

  1. alhamdulillah,

    semangat ukhwah fillah..

    moga2 hidup diberkati..

    salam ukhwah..

    ReplyDelete
  2. iya, syukur alhamdulillah..

    syukran..
    Mudah2an..

    Amin, nape ya enta ni tak nak letak link blog anta?? hee

    ReplyDelete
  3. ...Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersahabatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.


    Saya juga mengharapkan sahabat itu (moga dia) adalah pasangan hidup saya. Teman sejati saya. Bersama-sama susah payah bermujahadah di jalan Allah. Moga hati ini terus ditarbiyyah taqorrub billah.

    ReplyDelete
  4. mata comel,

    InsyaAllah, anda akan memilikinya.. Berdoalah kepada Allah swt agar dia bisa menjadi sahabat yang menenangkan anda..

    Ameen..

    ReplyDelete
  5. " SAHABAT MERUPAKAN ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA HAMBANYA.. KALAULAH KITA FAHAM APA ITU ERTI SAHABAT DAN UKHWAH YANG SEBENAR.... HARGAILAH SAHABAT SEMENTARA IA MASIH ADA.. KERANA 1 YANG BERNAMA SAHABAT AMAT SUSAH DI CARI DI ZAMAN KINI TETAPI UNTUK KITA MENCARI MUSUH ALANGKAH MUDAHNYA... "

    SIRRU ALA BARAKATILLAH...!!

    ReplyDelete
  6. to Mus'ab Umair,

    Terima kasih di atas perkongsian itu..

    InsyaAllah, sama2lah kita menghargai sahabat2 kita..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat