Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Entry ini saya post sekadar untuk berkongsi kisah kasih.. (^_^)
Malam tadi, saya ber'ym' bersama seorang teman sekuliah. Dia menyanyikan lagu yang biasa kita dengar di filem-filem zaman P.Ramlee.. Tajuknya saya lupa pula.. Lagunya begini,
messychaos: Allah selamatkan kamu..............
messychaos: Allah selamatkan kamu....................
messychaos: Allah selamatkan kamu........................
messychaos: Selamat meningkat tua................

Saya tersenyum.. Usia yang semakin meningkat saban tahun, mengingatkan dan menyedarkan saya bahawa kematian semakin menghampiri.. Kematian itu adalah suatu kepastian.. Namun, banyak manakah pengorbanan telah saya lakukan untuk Islam?
Mesej dari seseorang melalui sms, juga saya terima malam tadi.. Terima kasih ya..
"Semoga beroleh 12 bulan ketenangan, 52 minggu keberkatan, 365 hari keimanan, 8760 jam kebaikan ibadah, 525600 minit qanaah dan 31536000 saat ketakwaan."
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat terutamanya Siti Nursafarina Mohd Sabri dan rakan-rakan Rx atas kad ucapan yang cukup istimewa. Syukran..
Dan yang paling utama, seorang teman yang kini berada di Indonesia mengingatkan dan mendoakan saya agar sentiasa istiqamah dalam dakwah. Lantas saya teringat akan sebuah hadis yang saya baca di dalam sebuah buku semalam. Buku yang bertajuk "Persepsi-persepsi Berbahaya Untuk Menghantam Islam dan Mengokohkan Peradaban Barat" oleh Abdul Qadim Zallum. Rasulullah SAW bersabda :
Berkaitan dengan masa dan usia, Allah SWT telah berfirman:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (QS al-'Asr [103]: 1-3)
Dari Ibnu Abbas, Sabda Rasulullah SAW:
Perhatikan besar 5 perkara sebelum 5 perkara. Hidupmu sebelum mati, kesihatanmu sebelum sakit, lapangmu sebelum sempit, mudamu sebelum tua, dan kekayaanmu sebelum miskin.
Kesimpulannya, saya perlu merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain. Begitu juga dengan teman-teman. Jangan kita terlena dan terleka, terutamanya ketika kita muda, sihat, kaya, lapang, dan pada masa kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri, kita harus lebih baik hari ini dari semalam dan esok harus lebih baik dari hari ini.
Semoga Allah SWT memberkati usiaku..Amin..
p/s: Sanah hilwah, alaiki najaah baahiron kulli makan wa fi kulli waqt kepada sahabat-sahabat saya yang juga lahir pada hari ini.
Wallahu'alam..

"Demi Allah, wahai pak cikku, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan perkara ini (Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah memenangkan perkara itu atau aku hancur kerananya.."
Berkaitan dengan masa dan usia, Allah SWT telah berfirman:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (QS al-'Asr [103]: 1-3)
Dari Ibnu Abbas, Sabda Rasulullah SAW:
Perhatikan besar 5 perkara sebelum 5 perkara. Hidupmu sebelum mati, kesihatanmu sebelum sakit, lapangmu sebelum sempit, mudamu sebelum tua, dan kekayaanmu sebelum miskin.
Kesimpulannya, saya perlu merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain. Begitu juga dengan teman-teman. Jangan kita terlena dan terleka, terutamanya ketika kita muda, sihat, kaya, lapang, dan pada masa kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri, kita harus lebih baik hari ini dari semalam dan esok harus lebih baik dari hari ini.
Semoga Allah SWT memberkati usiaku..Amin..
p/s: Sanah hilwah, alaiki najaah baahiron kulli makan wa fi kulli waqt kepada sahabat-sahabat saya yang juga lahir pada hari ini.
Wallahu'alam..
Selamat Hari Lahir Buat Shahirahtul Hazwani..(=
ReplyDeleteSemoga berjaya didunia dan diakhirat..
Semoga diberkati kehidupan kamu..
Semoga dipermudahkan pemahaman kamu atas apa yang kamu baca..
Semoga dipermudahkan juga penulisan kamu semasa peperiksaan akhir nanti..
Amin..
Ikhlas dari Ainul Nabihah Abol Hasan''~
Wassalam..
Buat Ainul Nabihah Abol Hasan yang disayangi,
ReplyDeleteSyukran sebab mendoakan saya..
Dari semalam sampailah hari ini..
Ingat saya dalam doa kamu malam ni..hehe..
Dan juga di setiap solat kamu.. (^_^)
Kamu juga ya,
Semoga dipermudahkan segala-galanya untuk final exam nanti..
Amin..