Roh Ukhuwwah : Dedikasi Khas




Roh ukhuwwah
menggetarkan hati dan perasaan…
Hati-hati bersatu
atas dasar yang satu…
terikat dengan ikatan AQIDAH…
ikatan yang paling kukuh dan mahal…

Bila hati telah terpaut
dan jiwa telah terpadu…
maka persaudaraan yang wujud
terus berjalan…
bersih…
dan penuh rasa kasih...

Berdoalah agar
kita sentiasa dikurnia
nikmat kemanisan berUKHUWWAH...
Agar kita sentiasa
berpijak pada simpulan AQIDAH…
pengikat yang utuh dan abadi...

Saya dedikasikan "Selamat Berjuang" khas buat sahabat-sahabat seperjuangan iaitu Humairah, Balkis, Maisarah, Raihanah, Safanah, Kak Aqeylah, Kak Sumayyah, Kak Insyirah Ameer, Kak Farisha, Kak Khaulah, Kak Fairuz (J), Kak Syamsiyyah, Kak Fatiha, Kak Dania Natasya, Huda, Hidayah dan juga nama yang tidak disebut (minta maaf ye, lupa..)





SELAMAT BERJUANG
by Brothers

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

8 comments:

  1. assalamualaikum..
    syukran ya ukhtie..
    Teruskan perjuangan! :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    afwan ya kak syirah..

    InsyaAllah,
    Semoga Allah sentiasa memberkati usaha yang kita telah dan akan lakukan..

    Ameen..

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Antara reramai orang kt lukisan
    uhibbuki fillah abadan abada!!! <3

    kamu yg mana satu sek??
    kat sini cuma ada 5 0rg je yg ada lesung pipit [4 org di hadapan, sorang dibelakang(tudung kaler pink)]

    Adakah km yg sedang menutup mata?, (jap2, menutup mata atau memejamkan mata..) hehehe

    ReplyDelete
  4. Wslm,
    "Antara reramai orang kt lukisan
    uhibbuki fillah abadan abada!!!"

    owh, saya tiada di situ..even that lukisan pun tiada yang terkait dengan nama-nama yang saya senaraikan..

    Lukisan itu sekadar hiasan semata-mata..untuk menambah seri dan memeriahkan entry Roh Ukhuwwah : Dedikasi Khas..

    (^_^)

    Thanks!!

    ReplyDelete
  5. Huh?? sy tak sebut pun ttg nama2 yg awak sebutkan itu. cuba baca balik dgn baik2..hee

    p/s: ttg lesung pipit pula. cuba patikan cuma 5 org je senyumannya ada garisan tepi.seolah2 ada lesung pipit

    ReplyDelete
  6. Aduhh..
    kena jawab jugak ke Choci2?

    baiklah..
    kalau kamu nak saya jadi di antara orang ada lesung pipit itu, maka pilih jelah yg mane satu kamu nak antara 5 tu..hehe

    tapi masalahnya, saya ada lesung pipit ke??ermm..

    takpun, boleh jadi saya yang sedang menutup mata, kata kamu..

    peace!!

    (^_^)

    ReplyDelete
  7. hehehe..
    saya saje je nak kena kan kamu...
    Tetiba idea nk kena kamu datang. Tuh yang bagi komen ntah apa-apa ntah.. hehe

    ReplyDelete
  8. owh, nak kenakan saya..baik..
    lalala

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat